Pages

Wednesday, June 2, 2010

$_$ mahalnya $_$

bismillah.
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al-Wakil seluruh makhluknya..
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w.

3 tahun mereka dikepung.. (dari tahun ke-7 hingga ke-10 nubuwwah)
sang Abu Lahab melaung supaya harga2 barang dinaikkan,
supaya tiada siapa dikalangan Bani Hashim dan Bani Mutalib mampu membeli barang2 keperluan harian,
perjanjian sudah tertulis..
mereka tidak boleh mengahwini,
tidak boleh berjual-beli..
menyekat sumber2 rezeki yang mengalir kepada mereka,
tidak menerima sebarang perdamaian ..
dan tidak berbelas kasihan..
tak kisahlah samada dia beragama Islam atau tidak,
yang penting semua Bani HAshim dan Bani Mutalib dikepung..
KECUALI
jika Muhammad diserahkan untuk DIBUNUH..

Daun - daun dan pucuk kayu dijadikan santapan..
anak - anak dirumah melolong dengan kelaparan..

sebaik sahaja masuk tahun ke 3 pengepungan,
datanglah satu kumpulan manusia dari kaum dari Bani Qusai..
mereka ialah:

-Hisham bin Amru bin Al - Harith
-Zuhair bin Umayyah
-Al - Mut`am bin `Adi
-Abu Al - Bakhtari bin Hisham
-Zam`ah bin Al - Aswad

kata mereka:
"Kita tak boleh biarkan BAni Hashim dan Bani Mutalib terus dikepung begini"

Zuhair bin Umayyah melaungkan:
"Wahai penduduk Mekah!! Apakah layak kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim dan Bani Mutalib dimamah kebinasaan, tiada siapa yang berjual beli dengan mereka, demi Allah aku tidak duduk sahaja hinggalah aku menentang perjanjian pemulauan yang kejam ini"

lalu 4 yang lain bangun meluru kearah naskhah perjanjian dan Mut`am bin `Adi mengoyakkan perjanjian..

sape nak bagi ibrah?? sila kaitan dengan isu sekarang..

1- BAni HAshim dan BAni Mutalib dikepung dan dipulau..

- Gaza juga kini sedang dikepung, dengan tembok2 gergasi yang berjela2 panjangnya.. segala sumber disekat..
- org2 didalamnya?? anda fikirkan bagaimana keadaannya..
keperluan asasi seperti makanan dan pakaian, tempat perlindungan, kesihatan, bangunan2 yang punah ranap, pendidikan anak - anak siapa yang mahu beri jika bukan manusia diluar2 ini..

2- 5 orang Bani Qusai membatalkan perjanjian untuk membebaskan BAni Mutalib dan Bani Hashim dari pemulauan..
- hari ini, isu membebaskan Gaza, kesedarannya bukan hanya pada sebilangan umat Islam yang mahu membebaskannya.. tapi juga dari manusia seluruh dunia tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.. mahu membantu dan membebaskan Gaza atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan..
sama seperti 5 pemuda dari Bani Qusai.. diorang pun bukan Islam, tapi apa yang menyebabkan mereka terpanggil untuk membebaskan Bani Hashim dan Bani Mutalib?? sebab atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan..
Tapi, semalam ada yang kecewa..bantuan tak sampai pun??

Kamu hanya mahu Gaza berjaya dibantu dengan hanya duit seciput yang kamu sumbangkan??
Kamu hanya mahu Gaza dibebaskan dengan mimpi dan angan2??
kamu hanya fikirkan kapal2 yang dirampas dan duit2 berjuta2 yang diambil sebagai satu pembaziran??
Doa kamu untuk mereka mana??

misi ini baru satu dari harga yang perlu dibayar untuk membuka hati manusia2 yang tidur, dibuai mimpi2 indah dunia..
manusia di dunia ini ada 6,800,000,000 orang,
sudah cukup ke nilai2 duit itu untuk mengejutkan hati2 yang oang - orang yang masih tidur??

nilai ini masih jauh lagi jika mahu melihat Gaza dibebaskan dan seterusnya Ummah ini dibebaskan dari cengkaman taghut..
itulah bayaran Syurga,, tersangat - sangat mahal..

mereka telah berusaha yang terbaik, semoga Allah Redho dengan mereka (^_^)
semoga Allah menerima amal mereka dan memberatkan mizan hasanat mereka..

mereka telah berjaya mensatukan fikrah2 sebahagian manusia2 didunia tak kira berbeza latar belakang dan bangsa bahawa Gaza perlu dibantu dan dibebaskan..
mereka berjaya meng'hot'kan dunia dengan perkara bahawa Gaza masih disekat dan dikepung..
mereka berjaya menunjukkan kepada dunia Zionis memang keras kepala dan tak de hati perut tak kira sama ada rakyat Palestin atau bukan, bagi Zionis seluruh makhluk di dunia adalah Goyim yang boleh dibunuh dan dibuat apa sahaja..


Jangan perkecilkan usaha yang mereka telah buat, tapi fikirkan dan buatlah usaha2 yang kamu belum buat..


" jangan perkecilkan amal dan usaha yang orang lain buat, sebab belum tentu amal dan usaha yang kita buat diberi pahala dan diterima Allah, takut2 dengan tindakan kita memperkecilkan amal orang lain menyebabkan amal kita termusnah disisi Allah"

salam..

2 comments:

syamin said...

thnx kongsi :)

mayo said...

same - same syamin (^_^)