Pages

Saturday, October 23, 2010

Al - Barra`

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

kali ke-2 saya mendengarnya,
sangat2 mengagumi sahabat ini..
dia ni saudara kandung Anas bin Malik.. =)
beliau sangat 10x berani..

peta minda tajaan Batu - Bata dari Tanah Lain, nanti Lion King pun boleh buat juga ye..=)

Masa mula dengar kisah Baraa`, saya mahu nangis..
dia sangat cintakan Allah, Rasul dan Syuga..
setiap kali dalam peperangan, dia akan mencari2 peluang untuk mati syahid kerana rindunya Al-BArra` untuk bertemu Rasulullah..

moto Al - Barra` dalam hidupnya:
ALLAH dan SYURGA

cerita 1st:
time ni masa zaman Abu Bakar..
peperangan Yamamah berlaku ketika Abu BAkar hendak memerangi golongan Musailamah Al-Kazzab..(beribu - ribu tentera Musailamah)
Katibah Islam yang 1st yang dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal telah tewas dan Ikrimah telah syahid.
2nd katibah dipimpin oleh Khalid Al - Walid..
kerana perasan gentar sudah menyelubungi hati pengikut2 Musailamah Al - Khazzab, akhirnya mereka menyembunyikan diri di "KEBUN MAUT" dan mengunci rapat - rapat pintu utama kebun tersebut supaya tentera Islam tak dapat masuk ke kebun tersebut.. dalam masa yang sama, tentera Musailamah menghujani tentera Islam dengan panah2 dari tembok yang tinggi..

Kata Al-Barra’,
“Angkat saya dengan gala ini dan lindungi saya dengan perisai dari panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dalam kebun di dekat pintu. Biarlah saya syahid untuk membukakan pintu bagi kalian.”

Al-Barra yang berbadan kecil dan kurus memudahkan sahabat2 yang lain untuk melontarnya ke dalam 'kebun maut'..
akhirnya, 10 pemanah Muslim melontarkan Al - Barra` ke dalam 'kebun maut'.. tentera Musailamah terkejut dan ketakutan dengan kehadiran Al - Barra`.. dengan penuh semangat, Al - Barra` meluru untuk membuka pintu 'kebun maut' dan dalam masa yang sama dia berjaya membunuh 10 orang tentera Musailamah.. =)

dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan ni kerana berjaya memasuki 'Kubu Maut'

cerita 2nd:
sebabkan Al- Barra` tak puas hati dia tak dapat mati syahid dalam peperangan Yamamah, maka, ia mengikut peperangan berlawan dengar Parsi..

Ciri - ciri Kubu pertahanan tentera Parsi:
-Tinggi, besar, kukuh
-banyak menara2 yang tinggi untuk meninjau pihak lawan

disebabkan tentera Islam terlalu lama mengepung kubu Parsi.. akhirnya tentera Parsi mengeluarkan rantai2 besi yang panas membara untuk menjerat orang2 Islam..

akhirnya, saudara Al - Barra` bin Malik iaitu Anas bin Malik terkena jeratan tersebut..
tanpa menghiraukan kepanasan besi yang menjerat Anas, Al - Barra` membuka jeratan dengan kedua tangannya sehingga Anas terselamat..
Tapak tangan Al - BArra` terbakar sehingga nampak tulang - tulang tangannya..

adik - beradik yang sama2 mencari redha Allah..(^_^)

habis dah cerita mengenai Al - Barra` bin Malik..

lepas tu, cik L pun tanya:
sape nak pengajaran dari kisah sahabat ni..

jawab adik W:
Allah dan Syurga

jawab adik A (walaupun mata tak terbuka ketika mendengar kisah Al - Barra`):
Muslim mencintai Mati sepertimana Kafir mencintai kehidupan..

p/s: boleh rujuk-Suwarun min Hayaatis Shahabat (boleh didapati di Maktabah Nur Islami)

salam..








0 comments: