diam.. terus diam.. dalam kepala memikirkan satu perkara yang membolehkan hasilnya tercapai dengan cepat.. tapi, hakikatnya memang dah dijanjikan cara ni memang tak de shortcut.. confirm, memang tak de..
tetapi, harapan yang menjadikan manusia bekerja kearahnya.. bekerja dan terus berkerja.. sedang masyarakat sekarang memandang sebelah mata pada usaha2 ini.. menganggap kerja2 ni sia2.. hanya mimpi yang tak mungkin akan tercapai..
kita terus bekerja dan mengharap, mengharap ianya akan tiba di dalam hayat kita, menyebabkan sampai satu masa kita akan putus asa.. kerana tak mendapat apa yang diharap.. penat, banyak masa habis, banyak duit habis dan etc.. tapi, dah tak de jalan lain.. nak ke tak nak, memang kena lalu, memang kena buat, memang kena kerja.. walaupun manusia lain belum nampak hasilnya..
yang penting, apa yang perlu kita buat sekarang.. TANAMKAN HARAPAN itu dalam diri kita, BERSIKAP POSITIF dan YAKIN satu hari nanti generasi2 kita akan melihat dan merasai hasilnya..
dengan adanya harapan ini, IZZAH umat ini akan dikembalikan.. ibarat matahari yang terbit selepas malam yang sangat panjang..
kalau dalam kamus, harapan bermaksud mengharapkan berlakunya perkara yang baik tetapi perkara tersebut susah untuk kita capai.. kalau sekadar harap dapat makan roti canai, dapat g jamiah naik kete ke.. bolehlah nak kira harapan.. tapi tak bestla sebab harapan2 tu tak susah.. huhu
sebabnya, kalau orang2 yang berhenti berharap, maksudnya dia ada masalah dengan aqidah dia, dia tak beriman dengan kekuasaan Allah yang boleh menjadikan harapan itu menjadi kenyataan.. lagi2 perkara2 yang memang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulullah..
dalam surah yusuf : 87 -- Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudarannya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang2 yang kafir
-- see.. Nabi Yaakub pesan pada anak2nya supaya jangan PUTUS ASA.. dan hanya orang2 kafir sahaja yang berputus asa dengan rahmat Allah..
sebelum kita berputus asa.. cuba kita tengok balik diri kita..tengok pada keluarga kita, kawan2 kita dan orang 2 disekeliling kita..banyak sangat rahmat dan kasih sayang yang Allah dah bagi pada kita.. kita still sihat walafiat, masih ada mak ayah yang sentiasa sayang dan mendoakan kita, masih ada kawan2 yang ambil berat pasal kita, dan kerana Allah sayang kita, Dia telah campakkan kita di bumi Anbiya ni..(^_^)
Rahmat Allah untuk semua makhluk dibumi: 1% Rahmat Allah pada hari kiamat khas untuk orang2 beriman: 99%
Rahmat Allah yang 1% tu pun kita share ngan kucing, ikan, belalang, ikan paus dan semua makhluk Allah kat atas bumi...
tapi, bayangkan 99% rahmat Allah, khas untu manusia2 yang beriman.. bestkan!!
surah al - An`am:54 :
Dan apabila orang2 yang beriman dengan ayat-ayat kami datang kepadamu, maka katakanlah "Salamu Alaikum". TUHANMU TELAH MENETAPKAN SIFAT KASIH SAYANG PADA DIRI-NYA, iaitu barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki dirinya, maka Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Allah pun telah mewajibkan atas dirinya sifat kasih sayang, maksudnya Allah boleh memberikan kasih sayang-Nya dan bantuan-Nya untuk membantu kita merealisasikan harapan kita..
cuma..
kadang2 memang rasa penat dan ada masa kita rasa macam nak putus asa.. tapi ucapkanlah..
"SAYA PENAT, TAPI SAYA TETAP AKAN BUAT"
cuba kita tengok macam mana Rasulullah meletakkan harapan pada Suraqah bin Malik ketika peristiwa hijrah.. Banyak kali percubaan Suraqah untuk membunuh Rasulullah, namun usahanya tetap gagal walaupun ketika itu Rasulullah betul2 depan beliau..Rasulullah memberikan harapan bahawa satu hari nanti, Suraqah akan memperolehi gelang Raja Qisra(Raja Parsi).. dan akhirnya, pada zaman khalifah Umar, Parsi berjaya dibuka dan akhirnya Umar menyerahkan gelang tersebut kepada Suraqah..
Lihat, betapa Rasulullah berusaha keras menyebarkan Islam sehingga Parsi berjaya dibuka setelah 20 tahun kewafatan baginda.. dan apabila baginda memberi harapan kepada Suraqah, baginda berusaha melaksanakannya..
kita kecikkan skop dan makhluk2 yang ada disekeliling kita.. contohnya BURUNG, kalau kita tgk, burung ni kecik ke.. tapi cuba kita tgk pada sifat burung.. bila berlakunya gerhana matahari.. burung2 ni akan kembali ke sarang.. bukan untuk tido tapi burung2 ni akan tunggu dan takkan tido sampailah terbit cahaya matahari yang baru.. macam tu juga kita, zaman kejatuhan ini umpama gerhana, mungkin gerhana ni selama 100, 200 atau 1000 tahun.. tapi jadilah kita macam burung, tetap menanam harapan bahawa satu hari nanti cahaya baru nanti akan muncul..
"UMUR KITA BUKANLAH SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN, TETAPI UMUR KITA ADALAH UMUR UMMAT INI"
last sekali..
pesan untuk diri ini dan sahabat2, kita yang sedang berada atas jalan ini, binalah dan tanamkan harapan pada diri kita bahawa satu hari nanti ummat ini akan bangkit dan pulih dari kesakitan yang sangat lama.. biar pun manusia memandang ini hanya angan2 semata2.. kita terus tanamkan harapan ini pada diri kita dan berusaha kearahnya..
"KITA YUSUF KEPADA MIMPI INI"
salam..
5 comments:
terima kasih dgn perkongsian ni..best2
mae ade bakat terpendam dlm penulisan rupanya...
suke..suke...
jazakillah ya ukhti atas ingatan. moga matahari yg membawa kegemilangan Islam kan kembali bersinar.
"kita Yusuf kepada mimpi ini" ~ mcm pernah dengar. hehe.
teruskan menulis my dear
uwaaa..nak nanges..terharu sgt..bile ilmu yg kite sampaikan org lain hargai dan hadam rase sgt2 gembire.. tak penat usaha menterjemah sehari semalam huhu..
mae awak slalu bg kite smgt! cth cam citer bara' bin malik pon awak trus nak jadikan name **** awak haha
mae ade bakat menulis..hehe..thanx mae
hehe.. teruskan usaha mae..hehe..
:)
moga dpt membuka hati pembaca2.. :)
x sia2 penat lelah cikzu..hehe..
kami selalu dipesan..
ingat, Allah tengok usaha bukan hasil..
plus kisah dakwah nabi nuh kat dlm surah nuh..
yee..walaupun huda xdengar dari cikzu tapi huda tau dr ape yg mae tulis..=)
jazakillah 2 both..
setuju,mae ade bakat penulisan..
suke bace=)
sgt2 membangkitkan semangat..
huu,cam da jadi konfrens lak kat cni..
ble nak aktifkan balik blog *tuut*??
sory,cam da tepanjang lak comment kat cni..
btw,huda saaayang sume..
always miss all of u~
Post a Comment