Pages

Saturday, December 24, 2011

pengsan..

bismillah,

segala puji bagi Allah, Raja sekalian makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ketika nafas sedang dihirup,
kaki sedang melangkah,
mata sedang melihat,
dan mulut sedang berkata - kata..
semua perkara ini kita buat dengan bersahaja,
tanpa tahu kenapa..

kadang2 kerana keinginan,
kadang2 kerang keperluan,
kadang2 kerang keterpaksaan,
kadang2 kerana nafsu yang selalu membisikkan kejahatan,
kadang2 kerana kehendak manusia yang lain..

seorang sahabat Rasulullah,
Muawwiyah bin Abi Sufyan
ketika mendengarkan hadith tentang balasan orang yang riya',
hatinya sangat takut,
sehingga beliau PENGSAN,
kerana sangat2 takutkan balasan yang pedih bagi manusia - manusia yang membuat kebaikan..

bayangkan,
golongan2 manusia yang didunianya dikenali sebagai orang yang tip top dikalangan penduduk bumi,
akhirnya,
ketika hari penghisaban,
Allah membongkar segala isi hati dan niatnya yang bukan kerana Allah di hadapan seluruh manusia..

"Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada Hari Kiamat ialah SEORANG LELAKI YANG MATI SYAHID. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya.
Allah berfirman: " Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat - nikmat itu??
Dia menjawab: "Aku berjihad di jalanMu sehingga aku mati syahid"
Allah berfirman: " BOHONG!!!" Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

"Dibicarakan pula seorang LELAKI YANG TELAH MEMPELAJARI ILMU, MENGAJARKAN AL-QUR'AN DAN MEMBACA AL-QUR'AN. Dia dibawa untuk dihisab. Lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya, lalu dia mengakuinya.
Allah berfirman: Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat ini??
Dia menjawab:"Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Al - Qur`an keranaMU"
Allah berfirman:" BOHONG!!" Tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca Al - Qur`an supaya kamu digelar qori. Itulah yang telah dikatan mereka kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret di atas mukanya sehingga dihumban ke dalam neraka.

"Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkan tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya
Allah pun bertanya: "Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat itu??"
Dia pun menjawab: "Aku tidak meninggalkan pun sesuatu jalan kebaikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu"
Allah berfirman: "BOHONG!!!" tetapi engkau berbuat begitu supaya engkau digelar pemurah, dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan agar dia dibawa ke neraka. Dia pun diseret di atas mukanya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka.
(Riwayat Muslim)


setelah Muawiyyah sedar dari PENGSAN,
beliau berkata:
"Benarlah Allah s.w.t dan RasulNya..

Firman Allah:

"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan tunaikan kepadanya ganjaran amalan baik mereka di dunia, dan (balasan) mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun di dunia. Merekalah orang yang TIDAK MENDAPAT APA - APA PADA HARI AKHIRAT kelak melainkan azab neraka."
(Hud:15 - 16)

Diriwayatkan bahawa sebahagian ulama salaf berkata:
"Sesiapa yang mahu berasa gembira dengan kesempurnaan amalannya, hendaklah dia mengelokkan hatiya, kerana Allah Azza Wa Jalla memberikan pahala kepada seseorang hamba apabila niatnya elok, walaupun dengan sesuap makanan"

Sufyan Ath - Thauri berkata:
"Saya tidak pernah menguruskan sesuatu yang lebih sukar daripada menguruskan niat saya, kerana is selalu berubah - ubah"

salam. =)