Pages

Saturday, March 19, 2011

time juice

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah buat hamba - hambaNya yang beriman.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

masa akhawat Moscow datang berjaulah,
adik - adik tu sangat berdisiplin.
Disiplin mereka dalam menjaga masa dan mengikut arahan kakak mereka dengan baik.
bila kejut subuh,
tak de yang liat - liat nak bangun.
masing - masing pandai urus diri sendiri,
yang penting,
jangan lambat solat subuh berjemaah.
masa mereka,
dipenuhi dengan bacaan al - qur`an,
pergi mana - mana, dalam beg harus ada al-qur`an,
kalau tak pun,
sharing dengan orang - orang ardul anbiya. =)

sorang kakak ardul anbiya` tanya pada kakak moscow.
" cam mana antunna sume boleh disiplin dan on time?"

jawab kakak moscow:
"sebab kami baru dengar huraian surah al - asr, rasa terpukul dan diketuk oleh tafsir surah ni"



dalam hati kecil ni, mahu ku dengar ada "orang" yang "membasuh" hatiku dengan surah ini. biar kena tembak kuat -kuat. =) berbeza sentuhan bacaan sendiri dengan sentuhan dengan bahasa manusia.

alhamdulillah (^_^) ,
Allah kabulkan permintaan hati kecilku ini,
ada "orang" yang "menembak" ku dengan huraian surah ni.

1- "Demi Masa"
Al - ASR bukan hanya bermaksud MASA, ataupun WAKTU ASAR (iaitu waktu antara selepas zohor dan sebelum maghrib),
tapi,
AL - ASR juga berasal dari perkataan عصر yang bermaksud PRESSING, SQUEEZING (perahan).
maka,
apa hasil dan nilai perahan masa kita yang hari - hari kita lalui sepanjang kehidupan kita di bumi Allah?

2-"Sesungguhnya, manusia itu dalam kerugian"

3-"Kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Siapa orang - orang yang tak rugi??

Allah dah bagi tau ciri - ciri orang yang tak rugi (mengikut meraca Allah) dalam surah ini.
1st: Orang yang berIMAN
2nd: Orang yang mengerjakan kebajikan
3rd: Orang yang saling menasihati untuk kebenaran
4th: Orang yang saling menasihati untuk kesabaran

Kita buat tak semua perkara2 ni setiap detik yang kita dah lalui dalam hidup ni?? (+_+)
Selain daripada 4 ciri manusia yang Allah sebut dalam surah ini, mereka adalah orang yang RUGI!!

perumpamaan diberi,
bayangkan,
SETIAP KERDIPAN MATA kita menyamai SEBUAH KOTAK KOSONG.

di akhirat kelak,
setiap manusia akan mendapat KOTAK MASA yang jumlahnya berjuta - juta kotak (tak terkira banyaknya)
setiap satu kotak dibuka,

Jika kotak itu dipenuhi dengan Amal Soleh dan Kebajikan,
kotak itu akan keluarkan cahaya yang sangat terang dan menerangi manusia - manusia pada hari akhirat itu. (dan sure lah dapat pahala, kalau amal soleh itu IKHLAS keranaNYA)

Jika kotak itu dipenuhi dengan dosa dan kejahatan,
kotak itu akan mengeluarkan warna hitam hingga keadaan waktu itu menjadi gelap.

Jika kotak itu tak diisi dengan kebajikan atau kejahatan, senang cerita orang tu buang masa atau mensia - siakan masa,
manusia itu akan diselubungi perasaan yang sangat sangat sangat menyesal kerana tidak memenuhkan kotak masa dengan amal soleh.

Perasaan time dengar kata-kata dia,
ya Allah,
menyesal dan sangat menyesal sebab ada detik2 lalu yang tidak terisi dengan amal soleh dan kebajikan.
Menyesal sekarang,
masih diberi masa untuk jadi lebih baik,
menyesal di akhirat,
no way to return back!!

maka,
silalah perah masa dengan sebaik - baiknya,
supaya hasil perahan masa kita kelak dipenuhi dengan amal soleh dan kebajikan serta berpesan - pesan dengan kesabaran.

=_=
~muhasabah time~

salam.

6 comments:

gadis jordan said...
This comment has been removed by the author.
gadis jordan said...

suka sangat post ni..syukran ukhti!!moga kite semua tergolong bersama golongan yang kotaknya bercahaya di akhirat nanti...fastabiqulkhairat!!!

ana solehah said...

hee~
dah ada sorg kakak nie bg motivasi kt sy pasal nie~
thanx akak~

mae said...

doakan saya ye wahai gadis jordan..

jazakillah atas ziarah ana solehah ke blog ni.

buat gadis jordan dan ana solehah,
penuhi masa anda di rumah kamu dengan baik. kirim salam kat 2 kakak kat rumah kamu =)

bilahizzah said...

perah masa.perah masa dengan gigih =)

rindu ayah pernah tembak kata2 ttg surah ini (.^_^.)

bukan ke ada 3 kakak kat rumah ana solehah & gadis jordan. heee~ :p

mae said...

kirim salam kat kakak satu lagi ye.

=)