Masih ingatkah kalian,
Di saat kita setuju
Bahawa kita adalah LOGAM terpilih?
Di saat kita percaya
FAQUHU itu lebih utama berbanding FAQIHU?
Di saat kita mengerti
QALBU itu raja bagi jasad
Di saat kita sedar
Tujuan KITA diciptakan?
IBADAH51:56, KHALIFAH2:30
Masih segarkah lagi,
Graf lakaran seorang ukhti?
Di atas graf itu kita sama-sama berlari,
Dari bawah ke atas,
Dari naik ke jatuh
Bangun semula lalu jatuh..jatuh dan jatuh..
Rahsia semalam kita bongkar,
Perjuangan Rasulullah kita hayati,
Semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai,
Pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi,
Penerokaan ilmu berleluasa,
Dari ilmu kedoktoran sehinggalah ke ilmu muzik,
Semuanya milik umat Islam..
Tamadun ISLAM gah menguasai dunia
Seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai,
Itu kenyataan ya ukhti!
Kehilangan Hari ini kita cari,
Pedih hati masih berbekas,
Di saat Monggol memusnahkan segalanya,
Di saat tentera salib mewarisi segala apa yang kita ada.
Turki uthmaniyyah mencuba,
Namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi..
Umat ini kehilangan naungan khilafah
Sultan Abdul Hamid disingkirkan,
Mustafa Kamal At-Tartuk dalang segala-galanya!
Wahai adik, kakak dan sahabat kami,
Jatuh bangun umat ini berliku laluannya,
Lahir kita di era jatuhnya,
Siapa pembela-pembela agama Allah?
Siapa pewaris jiwa Salahuddin Al Ayubi?
Siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh?
Ya Ukhti,
Dirimu kini bernafas sebagai muslim
Atas darah dan perjuangan umat terdahulu
Lantas, adakah kau sanggup berpeluk tubuh
Bangga dengan Islam warisan
Tanpa memahaminya dengan hati
Ingatkah lagi,
Saat kita bersama-sama
Setuju untuk melakukannya,
Memartabat kembali agama ini,
Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam
Ayuh ukhtiku,
Kita genggam tangan semuanya,
Jangan biar ada sesiapa yang tercicir,
Bukankah kita mahu bersama-sama
Melangkah ke syurga sana??
-sense our soul -
salam..
1 comments:
jom2..genggam tangan bersama...
mari kite same2 martabatkan balik islam di bumi Allah ni..
Post a Comment