segala puji bagi Allah, Al-Khaliq seluruh alam,
selawat buat junjungan tercinta,Muhammad s.a.w
dalam kamu berlari mengejar redhaNya
mesti ada senang dan susahnya..
selalu aje kamu mengeluh dan mengomen bila susah,
tapi,
lupa untuk bersyukur dan berterima kasih bila sudah senang..
kata orang,
ini tabiat manusia..
memang betul ini tabiat manusia..
tapi,
sampai bila mahu dijadikan tabiat,
hingga tiada usaha untuk jadikan perubahan menjadi hamba yang bersyukur dan bersabar sebagai satu ibadat buat yang Maha Hebat??
ketika Fathul Mekah berlaku..
terus Al - Khaliq menurunkan peringatan ketika diberi kemenangan,
buat hamba2Nya yang beriman..
kata Nya dalam surah An-Nasr yang bermaksud:
1-Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan (menakluk Mekah)
2- Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah sepuak demi sepuak.
3-Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat (hamba-Nya)
(an - Nasr 1-3)
maka, Baginda dan para sahabat dengan rendah hati dan dalam keadaan beristighfar pada ALLah ketika memasuki kota Mekah =)
kenapa kena beristighfar dan mohon ampun bila datangnya kemenangan atau datangnya perkara2 baik yang kita inginkan sebelum ini?
1- kerana Allah tahu, hati kamu mudah dilanda perasaan bongkak, bangga dan sombong bila datang kemenangan dan kesenangan..
2- kerana kamu tidak sabar, ada perasaan tak puas hati dengan ketetapan Allah, rasa terkilan sebab Allah lambat tunaikan janjiNya dan memberi pertolongan
3-kerana perasaan kamu bergoncang dengan ketakutan, ragu - ragu dan was - was dengan janji - janji Allah terhadap kemenangan Islam
4-kerana perasaan kamu yang mudah rasa jemu, putus asa, rasa penat dan rasa sukar dengan perjalanan yang lama..
5- kerana butir - butir kata dari mulut kamu yang selalu merungut, tak puas hati, memburukkan orang lain, mengaibkan orang dan bercakap2 perkara - perkara yang tidak bermanfaat untuk kamu dan agama kamu..
(muhasabah mode) =_= ... +_+
p/s:
doaku untuk dia..
Ya Allah, inilah sebaik2 perancangan Engkau untuk dia.. kuatkan tawakkal dia padaMu, jagalah dia kerana hanya Engkau sebaik2 penjaga untuk dia.
“Ajaib sekali urusan(kehidupan) seorang mukmin. Semua urusan(perkara) dalam hidupnya baik belaka. Keajaiban itu tiada kepada seseorang melainkan pada diri mukmin. Jika dia dilimpahi kegembiraan(nikmat), maka dia bersyukur, maka itu baik baginya dan jika dia dilanda kemudaratan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
salam
1 comments:
salam Kak Nebula..~
menyentuh tentang kemenangan dan Surah An-Nasr, membuat fikiran saya jalan-jalan pada suatu pengetahuan. =).
Iaitu keterkaitan antara Surah Al-Fatihah (surah awal diturunkan scr lengkap)..dan surah An-Nasr ( surah terakhir diturunkan scr lengkap).
kak nebula rasa apakah kaitannya? =D
*sekali sekala nak buat kuiz dgn kak nebula. heehee
Post a Comment