Bismillah...akhlak mulia.. satu perkara yang sangat susah untuk dilahirkan melainkan dengan bg orang2 yang mempunyai hati yang benar2 bersih dan sihat..
berapa ramai dikalangan manusia yang apabila disakiti oleh saudaranya, dia berlapang dada untuk memaafkannya??
berapa ramai dikalangan manusia, apabila keaibannya dibuka, dia memaafkan dan menyembunyikan keaiban saudarannya?
berapa ramai dikalangan manusia yang memelihara kata- katanya supaya tidak mennyinggung perasaan saudaranya??
mungkin perkara2 ini dianggap kecil.. tetapi hakikatnya, perkara - perkara ini yang menjaga perpaduan manusia, mengangkat martabat manusia selaku makhluk terbaik ciptaan-Nya
1- NASIHAT - MENASIHATI
Kata - kat a Saidina Umar apabila beliau dinasihati
" semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan keaibanku"
2-BERLAPANG DADA
` serendah - rendah ukhuwah adalah berlapang dada,
dan setinggi - tinggi ukhuwah adalah ithar`
hebatkan kata- kata Rasulullah ucapkan.. serendah2 ukhuwah adalah berlapang dada.. tapi tengoklah kesannya apabila manusia berlapang dada dengan saudaranya.. sangat2 terasa nikmat berukhuwah dan bersaudara.. hanya Islam sahaja mengajarkan akhlak2 ini kepada manusia.. tapi, kadang2, masih ada dalam hati kita rasa kecik hati, tersinggung dan terasa hati.. hakikatnya benda ini mesti kena buang dari diri... (pesanan untuk saya)
kan lebih baik kalau
"tak pelah, benda kecik je"
"balashlah, tak de ape2 pun"
"kalau berlapang dada dapat pahala"
"buat pening kepala je, lupakan lagi baik"
berlapang dada -->
apabila dia melihat nikmat Allah pada makhluk lain, dia berasa redha dan merasakan anugerah itu adalah kurniaan Allah yang Allah berikan kepada hambanya
Apabila dia melihat kesusahan orang lain, dia berasa sedih dan berharap agar Allah menghilangkan kesusahannya
3- HUSNU DZON
kisah Kaab bin Malik
setelah sampai ke Tabuk, Rasulullah duduk di tengah-tengah kaum muslimin, kemudian beliau menanyakan pertanyaan
"Kaab bin Malik sedang buat apa?"
Lalu seorang lelaki dari Bani Salamah menjawab:
"Ya Rasulullah, dia tidak datang kerana sayangkan selimutnya.
Muaz bin Jabal berkata kpd lelaki dari Bani Salamah:
"kata-kata kamu sunggu jahat sekali, demi Allah ya Rasulullah, setahu kami Kaab adalah orang yang baik"
Betapa Husnu Dzonnya Muaz terhadap sahabatnya , walaupun sebenarnya Kaab tidak ke Tabuk untuk mengikuti peperangan bersama Rasulullah kerana bertangguh dan sayangkan kebunnya.
(Akhirnya taubat Kaab diterima Allah setelah dipulau selama 50 hari)
4- MENGHARAPKAN SUPAYA SAUDARA KITA BEROLEH KEBAIKAN
dari Anas bin Malik
- ketika itu para sahabat sedang berada di dalam majlis ilmu bersama - sama Rasulullah. kemudian Rasulullah menunjukkan kepada para sahabat yang baru selesai mengambil wuduk
Rasulullah bersabda " lelaki itu adalah ahli syurga"
para sahabat melihat lelaki tersebut.
keesokan harinya, Rasulullah mengulangi kata2 tersebut
sehinggalah pada hari ke -3, Rasulullah masih mengulangi kata - kata yang sama pada lelaki tersebut
Abdullah bin Umar berasa tercabar kerana Rasulullah telah mengiktiraf lelaki tersebur sebagai ahli syurga.. akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melihat sendiri rahsia lelaki tersebut sehingga menyebabkan lelaki itu disebut oleh Rasulullah sebagai salah seorang ahli syurga.
setelah 3 hari duduk bersama lelaki tersebut, akhirnya beliau bertanya kepadanya:
" wahai saudara ku, sesungguhnya aku telah diberitahu oleh Rasulullah bahawa engkau adalah syurga, tetapi sepanjang 3 hari aku duduk bersama engkau, aku tidak pernah melihat engkau beribadah sepanjang malam, apakah amalan engkau sehingga menyebabkan engkau dijamin oleh Rasulullah sebagai ahli syurga?"
jawab lelaki itu
"
" sebenarnya perkara yang menjadi amalanku adalah, apabila aku tersedar dari tidur, aku akan terus berzikir sehingga subuh, aku tidak pernah ada rasa dengki pada muslim lain dan aku tidak ada perasaan hasad dengan apa yang Allah berikan pada orang lain"
hebatkan lelaki ni, akhlak dia mulia menyebabkan dia dijamin oleh Rasulullah untuk ke syurga.
Kita??
dengan hati yang tidak bersih
kurang nilai2 Islan dalam diri
masih berkira2 untuk melakukan sesuatu ibadah
jom same2 kita mengislahkan diri supaya menjadi individu Muslim yang lebih baik.. insya-Allah
Ya Allah, bantulah kami mengamalkan perintah - perintahMu supaya kami tergolong dalam hamba2 Mu yang beroleh Syurga..
salam..
Tafsir Surah al-Isra' : 36
21 hours ago
2 comments:
salam akak..
ini rupanya port akak ek.. hehe
boleh tak kalau ainul nk taruk link kat blog ainul. ke tak boleh?
oh hooo...
posto2..
Assalamualaikum..iAllah prgm PERTAMA pd 12,13 n 14 Januari.. http://ciksantun.blogspot.com/2009/01/pertama.html hrp semua luangkn wktu.. join jom!!
Post a Comment