Pages

Monday, May 28, 2012

Tenang untuk menang

bismillah,

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

Ada 4 kunci ketenangan hidup.
"Aku boleh tenang menjalani hidup ini kerana 4 hal"

1-Pertama:
Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.

2-Kedua:
Aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.

3-Ketiga:
Aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa.

4-Keempat:
Aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap sedia menantinya


(Imam Hassan Al-Basri)

Sunday, May 6, 2012

appreciation

bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat dan salam buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
semalam selamat berkonfrens riang bersama orang2 kesayangan..
berjumpa dengan bff dari johor, bila kami bertiga bertemu semula (sorang lagi bff, sentiasa dekat dengan saya, hee)..
Allah,
ini nikmat ukhuwah yang Allah hadiahkan pada kami..
kalau nak difikirkan jauh, entah bila lah boleh kita jumpa kan..
tetapi,
Allah ada memang sebaik2 perancang..
kita bertemu bukan sekadar suka2,
tapi bertemu untuk meneruskan risalah Muhammad s.a.w hingga kita selamat bertemu Allah dalam keadaan hati yang sejahtera (qalbun salim)..

-muno- niko -mayo-

ok berbalik pada tajuk..=)

kita selalu mendengar kata - kata ni,

HIKMATU AS-SYUYUKH wa HAMASATU AS-SYABAB
(kebijaksanaan veteran dan semangat pemuda)

sesuatu perkara akan dapat dilaksanakan dengan baik jika pengalaman dan ilmu yang ada pada orang2 lama digabungkan dengan semangat orang - orang muda..

memang betul, saya sangat setuju..
tetapi,
bagaimana nak menyelaraskan dan mensinergikan kedua-dua kelebihan ini??

jawapannya mudah..
APPRECIATION  ---> PENGHARGAAN..
(senyum besar bila dengar kata - kata ini keluar dari seorang syuyukh yang saya hormati) (^____________^)

sejujurnya,
bila menjejak kaki di bumi tercinta,
buntu,,
macam mana nak teruskan amal2 yang telah kita buat ketika kita di zaman belajar..
sangat berbeza medannya..
kalau time belajar,
kita hanya fokus pentarbiyahan pada kawan2 dan adik2 yang comel lote,
kini,
tanah tercinta membentangkan seribu satu relung amal yang harus kita bereskan..
Wah!!
macam mana ni??

kadang2 kita sebagai pemuda,
dengan semangat yang membara - bara,
hendak melakukan amal2 dengan tangkas lagi cepat..
hingga terlupa,
bahawa ada syuyukh yang perlu dirujuk.. ada pendapat dan nasihat yang perlu kita hargai dan manfaatkannya,
manakan tidak,
kita di bumi ini baru setahun jagung,
sedangkan syuyukh2 telah masak dengan telatah insan di bumi ini..

dan aku sangat berterima kasih,
dengan syuyukh2 yang dekat denganku..
menasihatiku dengan baik,
dikala aku tersalah langkah,
mereka tidak pernah memarahiku,
tetapi mereka membaikiku dengan penuh hikmah dan qudwah hasanah..
jika diri ini nak dibandingan dengan amal2 yang telah mereka buat,
diri ini terlalu kecil dan kerdil..
tetapi mereka terus menghargai amal2 yang telahku buat,
walaupun sangat2 kecil jika dibandingkan dengan amal mereka.
walaupun masih baru di bumi tercinta itu.. (tak lah baru sangat, dah berbulan-bulan di sini)

terima kasih Allah,
kerana menghantar C jah dan C ita..
untuk mentarbiyah diri yang lemah ini..
T_T


untuk C jah dan C ita =)
Allah sangat sweet .. T_T

salam