Pages

Saturday, June 19, 2010

panas, tapi...

bismillah

alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, pencipta sekalian makhluk.
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

alhamdullilah, penantian selama 2 minggu akhirnya berakhir ..
melihat wajah2 yang keluar dari pintu airport menjadikan hati berbunga2 untuk bertemu mereka..

mereka..
belum pernah ku kenali,
belum pernah ku ketahui,
belum pernah ku temui,

namun,
2 minggu berhubung melalui ym sudah membuatkan hati ku berbunga2 untuk bertemu mereka..
mereka dari moscow, mahu menjejakkan kaki di bumi anbiya`,
bukan tujuan utama untuk memenuhkan memori kehidupan atau melengkapkan peta pejalanan di dunia,

tetapi,
berjalan untuk mengambil pengajaran dari kisah2 nabi terdahulu,

berjalan untuk merasai kesusahan dan kepayahan dakwah Rasulullah dan para sahabat di bumi anbiya` ini..

berjalan supaya mereka terasa dekat dengan palestin dan merasai kesusahan rakyat palestin yang setiap hari dizalimi,

untuk diambil ibrah sebagai bekalan dalam tarbiyah,
dan sebagai wasilah untuk menambahkan iman dalam perjalanan menuju Allah..

subhanallah..
dengan wajah yang ceria, mereka membalas sambutan kami..
selepas beberapa ketika,
terus menuju ke ashabul kahfi..
kemudian ,menuju ke makam nabi syuaib.
dan akhir sekali ke laut mati..
al - qur`an sentiasa ready disisi,
adik U, kak N dan kak M dah bersiap sedia untuk menceritakan kisah - kisah al - qur`an bagi setiap tempat yang mereka lawati..
supaya setiap tempat yang dilawati dikaitan semula dengan kisah para nabi dan ibrah dari al - qur`an.

hari itu sangat2 panas..
kata Iman, seperti duduk dalam oven,

takut juga kalau2 ada yang pengsan akibat kepanasan..

mereka panas, tapi kata - kata mereka menyentuh hati saya,

'Hebatnya Rasulullah dan para sahabat berjuang di bumi ini, kita baru sehari menjejakkan kaki di sini sudah merungut kepanasan.

'baru saya dapat rasa kesusahan nabi berdagang dibumi syam ini, kalau kita baca sirah sebelum ni, kita rasa pelik kenapa berdagang itu benda yang susah.. alhamdulillah, hari saya dapat rasa kepanasan dan kesusahn itu'

'kalau nak compare dosa kita dengan kepanasan hari ini, ini baru sedikit kepanasan yang Allah bagi, jika dibanding dengan dosa - dosa kita dan kepanasan neraka.'

alhamdulillah,
panas bukan mejadi alasan untuk terus merungut, tapi panas menjadi tazkirah untuk memberatkan mizan hasanat, insya-Allah..

kita doa pada Allah,
supaya semangat pemuda kahfi terus mekar dihati2 kita, mereka dikejar oleh raja yang zalim demi menyelamatkan iman di hati mereka..

kisah ashabul kahfi :
surah Al - Kahfi (ayat 9 - 26)


kita doa pada Allah,
supaya kita menjadi tabah seperti nabi syuaib dalam menghadapi kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah

kisah nabi syuaib :
surah Hud (ayat 84 - 95)

surah asy - syu`ara`(176 - 189)

kita doa pada Allah,
supaya kita menjadi sabar seperti nabi Lut ketika menasihati kaumnya yang melampai batas..

kisah nabi Lut :
Surah Hud (77-83)

Surah asy - syu`ara` (160 - 175)


p/s: banyak lagi ayat 2 Al - Qur`an yang menceritakan kisah nabi syu`aib dan nabi lut.. rajin2 la mentadabbur al - qur`an ye..

p/ss: buat mak cik kepada mujahid, mukhlis dan khaulah, semoga kamu selamat pulang dari tanah Deutsch..=]

salam

Wednesday, June 16, 2010

Tabuk dulu VS Tabuk kini

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

alhamdulillah, exam 2nd sem dentistry sudah tammat tadi..
terima kasih pada Allah sebab bagi exam yang macam ni.. kali Dia ajar saya secara amali macam mana nak tawakkal dengan perfect, sabar dengan canteek dan saya belajar untuk jadikan study sebagai ibadah buat Al - Khaliq..

sebelum start cuti kali ni, Allah sudah berikan peringatan melalui email seorang adik..
Jazakillah adik, (^_^)

ingat tak perang Tabuk..
Perang antara Muslim Vs Rom
perang ni berlaku time soifi kan?? samelah macam soifi yang tgh kita lalui sekarang.. panas, berbahang dan kalau boleh nak duduk rumah dan berehat..

tapi, Rasullah dan sahabat mengajar kita, soifi bukannlah masa untuk kita berehat dan membuang masa..

jom baca email ni..

Assalamu'alaikum Warahmatullah,

Moga email ini menemui akhawat sekalian dalam kasih dan sayang Allah, agar pandangan Allah kepada kita di saat ini adalah pandangan rahmahNya bukan pandangan kemurkaanNya.

Akhawat yang dikasihi,
Menyingkap peperangan Tabuk, peperangan terakhir Rasulullah SAW yang menemukan para mujahideen dengan tentera Rom bilamana Hercules ingin menyerang Madinah dan menghapuskan negara Islam yang pertama yang terbina di semenanjung Arab. Dalam Ghazwah Tabuk, para sahabat berlumba-lumba menyumbang harta benda mereka. Abu Bakar menyumbangkan seluruh hartanya. Umar Al-Khattab pula menyumbangkan separuh daripada harta yang dimilikinya. Uthman al-Affan tidak juga ketinggalan menyumbangkan harta yang banyak sehingga mempersiapkan satu pertiga keperluan tentera Islam pada ketika itu untuk berperang.

Ada beberapa sahabat yang fakir menemui Rasulullah lantaran mereka tidak mempunyai tunggangan yang boleh dinaiki, tidak mempunyai harta untuk diberi. Apabila baginda Rasulullah SAW berkata, "Aku tidak dapat menyediakan tunggangan yang boleh membawa kamu", lalu pulanglah mereka dengan berlinangan air mata mereka kerana kesedihan lantaran tidak punya apa-apa untuk disumbangkan untuk ghazwah tersebut.

Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata Karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan. [At Taubah 9:92]

Akhawat sekalian..
Mari sama-sama kita refleksi dan koreksi diri. Berbezanya Tabuk dahulu dan 'Tabuk' masa kini..

Tabuk dahulu..
Mereka sedih bukan kerana dosa,
Kesedihan mereka kerana tidak dapat menyahut seruan Allah dan RasulNya..

Tabuk kini..
Dosa hanya ditepis bagaikan lalat yang menyinggahi hidung..
Jangan dikata sedih kerana tidak dapat taat kepadaNya,
Sedih berbuat dosa pun jarang sekali..

Tabuk dahulu..
Mereka sedih kerana kefakiran yang menghalang mereka berjuang..

Tabuk kini...
Kita gembira dengan kesenangan yang menghambat kaki dan tangan untuk pergi berjuang..

Tabuk dahulu...
Mereka sedih kerana tak dapat berjuang dan berperang..

Tabuk kini...
Kita gembira kerana terlepas dari melawan musuh Islam..

Tabuk dahulu..
Ghazwah kekurangan beberapa pejuang lantaran kefakiran..

Tabuk kini..
Kita kekurangan ribuan malah jutaan pejuang kerana ke'senang'an..

Tabuk dahulu..
Hati mereka meronta untuk berjihad di kala musim panas dan buah menyapa..

Tabuk kini..
Kita selesa bersenang lenang penuh kerehatan di rumah..

Tabuk dahulu..
Tatkala seruan jihad datang,
Mereka terus keluar untuk menyahut seruan..

Tabuk kini..
Sebutlah Palestin, Afghanistan. .
Sungguh, kita diwarnai dengan terlalu sedikit kepedulian..


Akhawat sekalian,
Tabuk dahulu, mereka merintih kerana tidak berpeluang berjihad di medan perang, 'Tabuk' hari ini.. kita merintih kerana tidak punya masa kerehatan (malunya bila kat akhirat nanti). Mereka berebut peluang dan ruang, kita hilang banyak kesempatan yang mulia. Tapi, pernahkah sesekali hati kita menangis dan merintih, "Allah, aku tidak punya apa-apa untuk dipersembahkan kepadaMu..". Didiklah hati untuk bersedih apabila melakukan dosa, ajarlah hati untuk menangis berlinangan air mata apabila tidak punya apa-apa untuk dipersembahkan kepadaNya..

Betapa jauhnya dan tersasarnya kita berbanding mujahideen Tabuk.. Dan kita tak segan silu katakan, kitalah barisan pejuang Islam!

Sama-samalah kita refleksi hati, koreksi diri, moga-moga di saat kita melakar sejarah, diri kita dan hati kita sudah bersedia untuk bekerja untuk Islam dengan jiwa sebenar-benar pejuang Islam kerana Allah.

Kerja besar untuk perubahan yang besar, insya'Allah.


salam..
,_._,__

Thursday, June 10, 2010

besarkan otak dan hati [=

bismillah
segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w


" Aku melihat alam al - wujud ini jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu.

Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek - aspeknya.

Ia mencakupi alam ghaib dan alam syahadah (alam yg boleh dilihat) kedua - duanya sekali bukannya alam syahadah sahaja.

Ia merangkumi dunia dan akhirat kedua - duanya sekali bukannya dunia ini sahaja.

Dan kewujudan manusia adalah kesinambungan di lorong - lorong zaman yang amat jauh.

Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan.

Segala sesutu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan keseluruhan habuannya, malah ia merupakan sebahagian dari habuannya sahaja.

Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti.

Disana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan.... "
(muqaddimah FZ by SQ)

Al - Qur`an mengajarku supaya bebaskan diri dari sebarang sembahan dunia dan thoghut kepada
sembahan dan ubudiyah kepada Allah dengan bebasnya.

itulah wala` wal bara`


salam

Saturday, June 5, 2010

+ve (ijabiyah) [=

bismillah..

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..selawat buat Nabi Muhammad s.a.w, utusan terakhir Allah s.w.t..

1-tenang sahaja suaranya dilontarkan, ketika mahu memulakan bicara, kata2 ini diucapkan dahulu..

'Alhamdulillah, Allah menghantar musuh2Nya kepada kami untuk mentazkiyah diri' (membersihkan hati dan diri)

2-selepas beberapa sahabat yang telah Syahid.. kata2nya bukanlah kecewa kerana tidak dapat syahid, tapi dia tahu Allah tidak mengizikan dia syahid kerana masih banyak kekurangan diri..

'masih ada dosa dalam diri yang menghalang kami untuk syahid pada waktu itu'

3-perasaan sedih kerana kapal tak sampai ke Gaza, tapi ini jawabnya..

'masih ada perkara2 yang tidak dijaga dalam kapal itu, wartawan dari negara lain dan org2 bukan Islam masih bergaul dan bercampur dengan bebas'

-bantuan Allah akan tiba jika seluruh manusia memberikan segala ubudiyyah kepada Allah
-silalah amek pengajaran dari setiap peperangan yang Islam pernah memang, tentera2nya menjaga segala pantang larang yang telah Allah gariskan..

lastly..

Tabiat agama ini ada DUA (HD by SQ)

"PERTAMA ,agama ini adalah satu manhaj rabbani..satu agama yg bukan calang-calang diturunkan dari langit oleh Allah dgn lengkap. dan agama ini melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia..
salah manusia yang tidak mengembeleng segala kudrat dan bekerja keras untuk dunia melaksanakan kesyumulan agama ni dan menjadi tanggungjawab KITA untuk menegakkannya kembali.

tabiat yang KEDUA,agama ini memerlukan bazluttoqotil bashariah [بذل طاقة بشرية ] -> penggemblengan tenaga manusia!
Allah swt berkuasa utk katakan "jadilah" dan dengan mudahnya Islam boleh naik tanpa sebarang halangan., Namun, hakikatnya Allah telah letakkan tabiat agama ini ,ia tidak akan dpt dilaksanakan di muka bumi ini melainkan adanya penggabungan manusia yang beriman yg mengembleng tenaga habis-habisan. kalau tidak agama ini akan kekal hina. Allah nak kita masuk syurga, sebab tu kena usaha sekeras2nya..kan Allah dah bagi kita modal dengan free (modal = segala nikmat anggota badan dan rezeki), tinggal kena buat kerja je..=)

salam

Thursday, June 3, 2010

keretapi belum habis =)

bismillah..

segala puji bagi Allah, Rabb seluruh alam..
selawat buat insan teragung, Muhammad s.a.w..

proses ni betul2 mentazkiyah diri..
tapi tempohnya belum habis lagi..
lagi separuh jalan..
doakan agar semuanya selamat sampai dengan segarnya..

lagi 50% nak habis.. sila sabar dengan canteek.. =]

sesungguhnya orang - orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat - ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan kepada Tuhan mereka bertawakkal.
(iaitu) orang - orang yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
al - anfaal:2-3


bittaufiq buat semua..

akak2 dentist masih exam final, masih dalam separuh perjalanan.. doakan mereka ye..


salam.

Wednesday, June 2, 2010

$_$ mahalnya $_$

bismillah.
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al-Wakil seluruh makhluknya..
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w.

3 tahun mereka dikepung.. (dari tahun ke-7 hingga ke-10 nubuwwah)
sang Abu Lahab melaung supaya harga2 barang dinaikkan,
supaya tiada siapa dikalangan Bani Hashim dan Bani Mutalib mampu membeli barang2 keperluan harian,
perjanjian sudah tertulis..
mereka tidak boleh mengahwini,
tidak boleh berjual-beli..
menyekat sumber2 rezeki yang mengalir kepada mereka,
tidak menerima sebarang perdamaian ..
dan tidak berbelas kasihan..
tak kisahlah samada dia beragama Islam atau tidak,
yang penting semua Bani HAshim dan Bani Mutalib dikepung..
KECUALI
jika Muhammad diserahkan untuk DIBUNUH..

Daun - daun dan pucuk kayu dijadikan santapan..
anak - anak dirumah melolong dengan kelaparan..

sebaik sahaja masuk tahun ke 3 pengepungan,
datanglah satu kumpulan manusia dari kaum dari Bani Qusai..
mereka ialah:

-Hisham bin Amru bin Al - Harith
-Zuhair bin Umayyah
-Al - Mut`am bin `Adi
-Abu Al - Bakhtari bin Hisham
-Zam`ah bin Al - Aswad

kata mereka:
"Kita tak boleh biarkan BAni Hashim dan Bani Mutalib terus dikepung begini"

Zuhair bin Umayyah melaungkan:
"Wahai penduduk Mekah!! Apakah layak kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim dan Bani Mutalib dimamah kebinasaan, tiada siapa yang berjual beli dengan mereka, demi Allah aku tidak duduk sahaja hinggalah aku menentang perjanjian pemulauan yang kejam ini"

lalu 4 yang lain bangun meluru kearah naskhah perjanjian dan Mut`am bin `Adi mengoyakkan perjanjian..

sape nak bagi ibrah?? sila kaitan dengan isu sekarang..

1- BAni HAshim dan BAni Mutalib dikepung dan dipulau..

- Gaza juga kini sedang dikepung, dengan tembok2 gergasi yang berjela2 panjangnya.. segala sumber disekat..
- org2 didalamnya?? anda fikirkan bagaimana keadaannya..
keperluan asasi seperti makanan dan pakaian, tempat perlindungan, kesihatan, bangunan2 yang punah ranap, pendidikan anak - anak siapa yang mahu beri jika bukan manusia diluar2 ini..

2- 5 orang Bani Qusai membatalkan perjanjian untuk membebaskan BAni Mutalib dan Bani Hashim dari pemulauan..
- hari ini, isu membebaskan Gaza, kesedarannya bukan hanya pada sebilangan umat Islam yang mahu membebaskannya.. tapi juga dari manusia seluruh dunia tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.. mahu membantu dan membebaskan Gaza atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan..
sama seperti 5 pemuda dari Bani Qusai.. diorang pun bukan Islam, tapi apa yang menyebabkan mereka terpanggil untuk membebaskan Bani Hashim dan Bani Mutalib?? sebab atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan..
Tapi, semalam ada yang kecewa..bantuan tak sampai pun??

Kamu hanya mahu Gaza berjaya dibantu dengan hanya duit seciput yang kamu sumbangkan??
Kamu hanya mahu Gaza dibebaskan dengan mimpi dan angan2??
kamu hanya fikirkan kapal2 yang dirampas dan duit2 berjuta2 yang diambil sebagai satu pembaziran??
Doa kamu untuk mereka mana??

misi ini baru satu dari harga yang perlu dibayar untuk membuka hati manusia2 yang tidur, dibuai mimpi2 indah dunia..
manusia di dunia ini ada 6,800,000,000 orang,
sudah cukup ke nilai2 duit itu untuk mengejutkan hati2 yang oang - orang yang masih tidur??

nilai ini masih jauh lagi jika mahu melihat Gaza dibebaskan dan seterusnya Ummah ini dibebaskan dari cengkaman taghut..
itulah bayaran Syurga,, tersangat - sangat mahal..

mereka telah berusaha yang terbaik, semoga Allah Redho dengan mereka (^_^)
semoga Allah menerima amal mereka dan memberatkan mizan hasanat mereka..

mereka telah berjaya mensatukan fikrah2 sebahagian manusia2 didunia tak kira berbeza latar belakang dan bangsa bahawa Gaza perlu dibantu dan dibebaskan..
mereka berjaya meng'hot'kan dunia dengan perkara bahawa Gaza masih disekat dan dikepung..
mereka berjaya menunjukkan kepada dunia Zionis memang keras kepala dan tak de hati perut tak kira sama ada rakyat Palestin atau bukan, bagi Zionis seluruh makhluk di dunia adalah Goyim yang boleh dibunuh dan dibuat apa sahaja..


Jangan perkecilkan usaha yang mereka telah buat, tapi fikirkan dan buatlah usaha2 yang kamu belum buat..


" jangan perkecilkan amal dan usaha yang orang lain buat, sebab belum tentu amal dan usaha yang kita buat diberi pahala dan diterima Allah, takut2 dengan tindakan kita memperkecilkan amal orang lain menyebabkan amal kita termusnah disisi Allah"

salam..