Pages

Wednesday, November 24, 2010

denda 12 minit

Bismillah ..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

teringat masa itu,
waktu2 ni saya selalu muhasabah.
kesian mereka yang dengan saya masa tu.
kena marah dengan saya.
(+_+)

abaikan perkataan - perkataan di atas.

memori yang dulu,
sebelum saya berlari2 dengan mereka,
saya dan mereka kena brainwash dengan Perang Uhud.
berjalan dengan kelajuan 2.4km/jam (slownye, macam siput)
akhirnya berhenti.

walaupun dah didengarkan kisah Uhud sejak sekolah kanak - kanak,
tapi,
masih terkelu bila ditembak bertubi2 oleh Uhud,
maka,
saya kena ingat nama-nama itu dan posisi mereka,

Text Color
(ketua pemanah)
-Abdullah bin Jubair

(2 kanak - kanak yang menyertai perang Uhud)
-Rafi `bin Khudaij
Samurah bin Jundah
p / s: kanak2 ni umur 15 tahun dah join perang Uhud, time kita 15 tahun, kita buat ape ye??
(Study for PMR ..> _ <)

(Sahabat yang mendapat pedang Rasulullah semasa perang Uhud)
-Abu Dujanah

(Sahabat yang memegang panji)
-Mus `ab bin Umair

(sahabat yang bermati - matian melindungi Rasulullah)
-Saad bin Abi Waqas-
-Talhah bin Ubaidah

(Sayap Kanan tentera Quraisy)
Al-Khalid - Walid

(Sayap Kiri tentera Quraisy)
-Ikrimah bin Abu Jahal

disebabkan tak ingat nama2 dan posisi mereka secara tepatnya, maka total masa untuk didenda ialah 12 minit.


perjalanan 2.4km/jam diteruskan,
sebelum berhenti di tempat jumpa lembu..
ayat 3:140 diingat,
ayat tu mengingatkan, supaya sabar ..
Luka yang kamu rasa semasa Uhud, sama dengan luka yang mereka rasa semasa Badar,

dikesejukan malam,
menunggu 1 jam sebelum ditarik,
ayat 3:101 - 3:103 diingati, difahami dan perasaan di ayat itu diselami,
lepas tu, terus kena buat amali ayat ni..

masa dikubu,
sebelum strategi disusun dan dikemaskan
dia datang untuk berTNT,
ayat 3:139 to 3:157 dibaca bergilir - gilir,
satu - satu ayat ditadabbur,
masing - masing meluahkan perasaan setelah melalui ayat - ayat ini.
kadang-kadang perasaan gementar tu datang..
mana tahu,
tiba - tiba kubu sebelah sana meng'attack'
tapi
ayat2 tadi menenangkan kembali.. =)

habis satu ladang lembu ditakluk,
ada yang berjaga di atas bumbung dengan tayar - tayar,
ada yang berjaga di pintu masuk,
ada yang berjaga di bukit kecil
ada yang lari - lari dalam ladang lembu (kesian lembu, terganggu nak makan sebab ada orang lari - lari depan tempat makan lembu)
ada yang terkena pagar elektrik sebab nak cari sumber air untuk kubu.

dan akhirnya,
dia diangkat ke 'bukit',
dengan gagah menggarap panji,
dan pertempuran pun berhenti.

9 maples
sebelum tutup mata
ayat 3:152 hingga 3-160 di ungkai segala isi tersurat,
untuk menjadi bekalan sepanjang hayat

p / s: cubalah tadabbur ayat2 yang dah ditaip, sambil baca cerita Uhud. best!!

salam.

2 comments:

^_^ said...

Salam Kak Nebula~
saya mempunyai kemusykilan pada satu nama sahabat yang ditulis.

Talhah bin Ubaidah atau bin Ubaidillah?

atau dua2 pun betuL?
hee~

'ala kulli hal, sedap baca post ni...'sedap mcm makan dging lmbu raya haji ni~..'

*

'Ezzah Al-Islam said...

busuk... :P