Pages

Friday, November 5, 2010

otak pergi jalan-jalan

bismillah..
alhamdulillah segala puji bagi Allah, al - mulk seluruh makhluk.
selawat buat insan teragung, Muhammad s.a.w

tiap2 hari otak gi jalan2..=)
hati pun hari2 pergi jalan.. =)
kaki pun berjalan2? (^_^)

minggu lepas jalan - jalan,
maka saya kenal mereka2 yang hidup dahulu,
yang hidupnya hanya untuk Allah dan Rasul - Nya,
kerana keimanan, keyakinan dan kefahaman cara tujuan hidup hanya untuk Allah dan RasulNya
maka,
mereka keluar ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari hati2 ummat utk dibawa kepada Allah.

uqbah bin Amir
meninggal di Mesir ketika proses pembukaan mesir

thufail bin nu3man
terus menyahut panggilan Rasulullah untuk cover balik perang Uhud (ghazwah hamra` al - asad) walaupun badannya terdapat 13 luka.. no excuse untuk tunggu luka tu baik.

abu ayub al - ansori
- dikebumikan di tembok konstentinopel


bilal bin rabah
-dikebumikan di damsyik

ghumaisa` binti milhan
-dikebumikan di cyprus

safwan bin amru
dia seorang sahabat dan tabiin:
Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerit
a, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (masa tu tengah perjalanan ke konstatinopel) berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata : ‘pakcik tak payah lah, pakcik dah tua. Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata : wahai anak, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat..!

Said bin Musayyab
(Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu
Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesugguhnya kau ni sakit. Dia mnjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak juga pergi. walaupun
jika akau tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.
Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!

pastu semalam gi jalan2 lagi.. =)
saya jumpa

laksamana Perempuan Pertama Di Dunia. Beliau juga berjayanya menghalau Portugis dan Inggris masuk ke Aceh.
-membentuk Laskar Inong Balee atau yang bermakna Laskar para Janda pahlawan. Beranggotakan 2000 orang prajurit perempuan yang suami2 mereka syahid ketika melawan penjajah.
-Menguasai 6 bahasa dan menjadi perunding Sultan Alaiddin Ali Riayat Syah IV


2-Arnold Joseph Toynbee (1889-1975)
arnold cakap : Tamadun mati kerana membunuhnya dirinya sendiri bukan di bunuh

sori, ni sekadar catatan.. tak teratur sikit ayat2.. heeee

dan suka saya kenal seorang perempuan yang menunggu tentera uhud pulang..
dia bertanya kepada angkatan yang pulang dari medan Uhud:

perempuan itu : bagaimana suami ku?
tentera uhud : dia telah syahid
perempuan itu : bagaimana bapaku?
tentera uhud : dia telah syahid
perempuan itu : bagaimana abang ku?
tentera uhud : dia telah syahid
perempuan itu : bagaimana Rasulullah??
tentera uhud : Rasulullah selamat tapi tercedera
perempuan : semuanya kecil bagi ku, yang paling penting Rasulullah selamat..

ok, tu sahaja catatan untuk diambil pengajaran bagi orang2 yang beriman dan berfikir =)

salam.

1 comments:

aRju As-SiddiQaH said...

Salam'alaik.

tiap2 hari otak gi jalan2~...betul!
hati pun hari2 pergi jalan..~ betul!
kaki pun berjalan2?..~ kak mae lah terutamanya! hehehe :p