Pages

Monday, August 27, 2012

kertas hijau kecik

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rab sekalian manusia.
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

ada satu kertas kecil,
lama saya simpan.. takut hilang,
saya dapat kertas hijau kecik masa hujung 3rd year as dental student..
saya simpan,
takut hilang,
kerana isinya amat bermakna..
pemberian dari seorang junior,
yang ada Al-Qur'an dalam hatinya..

tajuk kertas hijau kecik tu
MEMORIZATION TIPS..
supaya saya tak lupa,
untuk simpan Al-Qur'an dalam hati saya,
walaupun sekarang masih belum semuannya isi Al-Quran dah melekat dalam hati ini..

meh saya share =)

1-Ask Allah to make it easy for you (doa is gold)
2-Use one same copy of Qur'an (is best) and always handle with wudhu`, respect and love
3-Study with a clock (time is silver, keep track on it while working on page)
4-Memorize ' firmly' (make it the best you can)
5-Study in a volume enough for yourself to hear (ear helps in memorizing)
6-Do't sway back and front, though is very tempting
7-Do not speed (try to read with tarteel, the slower, the stronger)


8-Don't ask someoneif a page is hard / easy (psyche: it is easy)
9-Read page before memorizing it (at least 8 times, will make easier)
10-If ypu don't know the meaning, read translation before/after memorizing (depends if it make it easier for you or more confusing)
11-Ask other on how they memorize ( to develop your own method)
12-You usually develop your own scheme by time (which ever works best for you)
13-Always let someone listen to you especially with memorization of new page
14-Audio cassete/CD/recording may help (listen to it before memorizing)
15-Time of day (morning, sahur time when mind is fresh and best)
16-Your ability expands (inshaAllah) as you memorize

salam =)

Saturday, August 25, 2012

Menjaga HambaNYa =)

bismillah
segala puji bagi Allah, Ilah bagi hambaNya2 yang beriman denganNya,
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

sebelum start,nak ucapkan
EID MUBARAK!!, sori lambat..+_+

dalam tempoh 10 hari oncall (7 hari tagging, 3 hari oncall)
alhamdulillah Allah bagi keizinan untuk habiskan juga baca FZ surah al-Mumtahanah..
cerita surah ni memang sangat best..

Mengenai bagaimana Allah mentarbiyah generasi awal dengan sangat terperinci dan memastikan pertumbuhan generasi awal berkembang dengan acuan Islam untuk dijadikan sebagai panduan dan tatapan buat generasi2 seterusnya hinggalah ke hari ini..

Kisah salah seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hatib bin Abu Balta'ah.
Beliau dari kaum Muhajirin, dan juga salah seorang dari ahli peperangan Badar.. time tu, selepas kafir Quraisy melanggar perjanjian Hudaybiah, Rasulullah berazam untuk menakluk Kota Makah kerana kafir Quraisy telah melanggar salah satu isi perjanjian Hudaibiyah.. rancaangan Rasulullah untuk menakluk semula Mekah hanya Rasulullah kabarkan kepada beberapa orang sahabat termasuklah Hatib. Secara tiba - tiba, HAtib menulis sepucuk surat dan mengirimkannya melalui seorang wanita musyrik untuk diberi kepada penduduk Mekah dan memberitahu Rasulullah telah berazam untuk menakluk  Mekah kerana kafir Quraisy telah menlanggar perjanjian Hudaibiyah... time baca point, ni.. rasa macam pelik.. sanggup seorang sahabat membocorkan rahsia Rasulullah??..emm, tak pe.. kita teruskan cerita..

Lalu, Allah mendedahkan perbuatan Hatib kepada Rasulullah ..(seriously, tarbiyah Allah memang direct kepada para sahabat yang berada di Madinah time tu,sangat takut weee..)
Terus Rasulullah mengirimkan beberapa para sahabat untuk mengejar perempuan itu dan merampas surat itu darinya..
"Pergilah kamu ke Raudhah Khakh. Disana akan kamu dapati seorang perempuan dari kaum Musyrikin dan ada sepucuk surat dari Hatib ibn BAlta'ah yang dikirim untuk kaum musyrikin"

Akhirnya, para sahabat  berjaya mengejar perempuan tersebut dan merampas semula surat itu dan diberikan semula surat itu kepada RAsulullah..

Umar yang sedang berada disebelah Rasulullah, memang mengamuk habisla..Kata Umar:
"Wahai Rasulullah!!, Dia (Hatib) r.a telah mengkhianati Allah dan RAsulNya dan sekalian orang mukmin. Serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya.. (waaa... Umar tengah marah  sangat ni..)"

Rasulullah bertanya kepada Hatib:
"Apakah tujuan engkau berbuat begini??"

Jawab Hatib:
"Demi Allah, saya tidak mempunyai ape2 tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan RAsulNya. Tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang  mereka dan saya harap dengan budi ini Allah melindungkan keluarga dan harta benda saya disana, kerana tiada seorang pun dari sahabat - sahabat anda melainkan semuanya masing - masing ada anak buahnya, dan dengan perantaraan  mereka Allah melindungkan keluarga dan harta benda mereka di sana."

(Hatib tak de sedare mare untuk jaga keluarga dan hartanya  di Mekah.. so, Hatib buatlah sesuatu supaya orang Quraisy terasa terhutang budi dengan Hatib (dengan cara mengkhabarkan rancangan Rasulullah untuk menakluk Mekah).. sangkaan Hatib supaya Quraisy Mekah tak la mengapa-apakan keluarga dan hartanya di Mekah..secara logiknya, memang fitrah manusia sanggup buat ape sahaja untuk protect keluarga dan harta kan?? ^_^)

Lalu Rasulullah bersabda:
"Cakapnya memang benar, oleh itu janganlah lagi kamu berkata berkata apa2 melainkan yang baik sahajaa"

Umar menyampuk lagi:
"Dia  telah mengkhianati Allah dan RAsulNya dan sekalian orang mukmin, serahkan sahaja kepada hamba untuk memenggal lehernya"

Jaawab baginda:
"Bukankah dia ahli Peperangan Badar?"

Lalu Umar berkata:
"Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli Peperangan Badar"

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Syurga telah ditetapkan untuk kamu - atau- sesungguhnya dosa-dosa kamu telah diampunkan Allah"

Lalu kedua mata Umar begenang air mata dan berkata:
"Allah dan RasulNya lebih mengetahui"
Al-Bukhari telah menambah dalam kitab al-Maghazi: Lalu Allah menurunkan surah  Al-Mumtahanah.


Point2 yang best dalam kisah ini:

1st:
Walaupun Hatib memang kuat dan sempurna imannya (iman yang tahap tiptop.. jangan main2 dengan iman ahli Peperangan Badar ^_^)..Hatib tetap berdepan dengan liku2 jiwa  manusia yang aneh dan bagaimana dia dipengaruhioleh kelemahan2 semula jadi manusia. Kerana tiada siapa yang dapat melindungkan seseorang dari terjerumus di saat2 kelemahan ini melainkan Allah.. Dia sahajalah yang dapat memegang hati2 manusia..

2nd:
Keagungan peribadi Rasulullah yang tidak gopoh dalam menilai perbuatann Hatib..malah Rasulullah dengan coolnye bertanya kepada Hatib:
"Apakahh tujuan engkau berbuat begitu?"
Beliau bertanya dengan dada yang lapang dan dengan persaan simpati terhadap detik2 kelemahan yang tiba - tiba mempengaruhi jiwa Hatib. Beliau fahami perasaan Hatib dan melarang sahabat2 lain dari mengeluarkan kata - kata yang tidak baik kepada Hatib untuk menolong Hatib membetulkan kesilapannya..

Agaknya macam mana keadaan kita kalau kita tahu seseorang tu buat salah?? terus menilai yang seseorang tu salah, atau selidik dahulu Kenape dia buat salah tu??  (+_+ memang kena tembak la bila baca point ni)..

ingat lagi kata2 seorang murabbi:
"kalau sesuatu keadaan atau pentarbiyahan mutarabbi itu tak menjadi, dan ada dikalangan mutarabbi antum yang kurang menjadi dalam proses pentarbiyahannya..(mutarabbi tu malas nak buat dakwah, masih banyak lagi jahiliyah2 dalam diri, susah nak bagi komitmen), jangan terus salahkan mutarabbi antum, tapi cuba kita selidik, Why dia tak menjadi dalam proses pentarbiyahannya.. entah2 dari pihak kita yang kurang memberi haq pada tarbiyah mutarabbi tu..,kita yang tak fahami masalah dia, kita yang tak berusaha bersungguh2 untuk bagi kefahaman pasal Islam pada dia.. "
(T_T...time tu, memang sedih sangat... kesiannya adik2 ku yang dapat kakak garang macam ni)..

so, jom kita jadi manusia yang sentiasa berlapang dada, macam Rasulullah.. baginda sangat cool dan sangat2 mencintai para sahabat baginda.. (boleh baca al-fath, ayat 29).. lagi2 nasihat ini lebih lepada peringatan untuk diri saya.. memang saje tulis entry ni supaya tak lupa..

p/s: kenapa semut api suka datang rumah ni??? (=_=)
p/ss: esok start 2 duty (seminggu).. jaga ward dan masuk operation teater..selamat -selamat.. =)

salam..

Friday, June 1, 2012

sabun istighfar

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Al-Wadood bagi seluruh ciptaanNya.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w


Tazkiyah merupakan solusi bagi setiap permasalahan. sebab, bila hati bersih.. maka masalah akan mudah dikesan.. Seperti gelas yang bersih sehingga apa pun barang di dalamnya.. ia akan nampak dengan jelas.. dengan 'Sabun Istighfar', gelas hati akan menjadi bersih.

Suatu hari Hassan Al-Basri didatangani oleh orang - orang yang hendak mengadukan masalah kepadanya.

Orang pertama mengadukan masalah bahawa musim panas yang terik membuatkan lehernya merasa tercekik.. Hassan Al-Basri menasihati: "Perbanyakkan istighfar"

Orang kedua pula datang, datang seorang pemuda yang sedang menganggur, susah untuk mendapatkan pekerjaan dan penghasilan dan tidak mampu lagi menahan beratnya badan. Hassan Al- Basri mengajarkan kepadanya jalan keluar:"Perbanyakkan istighfar"

Datang pula yang ketiga, sepasang suami isteri yang mengadu perihal rumah tangganya. Mereka berasa sepi, kerana sudah lama menanti hadirnya sang buat hati. Hassan Al- Basri memberi solusi: "Perbanyakkanlah istighfar."

Datang lagi sekumpulan petani sawah dan mengadukan kebunnya kering, tandus, gersang dan tidak banyak mendatangkan hasil. Hassan Al-Basri memberikan solusi: "Perbanyakkan istighfar"

Murid - murid di dalam majlis Imam Hassan Al-Basri pun kehairanan dan bertanya kepada beliau:
"Kenapa setiap masalah jawapannya hanyalah Istighfar??!

Maka Imam Hassan Al-Basri menjelaskan:
Bukankah Allah telah mengajarkan kita? Lihat pada firmanNya
"maka aku katakan kepada mereka. Mohonlah  ampunan kepada TuhanMu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya  Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanykkan harta dan anak - anakmu, dan mengadakan untukmu kebun - kebun dan mengadakan )pula di dalamnya) untukmu sungai - sungai
(Nuh: 10-12)

Begitulah istighfar menjadi jalan keluar, apa pun masalah yang kita hadapi samada besar atau kecil, Rasulullah menegaskan:
"Orang yang selalu membaca istighfar, Allah akan menghilangkan keresahan yang ia rasakan, melapangkan kesempitan yang menimpanya, dan akan memberinya rezeki tanpa disangka-sangka"
(H.r Baihaqi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

salam

Monday, May 28, 2012

Tenang untuk menang

bismillah,

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

Ada 4 kunci ketenangan hidup.
"Aku boleh tenang menjalani hidup ini kerana 4 hal"

1-Pertama:
Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.

2-Kedua:
Aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.

3-Ketiga:
Aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa.

4-Keempat:
Aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap sedia menantinya


(Imam Hassan Al-Basri)

Sunday, May 6, 2012

appreciation

bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat dan salam buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
semalam selamat berkonfrens riang bersama orang2 kesayangan..
berjumpa dengan bff dari johor, bila kami bertiga bertemu semula (sorang lagi bff, sentiasa dekat dengan saya, hee)..
Allah,
ini nikmat ukhuwah yang Allah hadiahkan pada kami..
kalau nak difikirkan jauh, entah bila lah boleh kita jumpa kan..
tetapi,
Allah ada memang sebaik2 perancang..
kita bertemu bukan sekadar suka2,
tapi bertemu untuk meneruskan risalah Muhammad s.a.w hingga kita selamat bertemu Allah dalam keadaan hati yang sejahtera (qalbun salim)..

-muno- niko -mayo-

ok berbalik pada tajuk..=)

kita selalu mendengar kata - kata ni,

HIKMATU AS-SYUYUKH wa HAMASATU AS-SYABAB
(kebijaksanaan veteran dan semangat pemuda)

sesuatu perkara akan dapat dilaksanakan dengan baik jika pengalaman dan ilmu yang ada pada orang2 lama digabungkan dengan semangat orang - orang muda..

memang betul, saya sangat setuju..
tetapi,
bagaimana nak menyelaraskan dan mensinergikan kedua-dua kelebihan ini??

jawapannya mudah..
APPRECIATION  ---> PENGHARGAAN..
(senyum besar bila dengar kata - kata ini keluar dari seorang syuyukh yang saya hormati) (^____________^)

sejujurnya,
bila menjejak kaki di bumi tercinta,
buntu,,
macam mana nak teruskan amal2 yang telah kita buat ketika kita di zaman belajar..
sangat berbeza medannya..
kalau time belajar,
kita hanya fokus pentarbiyahan pada kawan2 dan adik2 yang comel lote,
kini,
tanah tercinta membentangkan seribu satu relung amal yang harus kita bereskan..
Wah!!
macam mana ni??

kadang2 kita sebagai pemuda,
dengan semangat yang membara - bara,
hendak melakukan amal2 dengan tangkas lagi cepat..
hingga terlupa,
bahawa ada syuyukh yang perlu dirujuk.. ada pendapat dan nasihat yang perlu kita hargai dan manfaatkannya,
manakan tidak,
kita di bumi ini baru setahun jagung,
sedangkan syuyukh2 telah masak dengan telatah insan di bumi ini..

dan aku sangat berterima kasih,
dengan syuyukh2 yang dekat denganku..
menasihatiku dengan baik,
dikala aku tersalah langkah,
mereka tidak pernah memarahiku,
tetapi mereka membaikiku dengan penuh hikmah dan qudwah hasanah..
jika diri ini nak dibandingan dengan amal2 yang telah mereka buat,
diri ini terlalu kecil dan kerdil..
tetapi mereka terus menghargai amal2 yang telahku buat,
walaupun sangat2 kecil jika dibandingkan dengan amal mereka.
walaupun masih baru di bumi tercinta itu.. (tak lah baru sangat, dah berbulan-bulan di sini)

terima kasih Allah,
kerana menghantar C jah dan C ita..
untuk mentarbiyah diri yang lemah ini..
T_T


untuk C jah dan C ita =)
Allah sangat sweet .. T_T

salam

Saturday, April 21, 2012

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al-Khaliq bagi seluruh makhlukNya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

2 hari lepas,
hati 'tertembak'
kerana persoalan mengenai cara untuk melalui rintangan dalam DnT di masa2 akan datang, terjawab juga..

jawapan yang di beri,
short dan sweet..

bagaimana nak istiqamah??

" jangan ada pada niat kita untuk STOP SEBENTAR dalam DnT, kerana risiko untuk anda tidak berpatah balik semula ke jalan DnT sangat tinggi.."

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..
'
"gua tak percaya antum semua akan thabat dan istiqamah dalam DnT, selepas antum lalu semua 4 fasa hidup ni..

fasa 1st:
Bila kita BACK FOR GOOD (bagi yang belajar di luar negara) / selepas tamat belajar..
masa ni, sape yang nak 'main kejar - kejar' dengan DnT, siap sedia la.. DnT akan pergi pada insan-insan yang bersungguh untuk mencari dan mengejar DnT, bukan DnT yang kejar kita seperti mana kakak2 kita dulu yang sentiasa 'mengejar kita.. realiti Malaysia tidak seperti idealnya luar negara..

fasa 2nd:
Bila kita BEKERJA..

fasa 3rd:
Bila kita BERUMAH TANGGA..

fasa 4th:
Bila kita BERANAK -PINAK..

"kalau kesemua fasa2 ni, kita masih thabat dengan DnT.. baru boleh kata kita tetap dengan DnT."

tambahan saya,
fasa 5th:
Bila kita KEMBALI KEPADA ALLAH

Wah!!
hidup masih jauh,
baru lepas 2 fasa.. itupun fasa yang ke-2, ujian2nya baru bermula.

kena perbaharui niat selalu, supaya Allah terus membantu.
kena doa selalu, supaya kaki ini istiqomah atas jalan yang lurus..

salam

Friday, April 6, 2012

Tetap

bismillah,
segala puji bagi Allah, Raja seluruh makhluk,
selawat dan salam,buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
masuk bulan ke 5 saya kerja..
siapa sangka,
percaturan Allah menetapkan saya dibumi ini,
membantu saya mengenal serba sedikit realiti malaysia,
yang banyak memakukan,
kaki - kaki daie muda,
yang dahulunya sangat bersemangat waja,
kini,
hammasah - hammasah itu di sedut oleh masalah2 realiti,
yang wujud di bumi sendiri.

Doa saya pada Allah,
sebelum saya dipost kemana-mana,
supaya tempatkan saya dimana sahaja yang Allah tahu ia terbaik untuk dakwah dan tarbiyah..
dan Allah menghantar ke sini,
bumi yang tak pernah ku sangka akan ku jejaki lagi.
kali terakhir saya bertandang ke bumi ini ketika saya di sekolah rendah..
lama tak?? =)

sepanjang di sini,
aku memerhati,
mereka amat jujur dengan janji - janji mereka pada Allah.
Janji mereka untuk melaksanakan amanah sebagai seorang hamba Allah dan khalifah dimuka bumi..

akhawat2 di sini sangat cekal, kuat, tabah dan sabar..
ingat lagi time mukhayyam,
salah seorang dari groupmate saya yang mengandung,
anak 3 orang,
semua dia bawa ke mukhayyam,
dan dia tidak menggunakan alasan mengandung dan anak ramai dan masih kecik - kecik tu dia tidak hadir ke mukhayyam..
Allah.. Hanya Allah sahaja Pemberi kekuatan pada manusia.

sorang lagi akhawat,
sewaktu explore race berlangsung time mukhayyam,
anak kecil sentiasa dikendong,
sampai je di check point,
akhawat ni mentasmik hafalan al-qur`an yang wajib dihafal sebelum datang ke mukhayyam,
dalam masa yang sama, dia menyusukan anaknya yang masih bayi..
Allah.. Dia sahaja sebaik - baik tempat bergantung.

dan,
sorang lagi akhawat,
masa tu time katibah (qiammulail);
anak 10 tahun dan anak jiran dibawa bersama..
tepat jam 5 pagi,
ketika para ibu2 sedang khusyuk bertawajjuh pada Allah,
dia menghampiri anak kecilnya,
dikejut dan diberi kata - kata semangat kepada anak kecil,
untuk bangun berqiammulail dengan akhawat2 yang lain,
yang jauh lebih tua dari anak kecil ini..
Allah..
benarlah,
tangan ibu yang menghayun buaian,
dia yang akan menghasilkan rijal yang mengegar dunia.

Ya Allah,
mampukah aku menjadi seperti mereka??
Yang sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya sebagai matlamat utama dalam hidup.
yang akan melalui ujian - ujian dengan tenang dan bersemangat untuk mencapai redho Allah..
yang mendidik generasi akan datang untuk menyambung rantai - rantai perjuangan para rasul dan sahabat..
yang memimpin generasi kini, membawa menghadap Allah dalam keadaan yang sejahtera..

Allahu Rabbuna..

'Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu, ketaatan kepadaMu, dan jihad di jalanMu'

salam.

Friday, February 24, 2012

5.30 pagi

bismillah,

segala puji bagi Allah, Raja sekalian makhluk,
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

dah hampir 2 bulan duduk di Bayt Rufaydah..
jauh,
1 jam dari Marang,
tempat aku bekerja..

sebenarnya,
adik ku Aisyah,
dan Abah..
yang menguatkan lagi keputusan ku untuk duduk jauh dari tempat kerja..

masa saya call umi untuk tanya pendapat untuk duduk di Rufaydah..
tenang aje jawapan umi..

"kak long, tak pe je kalau duduk jauh, yang penting bakal housemate kita tu, kita kenal kebaikannya dan tenang hati bila duduk rumah tu,
sekolah Abah dan Aisyah lagi jauh dari rumah,
pukul 5.30pagi Abah dan Aisyah dah bertolak dari rumah,
untuk ke Sekolah Hira' di Jeram"

terus ku terbayang wajah Aisyah dan Abah..
sangat kuat dan tabah..
rumah ku di Jalan Duta,
sekolah Abah dan Aisyah di Jeram, Selangor..
Abah berjalan jauh untuk mendidik anak2 di sana,
Aisyah juga berjalan jauh untuk mendapat tarbiyah dan pendidikan di sana..

terasa diri kerdil,
kalau perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam,
diri ini tidak mampu menghadapinya.. =)

akhirnya keputusan telah diambil,
untuk kehidupan yang lebih baik..

gembira duduk di Rufaydah,
ada adik Sakinah dan adik Adilah..
lepas ni tambah lagi,
kak Wan dan kak Faj..

p/s: Hari-hari perjalanan ditemani Rantisi..Rantisi nama kereta saya =)

Alhamdulillah.. =)

salam.

Sunday, January 1, 2012

aku bisik jee..

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

al-kisahnya,
pada pukul 9 mlm, abah Mayo akan tiba di stesen bas.
mula dari pukul 8.15 mlm, Mayo sibuk dengan internet..
pukul 8.27 mlm, azan isyak berkumandang..
Mayo terus dengan internetnya.

jam terus bergerak,
hampir pukul 9 mlm,
Mayo terus dengan internet,
sangkaannya,
bas akan tiba lebih lewat dari jadual perjalanan asal..

tepat jam 9 mlm,
telefon berbunyi,
lamunan dari keasyikan internet terjaga,

aaaahh,
dah berdosa!! =_=
tak solat isyak lagi!! T_T

terus teringat ayat Al-Qur`an,

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab)telah diselesaikan,
"Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu janji tetapi aku menyalahinya. TIDAK ADA KEKUASAAN KU TERHADAPMU, melainkan SEKADAR AKU MENYERU KAMU, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukanku (dengan Allah) sejak dahulu."
Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih.

(Ibrahim:22)

syaitan,
akan terus beusaha membisikkan pelbagai agenda dan idea untuk manusia terus membuat dosa kepada Allah s.w.t

ingat!!
SYAITAN HANYA BISIK JEE...

yang buat keputusan sama ada nak ikut atau tidak..
terpulang pada manusia.
jika neraca Iman berat pada hati seseorang manusia, maka dia akan tinggalkan bisikan - bisikan syaitan..
jika neraca jahiliyah yang memberati hati manusia, maka semakin enak bisikan syaitan untuk terus diikuti..

semoga Allah mengampuni dosa hamba - hambanya yang lemah ini..+_+

salam =)