Pages

Monday, May 28, 2012

Tenang untuk menang

bismillah,

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

Ada 4 kunci ketenangan hidup.
"Aku boleh tenang menjalani hidup ini kerana 4 hal"

1-Pertama:
Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.

2-Kedua:
Aku tahu bahawa tugasku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.

3-Ketiga:
Aku tahu bahawa Allah selalu melihatku, maka aku malu jika aku menjatuhkan diriku dalam lumpur dosa.

4-Keempat:
Aku tahu bahawa ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap sedia menantinya


(Imam Hassan Al-Basri)

0 comments: