Pages

Monday, June 22, 2009

tersepit

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. tuhan sekalian alam..
dan masih diberi kesempatan untuk menaip entry..
maaf kalau entry selalu bosan.. (^__^)

kadang2 saya rasa bosan dengan keadaan dunia sekarang, dunia penat dan melelahkan..
tapi kepenatan itu tidak berbaloi dengan hasilnya..
sebab hasilnya tidak membawa ke matlamat akhir kita.. AKHIRAT..
so, jangan lupa dalam setiap usaha, berusaha untuk IKHLAS dan jadikan setiap amal sebagai ibadah..

penat dengan sistem2 yang ada pada dunia sekarang
hampir semua membawa kepada kefasadan.. manusia try and error.. sedangkan sistem yang terbaik telah dibentang dihadapan mata.. ISLAM

saya masih ingat kata2 seorang murabbiah..

"mereka menukarkan sistem pendidikan daripada sistem penggal kepada sistem semester, murid2 dilonggokkan dengan exam, kertas kerja dan sebagainya, sehingga tiada masa untuk berprogram (program tarbiyah), daurah, tamrin, katibah, rehlah, katibah dan sebagainya"

fakulti perubatan dan hospital King Abdullah (KAUH)

sistem semester dijalankan di universiti saya sekarang.. Jordan University of Science and Technology.. dalam sistem semester, pelajar2 diwajibkan untuk mengambil semester musim panas.. maka,takdelah cuti 3 bulan.. cuti antara semester 2 minggu dan cuti nak naik tahun lebih kurang 1 bulan.. itu pun, bila start cuti.. semua pergi merata2.. nak hilangkan tension.. sebab exam dalam setiap semester melambak2.. 1 subjek exam 3 kali.. kalau 6 subjek?? 18 kali examss satu semester.. kalau muaddal tak lepas.. dah kena ulang 1 tahun.. kadang2 tu, ada yang ulang setahun untuk ulang 1 atau 2 subjek je.. itulah yang mencuakkan bagi sesiapa yangg belajar kat JUST..

tapi, saya yang sudah ditaqdirkan Allah di untuk belajar di universiti JUST.. tak boleh nak terus mengeluh dengan keadaan yang ada..kita kena yakin, dengan taqdir yang Allah telah tuliskan untuk kita, kita mampu untuk lebih dekat kepada-Nya, lebih menghargai masa yang ada.. masa yang diguna memahami, mengamalkan dan mengajarkan Islam untuk diri ini dan generasi2 yang akan datang..

inilah proses Tarbiyah saya dan kita..

semoga Allah menthabatkan kita.
semoga Allah membukakan lebih banyak lagi jalan2 untuk dekat kepadaNya.
semoga Allah menerangkan lebih banyak hati2 untuk beramal dengan Islam.

salam.

Saturday, June 20, 2009

G.A.N.T.I ($_$)

bismillah..

Alhamdulillah, segala kesyukuran hanya kepada Allah
Dialah yang membuka rezeki hamba-hambaNya dari arah yang tidak dijangka..
sesungguhnya Dia lebih mengetahui mana yang terbaik buat kita.

Allah tidak akan mengambil sesuatu melainkan untuk memberi sesuatu yang lebih baik..

MORALS semalam..

1-Rajin2 simpan duit, boleh guna untuk kecemasan (alhamdulillah cukup)
2- tolong orang, jangan susahkan orang lain
3-mati itu Allah yang susun.. (get ready)

lepas ni kena top up minyak banyak2.. jadi bekalan,, nanti nak guna lama..

dah tak boleh nak PAUSE2 dah..
sekarang kena STOP dan PLAY dengan lajunya..

HAMASSATI SYABAB + HIKMATU ASy-SYUYUKH

cuti elok2 ye..
selamat bercuti..

salam.