teluk kemang..
tiba - tiba teringat pasal ilmu falak..
malam tu, kami mencerap langit.. jabatan mufti negeri 9 pun datang.. bawa teleskop dan peralatan2 untuk mencerap..tiba - tiba teringat pasal ilmu falak..
saya ingat masa saya tingkatan 2, saya dan rakan 2 ke teluk kemang, Negeri 9..
alhamdulillah, malam tu langit cerah, bulan pun tengah mengambang..
subhanallah.. semasa matahari hampir terbenam, kami diajak untuk melihat planet marikh..
selepas solat maghrib, saya ke balai cerap untuk melihat bulan dengan menggunakan teleskop.. lepas tu kami diajar untuk mengenal buruj2 yang berada di langit..
masa tu dapat lihat buruj scorpion, buruj pari, ursa major dan ursa minor, ada lagi buruj tapi saya tak ingat.. (^_^)
Dan sungguh, kami telah hiasi langit yang dekat, dengan bintang - bintang dan Kami menjadikannya (bintang - bintang itu) sebagai alat pelempar syaitan. dan kami sediakan azab neraka yang menyala - nyala
al - mulk:5
bila dah penat tengok buruj, dan teleskop pun dah kena bawa balik ke jabatan mufti, kami teruskan mencerap dengan melihat dan mengira bilangan meteor yang kami nampak.. sebelum tido, dapatlah melihat dalam 8 ke 10 tahi bintang.. pukul 3 pagi, kami bangun.. lepas tu qiam kejap dan naik balik ke balai cerap untuk melihat meteor.. subhanallah.. saiz meteor waktu ni sangat besar.. dan banyak.. kalau ada rezeki, boleh tengok lagi..
masa tu saya bercita - cita untuk menjadi ahli falak seperti abah.. suka bila melihat abah selalu mengira peredaran matahari untuk menentukan waktu solat.. saya ingat lagi masa saya sekolah rendah, sekolah mengadakan solat sunat gerhana.. masa tu saya tengok abah melihat langit untuk menunggu gerhana matahari berlaku.. selepas abah kata sudah berlaku gerhana matahari, semua pelajar sekolah melakukan solat sunat gerhana.. (time ni abah jadi pengetua sekolah).. dalam masa yang sama, abah jadi guru yang mengajar ilmu falak untuk persatuan falak syar`ie sekolah menengah.. selalu juga tengok abah check kertas2 homework yang abah bagi kat ahli2 persatuan falak.. ada yang dapat kira dengan tepat, yang banyak salah pun ada.. huhu..
nebula orion
sebenarnya, saya sangat kagum dengan penciptaan langi dan cakerawala.. sangat teratur, indah dan sangat luas.. betapa luasnya ilmu Allah yang mencipta dan mengawal peredaran2 planet2 dan bintang tanpa berlaku pertembungan.. sedang seluruh alam tunduk dan patuh pada peraturan Allah, manusia pula antara makhluk yang selalu membuat kerosakan..
dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. Dan Kami telah menetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehinggalah ( setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah seperti bentuk tandan yang tua.
dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. Dan Kami telah menetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehinggalah ( setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah seperti bentuk tandan yang tua.
Yaasin 38 - 39
akhir sekali, jadikan semua ciptaan Allah sebagai wasilah untuk kita selalu mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.. semoga kita tergolong dalam hamba2 yang bersyukur..
salam..
salam..
4 comments:
Salam,Kak Maesarah.Post anda menarik.Cuma ada beberapa perkara nak kongsi.Surah al-Mulk ayat 5.Adakah perkataan mashobih itu ditafsirkan sebagai bintang seperti dalam post anda?Dan adakah bintang-bintang itu bergerak(menjadi pelempar syaitan)?Harap anda dapat buat perbandingan dengan surah Jinn ayat 9.Salam hormat.
salam.. thanx guntur coz visited my blog.. untuk surah al - mulk ayat 5, dalam tafsir fil zilal, maksud mashobih yang ditulis adalah bintang2, dan lebih spesifik lagi meteor(tahi bintang) yang diguna untuk merejam syaitan.. manakala dalam surah jin ayat 9,jin2 yang cuba untuk mencuri dengar berita2 langit akan dipanah2 oleh panah2 api. tapi saya sendiri tak pasti samada panah api itu sama dengan bintang @ meteor(tahi bintang) seperti dalam surah al - mulk ayat 5.. Wallahu a`lam..
JAZAKILLAH..
Salam hadis nabi saw..jarak langit pertama dengan langit kedua 500 tahun perjalanan,ketebalan langit pertama 500 tahun perjalanan..campur semua jarak tujuh lapisan langit ini ialah 7000 ribu tahun perjalanan..hadis ini berhenti kt sini ja,,ulama tafsir perjalanan 500 tahun ini (sama ada perjalanan unta atau kelajuan cahaya,tapi kalo perjalanan unta,mesti ada orang yang dah sampai sana)hebat kudrat Allah..Orang Islam kena pandang ini sebagai kudrat bukan sebagai sunnahtulallah..tqSalam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....
sungguh..bile kite hayati ciptaan Allah ni..mmg kite akan rase beta[a kerdilnye diri~
Post a Comment