Pages

Saturday, December 24, 2011

pengsan..

bismillah,

segala puji bagi Allah, Raja sekalian makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ketika nafas sedang dihirup,
kaki sedang melangkah,
mata sedang melihat,
dan mulut sedang berkata - kata..
semua perkara ini kita buat dengan bersahaja,
tanpa tahu kenapa..

kadang2 kerana keinginan,
kadang2 kerang keperluan,
kadang2 kerang keterpaksaan,
kadang2 kerana nafsu yang selalu membisikkan kejahatan,
kadang2 kerana kehendak manusia yang lain..

seorang sahabat Rasulullah,
Muawwiyah bin Abi Sufyan
ketika mendengarkan hadith tentang balasan orang yang riya',
hatinya sangat takut,
sehingga beliau PENGSAN,
kerana sangat2 takutkan balasan yang pedih bagi manusia - manusia yang membuat kebaikan..

bayangkan,
golongan2 manusia yang didunianya dikenali sebagai orang yang tip top dikalangan penduduk bumi,
akhirnya,
ketika hari penghisaban,
Allah membongkar segala isi hati dan niatnya yang bukan kerana Allah di hadapan seluruh manusia..

"Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada Hari Kiamat ialah SEORANG LELAKI YANG MATI SYAHID. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya.
Allah berfirman: " Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat - nikmat itu??
Dia menjawab: "Aku berjihad di jalanMu sehingga aku mati syahid"
Allah berfirman: " BOHONG!!!" Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

"Dibicarakan pula seorang LELAKI YANG TELAH MEMPELAJARI ILMU, MENGAJARKAN AL-QUR'AN DAN MEMBACA AL-QUR'AN. Dia dibawa untuk dihisab. Lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya, lalu dia mengakuinya.
Allah berfirman: Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat ini??
Dia menjawab:"Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Al - Qur`an keranaMU"
Allah berfirman:" BOHONG!!" Tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca Al - Qur`an supaya kamu digelar qori. Itulah yang telah dikatan mereka kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret di atas mukanya sehingga dihumban ke dalam neraka.

"Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkan tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya
Allah pun bertanya: "Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat itu??"
Dia pun menjawab: "Aku tidak meninggalkan pun sesuatu jalan kebaikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu"
Allah berfirman: "BOHONG!!!" tetapi engkau berbuat begitu supaya engkau digelar pemurah, dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan agar dia dibawa ke neraka. Dia pun diseret di atas mukanya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka.
(Riwayat Muslim)


setelah Muawiyyah sedar dari PENGSAN,
beliau berkata:
"Benarlah Allah s.w.t dan RasulNya..

Firman Allah:

"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan tunaikan kepadanya ganjaran amalan baik mereka di dunia, dan (balasan) mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun di dunia. Merekalah orang yang TIDAK MENDAPAT APA - APA PADA HARI AKHIRAT kelak melainkan azab neraka."
(Hud:15 - 16)

Diriwayatkan bahawa sebahagian ulama salaf berkata:
"Sesiapa yang mahu berasa gembira dengan kesempurnaan amalannya, hendaklah dia mengelokkan hatiya, kerana Allah Azza Wa Jalla memberikan pahala kepada seseorang hamba apabila niatnya elok, walaupun dengan sesuap makanan"

Sufyan Ath - Thauri berkata:
"Saya tidak pernah menguruskan sesuatu yang lebih sukar daripada menguruskan niat saya, kerana is selalu berubah - ubah"

salam. =)

Tuesday, November 22, 2011

adaptasi lama - lama??

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. al-khaliq yang menciptakan segala-galanya
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

lama kan blog ni tak ter'update'..
saya pun tak tahu kenapa tak de 'rasa' nak tulis sejak balik dari bumi anbiya'..
mungkin mengambil masa adaptasi di bumi tercinta..
kerana buminya tak sama macam bumi anbiya'..
manusianya berbeza..
budayanya berbeza..

macamlah saya ni duduk lama sangat kat bumi anbiya' sampai saya lupa budaya dan realiti bangsa sendiri.. =_=
tapi,
memang betul pun, bukan lupa.. tapi dah tak biasa..
walaupun hanya 5 tahun di bumi anbiya' berbanding saya hidup di Malaysia yang 18 tahun lamanya..
namun,
dalam fasa ini, peribadi saya, pemahaman saya terhadap sesuatu perkara, muamalah saya dan lain2 dibentuk sepanjang saya di bumi anbiya'.

kalau di bumi anbiya', saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu,
tidur rumah akhawat berhari - hari..
jalan sana, jalan sini..
boleh gi program tanpa sekatan jalan raya,
boleh baca buku selama mana yang mahu, (walaupun kadang2 saya tersengguk gak)
boleh gi main2 dengan adik2..

namun,
bila kita balik ke tanah air,
komitment sudah ada.
masa dengan family,
tanggungjawab sebagai anak,
sudah kerja,
nak gi mana2, naik transport awam dengan perjalanan yang lama dan jauh untuk laksanakan Shahadatul Haq..

sebab tu,
jangan pelik kalau ada insan yang futur bila pulang ke tanah air,
ujian2 yang terlalu banyak di bumi sendiri..
ujian yang akan menguji segala teori yang telah kita belajar di bumi anbiya'.
menguji segala kata - kata yang pernah kita ucapkan sewaktu kita tengah semangat di masa dahulu kala..

teringat kata - kata seorang akhawat Jepun yang telah back for good..
"jangan ambil masa yang terlalu lama untuk antum mengadaptasi dengan DnT di bumi ini, banyak lagi kerja yang perlu dibereskan"

kini,
saya di bumi yang lautnya terbentang luas,
bumi yang kaya,
untuk disuburkan benih - benih yang baru..

doakan saya thabat dengan ISLAM sehingga saya selamat bertemu dengan Allah.

salam

Thursday, October 13, 2011

jumpa orang..

bismillah,

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.w.t

hari ni,
masuk 3 bulan diri ini kat Malaysia..
adakah saya bosan??
alhamdulillah saya tak bosan..
kalau ada kerja yang nak dibuat,, tentunya tak bosan.. kan??
time ni lah nak berkenalan dengan ramai orang..
belajar melihat bumi malaysia yang hidup (walaupun tak sehidup jakarta)
dan melihat gelagat manusia di dalamnya.

manusia,
bila diberitakan tujuan hidup mereka ke bumi ini..
ada yang tahu, tapi tak faham..
ada yang tahu, tapi tak nak buat..
ada yang cuba untuk memahaminya, lantas berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik..
ada yang sudah memahaminya, tapi masih susah untuk berubah menjadi yang lebih baik kerana suasana yang kurang membantu..
ada yang tak boleh terima.. betul ke ini tujuan aku lahir ke dunia??
tapi aku yakin, dia masih berusaha untuk menjelaskan persoaalan2 yang baru tiba di kotak fikirannya.

lagi ramai kita berjumpa manusia,
insya-Allah lagi banyak kita belajar untuk berlapang dada dengan manusia lain.

salam.

Tuesday, September 13, 2011

lebaran

bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabbul alamin
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.w.t

sejak menjejakkan kaki di bumi Jordan,
ku mula merasai nikmat berpuasa dan beraya di sana,
sepanjang 5 tahun di sana,
5 kali juga ku berpuasa dan beraya di sana.
iaitu pada tahun 2006,2007,2008,2009,2010..

lebaran tahun 2011 berbeza,
sempat berpuasa selama 5 hari + beraya di bumi yang telah lama saya tinggalkan iaitu 11 tahun yang lalu,
tahun ni ku ke sana semula,
ke bumi Kg.Sidoko, Tangerang yang lama perjalanannya dari bumi Jakarta,
walaupun sebenarnya jarak tidak terlalu jauh,
cuma jalan yang 'macet' dan berliku-liku menjadikan perjalanan mengambil masa yang lama.


ku amat merindui mereka sana,
selalu mereka bertanya,
"mae, betah enggak??" (mae, selesa tak duduk di sini??)
mungkin mereka risau,
anak bandar,
duduk di tengah - tengah sawah,
ditemani 'bebek - bebek' dan 'bocah-bocah',
bermandikan air perigi (sejuk sangat),
bila time masak, berkepul - kepul asap di dapur sebab nenek dan kak mar masak guna dapur kayu.
yang paling best, kalau nak makan ayam, kena cari ayam hidup, baru sembelih dan dimasak..
kalau nak makan 'bebek', kena cari 'bebek' hidup,
kemudian sembelih dan masak.. begitu juga kalau nak makan kambing, kena cari kambing hidup, sembelih, dan bakar... hihi..
saya rindu rumah nenek.. =)

malam raya pun tiba,
takbir raya bermula dari selepas Maghrib hinggalah Subuh!!!
mercun tak berhenti2 berdentum,
kacang kuda 20kg yang nenek pesan dari abah mula direbus dan dibungkus-bungkus dalam plastik2 kecil,
sebagai hidangan tambahan buat saudara-mara dan jiran-jiran nenek yang datang beraya di rumah,
dan sebagai balasan kuih - muih yang diberi kepada nenek,
buat 'bocah-bocah', mesti akan dapat 'permen' yang berbatang sebagai hadiah,
tinggallah baki 2kg kacang kuda setelah terbenam matahari raya pertama.
(kat kampung nenek saya, tidak wujud kacang kuda..kalau tak nenek saya nak 50kg kacang kuda dari malaysia sebab nak bagi kat sedara -mara)

bersalah mode =_=.. acik Dentist kasi 'permen' sama 'bocah - bocah'..

raya ke-4,
menuju ke Kota Jakarta,
bermalam di RI Zilal,
iaitu rumah akhawat jakarta,
1 rumah duduk 15 orang!!
ramai tak??? =)
memang belajar untuk menjadi Individu Muslim.

siapa yang pernah ke Jakarta,
anda akan tahu suasana yang selalu hingar bingar dan 'macet'
tahun ni,
ada akhawat yang tak balik raya,
sebab ada praktikal di hospital,
hospital bukannya dekat,
masing2 akhawat tercampak merata - rata dibumi Jakarta yang amat luas itu.
tabik buat akhawat2 jakarta,
yang gigih dan kuat untuk terus hidup, mengejar cita - cita dan berDnT di bumi Jakarta.

p/s:
1-alhamdulillah, sampai juga saya ke kedai buku Buyong, toko buku yang kecil sekali, tapi buku-buku tarbiyah saaaaaaaaaaaaaaangat banyak disitu.

2- All the best buat akhawat yang akan ber'SOKA' di Universiti Trisakti.. didoakan antum naik tahun seterusnya dengan cemerlang.=)

kamus:
-macet = traffic jam
-bocah = kanak - kanak
-bebek = itik
-permen = gula- gula

salam.

Saturday, September 10, 2011

naafi' li ghairih

bismillah,

alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

3 rukun diulang,

Taaruf,
Tafaahum,
Takaful.

persoalan dilontar kepada kami,

Berapa diantara kita berusaha untuk mengenal saudaranya dan berusaha untuk mewujudkan suasana kasih sayang sesama saudara kita dengan atas niat kerana Allah semata?

Siapa diantara kita yang boleh menerima dan mendengar nasihat saudaranya dengan hati yang gembira dan senang hati serta berterima kasih kepada saudaranya kerana nasihatnya itu dapat membantunya istiqamah di jalan Allah??

Dan bagi saudaranya yang memberi nasihat, tiada sedikit pun dihatinya merasakan saudara yang dinasihati itu lebih rendah darinya dan dia pula tidak merasakan yang dia lebih baik dari saudaranya??

Dan berapa ramai orang yang redho dirinya dimanfaatkan ketika dia berada dalam keadaan sibuk??



Bertubi-tubi hati ini diketuk dan ditembak...
3 rukun,
membaca, menghafalnya..
memang mudah.
Tapi,
untuk melaksanakannya??

Hanya Iman pada Allah yang dapat meringankan keberatan untuk terus bermanfaat kepada manusia lain,

Hanya Iman pada Allah yang dapat melapangkan dada apabila berhadapan dengan kelemahan manusia lain dan membantu memperbaikinya,

Hanya Iman pada Allah yang dapat meredhokan hati apabila melakukan takaful sesama manusia lain..

Diriwayatkan dari Jabir berkata,
”Rasulullah saw bersabda,
’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

~muhasabah~0_o

salam =)

Thursday, August 4, 2011

kader - kader manja =(

bismillah,

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..

selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w


email dibuka ptg tadi,

kiriman dari seorang murabbi..

pesanan agar selalu memuhasabah diri,

siapalah diri ini jika tiada ikhlas di hati..

sedangkan tujuan hidup di dunia untuk mencari redho Ilahi.

Kader-Kader Manja

2/8/2011 | 03 Ramadhan 1432 H | Hits: 3.339
Oleh:
Jupri Supriadi

dakwatuna.com

Duh kader-kader manja, maunya selalu mendapat, tapi enggan memberi. Maunya diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan. Maunya dihargai, tapi tak mau menghargai.

Duh kader-kader manja, merasa paling dibutuhkan dalam dakwah hingga tinggi hati menyerang niat nan suci. Merasa paling berkontribusi tapi lupa diri, bahwa yang diperbuatnya tak begitu berarti.

Duh kader-kader manja, masalah pribadi jadi masalah lembaga. Harusnya fokus memikirkan umat, tapi sibuk mengungkit masalah internal yang dibuat buat. Kapan kita geraknya sobat?

Duh Kader-kader manja, selalu enggan datang rapat, kalaupun datang pasti bilangnya “afwan telat”

Duh kader-kader manja, inginnya selalu instan. Ingin dapet jabatan. Ingin terlihat mapan. Kalau tidak berhasil jadinya menjauh dari perkumpulan. Barisan patah hati pun jadi bermunculan.

Duh kader-kader manja, ingin ini ingin itu tapi tak mau bergerak. Hanya bisa berteriak-teriak, duhsampe suaranya serak, tak banyak manfaat.

Duh kader-kader manja, senangnya mengkritisi tapi tak memberi solusi, panjang lebar berdiskusi tapi tak ada aksi.

Duh kader-kader manja,

ternyata usia tak selalu berbanding lurus dengan kedewasaan. Bersikap seperti anak-anak padahal beban dakwah semakin banyak. Umat ini sedang butuh kontribusimu, jangan kau tambah lagi masalah umat dengan kemanjaanmu. Ingat, Komitmen kita di jalan dakwah ini akan Allah bayar, jauh lebih mahal dari materi yang selama ini kita kejar. Jadi jangan beralasan meninggalkannya hanya karena disibukkan dengan permasalahan-permasalahan pribadi. Syurga itu amat mahal takkan dapat dicapai dengan upaya seadanya saja. Buanglah sifat manja, buktikan bahwa kita kader-kader dakwah yang siap bekerja untuk umat dan bangsa.


salam.


Sunday, July 24, 2011

pemuda dan barber =)

Bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w.

Seorang pemuda telah datang kesebuah kedai gunting rambut, lalu dia pun duduk diatas kerusi dan barber tu pun menggunting rambutnya. Barber tu sangat tertarik dengan ketrampilan pemuda itu.Dia pun memulakan dailog…..

Barber : Wahai anak muda,adakah kamu percaya Allah tu wujud? Adakah kamu percaya akan kasih sayang Allah?

Pemuda : Pastilah! dengan sepenuh hati saya.

Barber : Wahai anak muda, jika benarlah Allah tu wujud dan mengasihi hamba-hambanya, mengapa diluar sana masih ada mereka yang miskin dan tidak terurus, kusut masai, kotor? Mengapa ada manusia yang mati kebuluran? Mengapa masih wujud peperangan dan pembunuhan? Mengapa masih wujud bencana alam dan kerosakan? Jika Allah tu wujud, pasti dunia ini akan aman tanpa adanya semua itu…

Pemuda itu tidak berkata apa-apa. Dibiarkannya sahaja barber itu meneruskan soalannya yang bertubi-tubi.
Setelah selesai, pemuda itu pun turun dari kerusinya dan terus membayar upahannya.Ketika mengucap terima kasih pada barber itu, pemuda itu terlihat melalui pintu dan dinding kaca kedai itu, seorang remaja berambut panjang melepasi bahu, mengerbang, tidak terurus, diluar kedai barber itu.


Pemuda itu pun berkata pada barber itu..”Wahai tukang gunting, tahukah kamu bahwa tukang gunting itu tidak wujud?”

Barber itu berasa hairan dengan soalan pemuda itu lalu dia berkata…”Wahai anak muda, habis siapa yang berdiri dihadapan kamu ini?

Pemuda itu pun berkata “Wahai tukang gunting! Jika kamu benar-benar wujud, mengapa masih ada diluar sana mereka yang berambut panjang, tidak terurus seperti remaja itu?”

Barber itu pun menjawab “Wahai anak muda, hal itu adalah kerana mereka tidak datang kepadaku untuk meminta aku potong dan kemaskan rambut mereka.”


Pemuda itu pun berkata “Ha ! itulah jawapan kepada soalan kamu tadi, hai si Tukang Gunting ! Apa yang kamu tanyakan tadi, jawapannya adalah kerana manusia tidak menghadirkan diri mereka kepada Allah. Jika mereka tidak datang dan tunduk kepada Allah, masakan Allah mahu menjaga kehidupan mereka.”

Tukang gunting itu terkedu dengan jawapan pemuda itu.Kata-kata pemuda itu benar-benar telah mengetuk jiwanya.Dia terseyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya….
kepalanya….


salam =)

Tuesday, July 19, 2011

perlu VS mahu

bismillah,

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam,
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

7 bulan yang lepas,
winter...
sejuk..
beku..
dari bumi sejuk ke bumi lagi sejuk..

perjalanan hanya 3 hari,
tujuan untuk mendidik diri,
terus diajar secara amali.
ibrah perjalanan akan dikongsi setelah di penghujung hari.

bekalan makanan yang dibenarkan,
untuk dibawa dari bumi sejuk,
untuk 3 hari 2 malam,
hanya...
kurma yang mencukupi,
2 tin makanan.
full stop.
itu sahaja arahan yang diterima.
disana,
diberi sayur mentah,
bersama 1 plastik kecil beras,
dan sebuku roti,
untuk dikongsi 6 org,
selama 3 hari 2 malam.

pakaian,
hanya memakai pakaian yang sudah dipakai,
ditambah,
sepasang baju,
sehelai tuala,
sebatang berus gigi,
untuk dikongsi 2 orang. =)

air,
2 botol untuk 6 org,
kalau air habis..
air paiplah jadi bekalan.

tiada lagi pusingan saat di tangan,
semuanya hanya bergantung pada panggilan wisel.
kalau lambat ke tempat panggilan,
siaplah..
tambahan denda diberi.
tido pun tak lena,
dan harus dalam keadaan siap sedia,
supaya dapat terus berlari apabila wisel berbunyi,

untuk solat,
wajib semua sudah berada di lapangan,
baru solat boleh dimulakan..
sebelum zzzzzzzzzzzzzzz,
wajib menghabiskan 1 juzuk tilawah al-qur`an,
sebelum masing2 melelong ke tempat tido..
wajib hirosah, (berjaga malam supaya tempat sentiasa dijaga)
dalam masa yang sama,
solat tahajjud dan bacaan al - qu`an sampailah habis masa yang diberi..

ditambah perjalanan selama 10jam, (berjalan kaki ye.. (+_+)
sejauh 24km..
makanan..
hanya membawa stock makanan yang dibenarkan,
tiada duit langsung dipoket (tak leh ngelat nak naik bas)
hanya bergantung pada Allah, peta, dan petanda..
solat..
solatlah dimana2..
dengan keadaan yang ada.
3 batang Baguette yang WAJIB dibawa pulang setelah tamat perjalanan 10 jam tanpa menggunakan wang.. cam mana ni?? (=_=)

di penghujung hari,
ku sedari,
masing2 dari kami,
mampu hidup dan mampu menjadi muslim yang setia pada RabbNya,
walaupun ketika itu,
dunia di tangan,
pada kadar yang paling minima.
kadar minima yang paling kami perlu,
bukan yang kami mahu.


...." Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" ( al - anbiya`:35)

antara konklusi dipenghujung hari..

"kalau kita nak hendakkan sesuatu atau nak beli sesuatu, fikirkan samada kita perlu atau mahu, tak kisah samada makanan,pakaian atau alatan.. kita beli sebab kita perlu.. kalau sebab kita mahu sedangkan keperluan kita sudah mencukupi, tahanlah nafsu tu."

"orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu didunia merekalah orang yang kenyang diakhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang penuh sesak perutnya dengan makanan (sehingga menjadi gendut). Tiap seseorang hamba (Allah) meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnya di syurga satu darjat.

(Riwayat Tabrani)

berdoa supaya Allah membantu kita untuk mendidik nafsu kita yang sangaaaaaaaat sukakan dunia..

salam.

Sunday, July 3, 2011

kubra

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, al - khaliq bagi seluruh makhluqNya. selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

bulan Januari dia pesan,
"antum dah besar macam ni, takkan baca ma`thurat sughra lagi, sekarang antum kena baca ma`thurat kubra"

bulan julai,
pesanan yang sama sampai ke telinga,
walaupun dari insan yang berbeza,

katanya,
dia dengar dari kawannya yang menyampaikan pesanan dari seorang akhawat indonesia (iaitu ustazah Yoyoh) :
" Abwab Aj- Jihad Wazifah Kubro"

p/s: yok akhawat, kita try sama2.. makin tua usia kita, harus ada peningkatan kan?? =)

salam

Saturday, June 4, 2011

Kerdil

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ar-Razzaq bagi seluruh makhluk-Nya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

setiap kali ku membaca perkembangan mereka,
setiap kali itulah ku terasa mahu menangis, kadang2 menangis terus sambil membaca perkembangan mereka.
menangis melihat diri yang masih terlalu banyak kekurangan,
dan ku amat takut,
jika Allah menolakku dari istiqomah dari tugas ini.

terasa amat kerdil diri ini berbanding mereka..
melihat mereka bekerja bersungguh - sungguh dengan ikhlas hanya mengharap keredhaanNya.
tanpa banyak memberi alasan,
dan sentiasa sedia untuk disusun.

dan aku,
masih banyak lompong - lompong yang perlu di top up,
masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki,
dan insya-Allah,
akan terus usaha untuk membaikinya..

"Sentiasa ikhlaskan niat kalian untuk Allah semata, kerja kita 'direct' dengan Allah, jangan disebabkan dengan kelemahan manusia, kita futur dari tugas ini"

2 minggu lepas,
ku baru mengenali seorang murabbiah setelah ketiadaannya di bumi ni..
dia membuatkan ku terasa,
hidup ni perlu untuk Allah semata - mata,
beliau yang dikurniakan 13 cahaya mata, tak menghalang beliau untuk terus 'mencetak' kader2 dakwah agar risalah ini terus berkekalan di bumi Allah..

pencapaiannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah membuat ku terasa,
hanya manusia yang Ikhlas sahaja yang boleh bertahan hingga ke tahap itu..
dan untuk ikhlas itu,
sangat susah..

biarpun di pandangan manusia biasa ia sesuatu yang mustahil jika diukur dengan akal yang telah dicemari dengan ideologi2 barat masa kini,
tapi,
dia berjaya membuktikan,
jika kita hidup hanya untuk Allah dan Rasul-Nya,
tiada yang mustahil untuk gerhana zaman ini kembali menyinari ummat manusia.

salam.

Thursday, June 2, 2011

5531

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

Tahniah buat para doktor gigi dan doktor yang selamat grad pada tahun 2011.
Hanya kepadaNya sahaja yang layak dikembalikan segala pujian.

sebulan sebelum final exam,
stress dan risau,
sebab banyak sangat bahan yang belum habis baca,
terutama subjek Maxillofacial Surgery, dan bagi saya itu antara subjek yang agak sukar untuk saya fahami,
juga mengulang semula material2 yang sudah kami belajar di Tahun 2 dan 3.. =_=
(tak habis baca pun)


sehingga satu ketika,
ketika kami menyuarakan kerisauan hati kami disebabkan final exam yang akan kami hadapi,
dengan tenang dia menenangkan kami,

"Allah bagi kita ujian ni sebab Allah nak kita usaha, sebab dia nak bagi pahala kat kita sebanyak2nya, kalau diizinkan untuk kita lulus dalam exam, itu rezeki dari Allah, yang penting kita usaha sebaiknya"

dan ku teringat ayat2 dia,

" Putuskan kaitan antara usaha dan natijah, kita usaha sebab Allah yang suruh, kita usaha hanya untukNya semata, bukan kita usaha sebab natijah"

sebagai kenangan,
ni jadual final exam saya yang telah pun saya dan kawan2 di fakulti dentistry batch 2006,

8/5 - Conservative Dentistry
9/5 - Orthodontic
10/5 - Pedodontic
11/5 - Radiology
12/5 - Maxillofacial surgery

13/3 - CUTI HARI JUMAAT

14/5 - Prosthodontic
15/5 - Oral Medicine
16/5 - Implantology
17/5 - Periodontology
18/5 - Oral Diagnosis

Exam oral (Viva)
22/5 - Oral Diagnosis + Oral Radiology + oral Medicine
23/5 - Prosthodontic + Periodontology
24/5 - Conservative Dentistry + Maxillofacial Surgery
26/5 - Orthodontic + Pedodontic

Alhamdulillah,
Tahniah lagi sekali buat semua yang grad tahun ini.

Jazakillah buat adik - adik rumah Fateh, yang tolong masakkan makanan hari2, sudi mendengar kata - kata akak Fateh setiap kali habis exam dan terus memberi support.


salam.

Tuesday, May 3, 2011

Dari Atas Satu Tanah Tempat Kita Berpijak

bismillah

segala puji bagi Allah, As - sami3, yang sentiasa mendengar harapan hamba - hambaNya
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ayat2 dibawah ini, mahu saya kongsi sama kalian =)
lirik yang baru saya dengar dan baca.


Sahabatku inilah ringkasan perasaan gundah yang pernah kau titipkan padaku. Secara langsung atau melalui surat dan email. Maaf, Tthufail hanya bisa menjawab melalui syair sederhana lagu ini sekedar meyakinkan, bahwa Allah tidak akan pernah memberi cobaan diluar kemampuan hambanya.
Yo! Tetap semangat!

Dari atas satu tanah tempat kita berpijak
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh…


Pada setapak kehidupan ketika kau bersedih
Senandung cerita lirih hati yang tak bertepi
Pada dimensi sajak hari yang terlalu dingin
Ketika kesepian menjawab renta malam tanpa angin
Semilir hidup dan sebuah kalimat mungkin
Pada harapan ketika jiwa harus tetap berdiri
Membelai hidup yang tak memerlukan terima kasih
Maka, maafkanlah…

Hadapi hidup ini apa adanya
Hidupi hidup dengan iman dan kesabaran
Enyahkan kejenuhan hidupmu buanglah rasa cemas
Bersyukurlah seluas langit dan bumi
Tinggalkan kekosongan harimu dalam rencana esok pada kehidupan di hari yang lain
Tanyakan pada dirimu akan kesantunan yang selalu terabaikan


Dari atas satu tanah tempat kita berpijak
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh…

Peliharalah, peliharalah senyummu agar tak menjadi palsu
Menikmati kesedihan dan menjadi tangguh
Menakhlukkan pedih menjadi peluru
Bernafas seperti batu, menjadi singa dalam kejayaan matahari
Menjaga malam bersama tamaknya ibadah para rahib rabbani
Mensyukuri semesta barsama para penjaga purnama
Menikahkan jiwa bersama dakwah
Mencumbu cinta didalam jihad

Bekali perjalanan bersama Allah dan RasulNya
Membalut hati tanpa retorika
Siapkah kau jika hari menjadi pedang dan kesempatan kedua tak lagi memilki sarang
Bertarung manjaga cinta dalam kesepian
Membunuh waktu dalam harapan
Karena lahir adalah untuk melihat kenyataan


Dari atas satu tanah tempat kita berpijak
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh…

Pada lautan airmata kita belajar
Pada kepedihan yang mendidik kita tuk tak gentar
Bertahan menjadi akar, bersemi pada keteguhan yang mekar
Celakalah para humazah dan lumazah
Neraka serapah jelantah
Kebutuhan jiwa di alam barzakh
Menebar jejak misteri syafaat dan kesolehan
Pada saat setiap telusuri sahara jiwa dan keabadian

Didekat jasad syahid hamzah
Temukanlah ibroh bukit uhud dari profil mini musoiram
Begitulah sejarah menuntut kita tuk bangkit kembali
Meniti tangga hari walau berulang terjatuh bangkit dan kembali terjatuh
Berdiri dan optimislah!
Karena kita adalah pewaris Rasulullah diajarkan bersabar diantara lapisan batu penduduk Thaif

Dari atas satu tanah tempat kita berpijak
Teruslah bergerak, berhentilah mengeluh…

salam.

Tuesday, April 26, 2011

Allah yustur

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ar - razzaq bagi seluruh makhluknya.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

pagi tadi,
jumpa dia,
sementara menunggu bridge dikilatkan,
bertanya khabar dan kondisinya..
keadaan diri,
Study,
dan DnT.

ku tahu semuanya baru bagi kamu,
membina thiqah dari mutarabbi bukan satu benda yang mudah,
kalau mutarabbi ada 3,
mungkin mudah sedikit,
kalau mutarabbi ada 10,
berganda - ganda DF yang perlu.

sabar sahaja ubatnya,
bukan sabar dengan diamkan diri,
tapi sabar untuk terus jelmakan diri di hati setiap
mutarabbi.

menteliti butiran - butiran mereka,
ku tahu,
ni kondisi baru yang mereka hadapi dalam fasa mereka,
belajar memerah otak bagi mengeluarkan pandangan yang terbaik,
itu bukan satu yang mudah,
tidak cukup dengan pandangan terbaik,
tapi perlu terus menerus dilaksanakan,
supaya muntij,
agar ia tidak terbazir hanya sekadar pandangan,
dan ku tahu,
itu bukan satu perkara yang mudah.

dan sekali lagi,
sabar sahaja ubatnya.
biar seberat mana pun kamu rasa ia menyesakkan dada-dada kamu,
doa pada Allah,
agar kita terus sabar.

ingat lagi tak surah al - ma3arij, ayat 5.
kita baca huraiannya sama - sama satu ketika dulu.


"kesabaran yang elok ialah kesabaran yang tenang tenteram, kesabaran yang tidak disertai perasaan - perasaan marah dan gelisah dan tidak pula disertai dengan rasa ragu - ragu terhadap kebenaran janji Allah. Kesabaran orang yang yakin terhadap akibat - akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat disebalik ujian Allah dan kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala disisiNya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya"

doakan kami supaya kami sabar untuk lalu bulan terakhir dalam semester ini.
semoga Allah terus kurniakan kesabaran buat kamu - kamu.

p/s: esok 6th year Medic start final exam. All the best buat kak S di bilik sebelah, kak A di 3adiyah dan kak D di sakan dalgamoni. All the best juga untuk semua final year medic.

Allah Yustur =)

salam.

Thursday, April 7, 2011

Hamzah

bismillah,
alhamdulillah, segala puji bag Allah, Ar - Rahman bagi seluruh makhluknya.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

hamzah,
adik kecil yang berumur 5 tahun.
comel dan malu - malu.
time mula - mula saya jumpa dia,
dia tak nak buka mulut untuk tunjukkan gigi yang dia rasa sakit.
terus saya hulurkan hadiah sticker,
serta - merta dia buka mulut. =)

2 minggu dari tarikh hari tu,
iaitu hari ni,
saya akan buat exam pulpotomy untuk dia.

macam mana agaknya nak biar dia buka mulut dengan tenang time exam nanti?
nak cari patient lain,
takut dah tak de patient yang ada pulpotomy.

semalam,
cari hadiah untuk hamzah,
sebagai ganjaran buat hamzah,
yang berani untuk buat rawatan dengan saya.

10.30pg,
dia sampai klinik,
masih malu nak buka mulut,
baru je duduk atas dental chair,
hamzah dah nangis.
agak lama nak pujuk hamzah untuk buka mulut,
assistant pun dah putus asa nak layan dia.
dan saya rasa macam nak lepaskan je hamzah

ni bukan hamzah ye..

alhamdulillah,
ayah hamzah datang,
banyak dia tolong,
tolong pegang kepala hamzah dan tutup mata hamzah time saya bagi anaesthesia.
sepanjang saya buat rawatan untuk hamzah,
sepanjang tulah dia menangis,
tapi,
hamzah tetap buka mulut.

masa arwa tolong saya amek ferric sulphate sebagai medication untuk pulpotomy,
ayah hamzah tolong pegangkan suction,
agaknya ayah hamzah termasukkan suction dalam mulut sampai anak tekak,
hamzah dah start gagging (nak muntah)
dan akhirnya,
terus muntah.
lepas tu,
baru letak IRM sebagai temporary restoration

kesian hamzah,
adik umur 5 tahun,
masih belum tahu untuk terangkan yang dia tak selesa,
yang dia tahu,
menangis sebagai cara untuk bagitau dia tak selesa atau sakit.

alhamdulilah,
selesai juga exam pulpotomy,
lepas ambil post-operative radiograph,
baru hamzah senyum balik,
masih terasa kebas - kebas di pipi hamzah,

lagi 2 minggu,
jumpa hamzah lagi.

salam.

Saturday, April 2, 2011

take a deep breath

bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, al - Malik bagi seluruh semesta.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ayat 175 - 177 dari surah al-a`raf dibaca,
maksud di hayati dan cuba difahami sebelum diterangkan dengan lebih terperinci.

ayat 175:
" Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita ayat - ayat yang telah Kami berikan ayat - ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat - ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat"

ayat 176:
"Dan sekiranya Kami mengkehendaki niscaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikian perumpaan orang - orang yang mendustakan ayat - ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah - kisah itu agar mereka berpikir."

ayat 177:
" Sangat buruk perumpamaan orang - orang yang mendustakan ayat - ayat kami, mereka menzalimi diri mereka sendiri"

Manusia,
kita tak tahu kesudahan hidup kita kan?
kita tak tahu ujian apa yang Allah akan bagi pada kita untuk menguji ke'siddiqan' iman kita dalam perjalanan menuju redhaNya.

apabila Allah telah menjauhkan hati manusia itu dari kefahaman2 Islam, dan manjauhkan jasadnya dari amal - amal Islami,
maka,
tiada siapa yang boleh membuka hatinya lagi untuk kembali,
datanglah seramai mana manusia untuk membawanya kembali kepada Allah,
andai Allah sudah tidak redha lagi padanya,
hatinya tetap tidak terbuka untuk kembali ke jalanNya.
kerana Allah lebih tahu bisikan setiap hati kecil manusia,

=_=

perjalanan masih panjang,
katanya,
ambil nafas dalam - dalam,
dan jangan mudah melatah.

berbeza saya lihat,
orang muda berbincang dan membuat keputusan,
dengan,
orang - orang yang lebih matang berbincang dan membuat keputusan dalam usaha untuk meneruskan perjalanan ini.

orang muda (sayalah tu),
hammasahnya tinggi,
tabiatnya mahu cepat dan segera,
sedang mereka yang matang,
berfikir - fikir sedalam - dalamnya,
berbincang dengan sebaik - baiknya,
sebelum membuat satu keputusan yang lebih baik.
maka,
wahai orang muda,
berbincanglah dengan orang lebih matang dari kamu,
bacalah buku2 tulisan orang2 yang lebih matang dalam menyusuri jalan ini.
kita tidak tahu penghujung kita,
tapi,
kita boleh ambil mutiara - mutiara berharga dari kata - kata dan tulisan - tulisan mereka.
sebagai panduan dan pedoman untuk teruskan perjalanan.
Insya-Allah.

p/s: jazakillah mun sebab hadiahkan saya lagu 'Jalan masih panjang" walaupun dia tahu lagu tu agak slow mlow bagi saya.. =)

salam.

Monday, March 28, 2011

Dunya mahu kamu relax utk Dunya

“Abi, when will we ever relax?”

Abi, when will we ever relax?

I wanted to share a moving story that I once heard and will always remember and cherish for its meanings. It’s the story of one of the great Imams of this Ummah, Imam Ahmad bin Hanbal.

His son, Abdullah, asked his father one day: “Abi when will we ever relax?” His father, one of the greatest revivers of the Sunnah and a role model for all Muslims, looked him in the eye and said: “With the first step we take into Jannah.”

Ya Allah, what a beautiful response!

There are days that come to you and you’re tired, you just want to sleep and relax and “shut off” as they say. Those are the days in which you need to ask yourself a critical question: ‘Where am I going with life?’ If it’s towards Allah and for Allah, then regain your strength and continue your work, for Jannah is precious and must be sought. But if you look into your life and realise that it’s not towards Allah but towards Dunya, then your tiredness becomes a blessing, for it is a reminder that you need to change direction and renew your purpose in life.

I love this story on many levels. For one, it shows you that when someone’s focus is Jannah, their priorities change and their outlook on life is different. What we perceive as difficulty, they perceive as ease. What we perceive as calamity, they perceive as reward. What we perceive as obstacles, they perceive as opportunities for sincere dua. Moreover, when your focus is Jannah, this Dunya and its constant demand becomes small and the least of our concerns.

Also, I love the way the son began his question: “Abi” – a sweet way of addressing his father, and asked: “When will we ever relax?” If you notice, he didn’t say, “when will I relax Dad?” Even though he wanted to relax, he wasn’t selfish and also cared for his father’s condition. This also shows you that the father and son were working hard together. Again, when your focus is Jannah it reflects in your family, children, and those around you and everyone gears up towards that goal.

Our problem today is not that we’re tired, our problem today is that we relax too much. We do everything so that we relax. We cheat, break promises, do not fulfill our vows, lie, take and give bribery, and so on. Why? So we can relax. We don’t stay up for Tahajjud or wake up for Fajr, we don’t fast, or go for Hajj and Umrah… all so we can relax. We don’t walk towards the Masjid or open the Book of Allah so we can understand it, all in the name of “I need to relax!”

Dear brothers and sisters, there’s plenty of relaxation where we’re going, but this is not the time for it. Let’s all work for Jannah and be productive in the path of Allah, and work so hard that one day our children will approach us and ask: “Abi” or “Ummi”: “When will we ever relax?” and you can smile and look them in the eyes and say, “When we enter Jannah inshaAllah”

salam

Erk..


bismillah,

segala puji bagi Allah, Al - Khaliq seluruh makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

tengahari tadi,
balik dari klinik,
nak g solat dan menunggu lecture Surgery pukul 1 ptg.

tiba - tiba,
nampak kelibat dia yang berpatah balik untuk bersalam.

saya berjalan di depan dengan dia,
tiba - tiba dia tanya,

"Akak rindu saya tak??", sambil muka tersenyum ceria menunggu jawapan.

saya,
terdiam lamaaaa..
muka tersenyum kaku seperti 'chicken run smilling'

dia sambung lagi,

"akak jawablah 'YE', muka dia senyum ceria lagi.

saya pun menjawab,
"YE"

sambungnya lagi,
"Kelas saya kat sana, doakan saya ye", dengan nada semangat dia berkata.

saya,
"Belajar rajin2" ;)

dan dia pun beredar dengan gembira.

=_= , rasa bersalah sebab tak jawab 'ye' cepat2.

minggu lepas saya g rumah adik S,
duduk dalam bilik dia di depan sobah,
sambil makan kurma sama adik W dan adik S,
dia menunjukkan album gambar dan hadiah2 dari 'anak - anak singa' nya.

dengan muka yang ceria,
dia bertanya pada saya,
" kak mae, akak bagilah hadiah macam ni kat saya"

saya,
hanya senyum dan sambung tengok gambar.
tak tahu nak jawab apa.

dalam hati:
"nanti dah jumpa hadiah best, saya bagi ye." heeeeeee.. =)

salam.

Saturday, March 19, 2011

time juice

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah buat hamba - hambaNya yang beriman.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

masa akhawat Moscow datang berjaulah,
adik - adik tu sangat berdisiplin.
Disiplin mereka dalam menjaga masa dan mengikut arahan kakak mereka dengan baik.
bila kejut subuh,
tak de yang liat - liat nak bangun.
masing - masing pandai urus diri sendiri,
yang penting,
jangan lambat solat subuh berjemaah.
masa mereka,
dipenuhi dengan bacaan al - qur`an,
pergi mana - mana, dalam beg harus ada al-qur`an,
kalau tak pun,
sharing dengan orang - orang ardul anbiya. =)

sorang kakak ardul anbiya` tanya pada kakak moscow.
" cam mana antunna sume boleh disiplin dan on time?"

jawab kakak moscow:
"sebab kami baru dengar huraian surah al - asr, rasa terpukul dan diketuk oleh tafsir surah ni"



dalam hati kecil ni, mahu ku dengar ada "orang" yang "membasuh" hatiku dengan surah ini. biar kena tembak kuat -kuat. =) berbeza sentuhan bacaan sendiri dengan sentuhan dengan bahasa manusia.

alhamdulillah (^_^) ,
Allah kabulkan permintaan hati kecilku ini,
ada "orang" yang "menembak" ku dengan huraian surah ni.

1- "Demi Masa"
Al - ASR bukan hanya bermaksud MASA, ataupun WAKTU ASAR (iaitu waktu antara selepas zohor dan sebelum maghrib),
tapi,
AL - ASR juga berasal dari perkataan عصر yang bermaksud PRESSING, SQUEEZING (perahan).
maka,
apa hasil dan nilai perahan masa kita yang hari - hari kita lalui sepanjang kehidupan kita di bumi Allah?

2-"Sesungguhnya, manusia itu dalam kerugian"

3-"Kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Siapa orang - orang yang tak rugi??

Allah dah bagi tau ciri - ciri orang yang tak rugi (mengikut meraca Allah) dalam surah ini.
1st: Orang yang berIMAN
2nd: Orang yang mengerjakan kebajikan
3rd: Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
4th: Orang yang saling menasihati untuk kesabaran

Kita buat tak semua perkara2 ni setiap detik yang kita dah lalui dalam hidup ni?? (+_+)
Selain daripada 4 ciri manusia yang Allah sebut dalam surah ini, mereka adalah orang yang RUGI!!

perumpamaan diberi,
bayangkan,
SETIAP KERDIPAN MATA kita menyamai SEBUAH KOTAK KOSONG.

di akhirat kelak,
setiap manusia akan mendapat KOTAK MASA yang jumlahnya berjuta - juta kotak (tak terkira banyaknya)
setiap satu kotak dibuka,

Jika kotak itu dipenuhi dengan Amal Soleh dan Kebajikan,
kotak itu akan keluarkan cahaya yang sangat terang dan menerangi manusia - manusia pada hari akhirat itu. (dan sure lah dapat pahala, kalau amal soleh itu IKHLAS keranaNYA)

Jika kotak itu dipenuhi dengan dosa dan kejahatan,
kotak itu akan mengeluarkan warna hitam hingga keadaan waktu itu menjadi gelap.

Jika kotak itu tak diisi dengan kebajikan atau kejahatan, senang cerita orang tu buang masa atau mensia - siakan masa,
manusia itu akan diselubungi perasaan yang sangat sangat sangat menyesal kerana tidak memenuhkan kotak masa dengan amal soleh.

Perasaan time dengar kata-kata dia,
ya Allah,
menyesal dan sangat menyesal sebab ada detik2 lalu yang tidak terisi dengan amal soleh dan kebajikan.
Menyesal sekarang,
masih diberi masa untuk jadi lebih baik,
menyesal di akhirat,
no way to return back!!

maka,
silalah perah masa dengan sebaik - baiknya,
supaya hasil perahan masa kita kelak dipenuhi dengan amal soleh dan kebajikan serta berpesan - pesan dengan kesabaran.

=_=
~muhasabah time~

salam.

Sunday, February 27, 2011

hanya ilusi +_+

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

Ahmad bin Daud Abu Said Al- Waasiti telah:
" Aku telah masuk ke dalam penjara untuk menemui imam Ahmad sebelum beliau di sebat.

Antara kata - kataku kepada beliau:
"Wahai Abu Abdullah (gelaran imam Ahmad), engkau ada keluarga, engkau ada anak - anak kecil, Engkau diberi keuzuran oleh syarak (untuk mengambil rukhsah)"

Rupa - rupaya kata - kataku memudahkan padanya untuk menjawab.

Maka berkata Imam Ahmad kepadaku:
" Wahai Abu Said, kalau beginilah cara fikirmu, engkau sebenarnya telah berehat"

dari: ibn. Abi ya`la, Tabaqat al - hanabilah, jilid 1, m.s 43


saya baru belajar satu perkara:

PENAT /REHAT = ILUSI

"biarlah kepenatan awak merehatkan badan awak secara terpaksa.. =)"

"bila kita mencipta masa rehat, maka kita akan memenuhi masa rehat itu dengan benda yang tidak sepatutnya."

"jangan kita mencari rehat,biarlah rehat tu datang sendiri, ketika mana badan kita dah tak larat, maka rehat itu akan mencari kita, untuk merehatkan kita."

boleh baca kisah perang Badar,
ketika tentera Islam dalam keadaan yang amat2 cemas dan cuak sebab 1st perang yang akan berhadapan dengan Quraisy, maka Allah melelapkan seketika mereka dan mereka bangun semula dalam keadaan tenang dan segar.. =)

" Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh parasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripadaNya dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikankamu dengannya dan menghapuskan kamu dari gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu"
(al - anfaal:11)
by:
yue qiu wai

salam

Monday, February 14, 2011

zzzzzzzz

bismillah..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ayat dari adik K,

"kata2 akhir..kita telah byk membazir masa hidup kita selama 20 tahun yang lepas dengan byk perbuatan sia2..mehla kita buat makeup balik..analogi exam..bila fail kne buat make up paper..so samelah mcm hidup kita yang slma ini tersasar dr matlamat...btolkn balik aim hidup kita.."

jazakillah adik K, bagi peringatan yang hidup kita hanya sebagai Hamba dan KhalifahNya.. =)

suka ayat - ayat Al - Qur`an di bawah.
Allah sahajalah yang boleh mengawal hamba - hambaNya. Hatta nyawa kita pun, kita tak mampu untuk memegang dan mengawalnya.
Sgt kerdil kita ni kan!! =0



Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).( Az - Zumar : 42)

tak semua orang dibangunkan dari tidur untuk teruskan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah.. takut kita mati dalam keadaan diri belum cukup bawa bekal ke akhirat.. maka,
rajen2 kita baca doa nak tido dan bangun tidur ye, sebab Allah masih sayang kita dan bagi peluang untuk hidup. =)

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. (al - An`aam:60)

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). ( Al - An`aam: 61)

teringat kata - kata adik W,
" akak, saya tak mo tido, takut nak tido sebab takut tak leh bangun dah esok pagi"

pesan mak cik K,
" istighfar banyak - banyak sebelum mata tutup / tido"

salam.