Pages

Saturday, February 14, 2009

Bekal

bismillah..

Alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t.. akhirnya Allah mengizinkan kita meneruskan hidup dengan baki2 rezeki yang kita masih ada yang jumlahnya hanya Allah sahaja yang tahu.. bila tamatnya rezeki seseorang, tamatlah riwayat hidupnya dan teruskan perjalanannya seterusnya dengan bekalan yang telah kita sediakan..

bila sebut pasal bekalan..
ape benda bekalan yang kita nak sediakan?? kemana bekalan nak dibawa?? ape fungsi bekal2 ni?? kenapa susah2 je nak siapkan bekal??

the answer is ++

bekalan yang kita nak sediakan??
- hati yang mengenal Tuhannya, amal soleh dan amal dakwah kita sebagai bekalan ketika kita mengadap-Nya

kemana bekalan nak dibawa??
- kepada Allah.. soo.. peringatan untuk diri sendiri.. kita sedang bergerak menuju Allah, berusaha untuk kutip bekalan2 yang terbaik..

ape fungsi bekal2 ni??
- dapat syurga dan the best nikmat-- melihat wajahNya

bila tibanya masa untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t, di saat itulah seluruh manusia akan dibuka bekalan2 mereka untuk dipersembahkan dihadapan Allah..

waktu tulah bermacam2 jenis bekal yang manusia bawa.. ada yang bila bukak je bekal tu.. banyak sangat bekal yang dia bawa.. melimpah ruah, semuanya berkualiti, ada yang cukup2 je, dan yang paling merugikan.. orang2 yang tak cukup bekalan.. macam kitalah.. ada yang lepas exam dengan markah yang tinggi2, ada yang cukup2 makan je.. dan ada yang tak lepas. kalau kat dunia, boleh usaha lagi, kalau kat akhirat.?? sape nak bagi.. masa tu sume orang kemut..

tak kan kita nak sembahkan bekal2 kita cukup2 makan atau tak sikit je bekal kita di hadapan Allah..??

sedangkan Allah menciptakan manusia dengan sebaik2 ciptaan, menyediakan pancaindra yang terbaik untuk manusia menerima hidayah2 Allah, mempersiapkan manusia keperluan2 (akal, hati, anggota badan, oksigen, makanan dan etc) yang mantap untuk melaksanakan perintah2 Allah.. dan yang paling penting sekali, menjadikan manusia tu mempunyai kesanggupan untuk laksanakan tugas kita sebagai khalifah dan untuk membawa hati2 manusia mengadap Allah dalam keadaan yang sejahtera dan mengenal Rabb nya..

bila cakap pasal persediaan bekalan kita mengadap Allah.. saya selalu teringat Khalid Al - Walid, Bara`bin Malik, Salahuddin Al - Ayubi.. dan semua mujahid2 yang berjaya menyediakan bekalan 2 yang mantap dan berkualiti.. apabila mereka ditanya ape yang telah mereka lakukan.. saya pasti mereka2 ni dengan rasa IZZAH mempersembahkan bekalan mereka .. menjawab dengan mudah ketika dipersoalkan usaha- usaha mereka supaya melaksanakan tugas2 mereka, ditambah dengan bukti2 yang nyata yang ada pada jasad2 mereka..

lihat bagaimana para sahabat memandikan jasad Khalid Al -Walid, seluruh badannya terdapat kesan parut disebabkan pedang2 musuh..

lihat bagaimana Bara` bin Malik yang hancur tangannya ketika memegang besi panas untuk menyelamatkan abangnya Anas bin Malik yang kakinya terjerat dengan besi panas ketika di dalam satu peperangan..

mereka membawa bukti2 yang jelas ketika menghadap ALLAH..

saya?? awak?? kita??

(muhasabah diri mode) 0_o

salam..

0 comments: