bismillah..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w
asyik saya mengamati,
melihat mereka-mereka yang berlari,
berlari bersungguh - sungguh menuju Tuhannya..
Rabb yang Agung,
ALLAH
cintanya tak pernah putus,
malah disebarkan seluas luasnya..
kerana cinta mereka kepada Al - Khaliq,
mereka menebarkan cinta ini kepada sesiapa sahaja yang ada dengan mereka..
dari syuyukh - syuyukh yang sezaman dengan mereka,
sehinggalah semuda - muda generasi yang baru di
lahirkan di saat ini..
dari setandus - tandus hati yang kering,
sehingga menjadi basah seperti sungai yang mengalir..
itulah cinta yang mereka alirkan..
cinta mereka pada Al- Khaliq,
tak pernah padam dan malap,
malah makin berkobar-kobar,
melihat generasi baru yang mula bangkit,
yang akan menggarap semula panji kegemilangan ummat.
dan Aku??
masih terus menyemai cinta - cinta itu.
jazakumullah buat mereka,
yang telah dan sedang mengajar saya akan cinta itu.
dan bersabar melayan kerenah saya semasa belajar menyemai cinta.
salam
0 comments:
Post a Comment