bismillah
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Maha Pengampun hamba - hambaNya yang berdosa. Selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w
setiap kali saya jumpa dengan adik2,
suka tengok kesucian dan kemulusan muka - muka mereka.
suka tengok adik2,
semangat nak berubah diri untuk jadi muslim yang lebih baik,
dan nak jadi rijal2 untuk bangunkan ummah.
satu hari tu,
hujan tak berhenti - henti..
adik2 rumah saya rajin panggil kawan - kawan tido di Fateh,
petang tu,
adik S dah sampai.
lepas tu, adik F dan adik N datang.
tunggu adik L yang belum sampai.
walaupun lewat malam,
hari sejuk,
dan baru pulang dari jalan yang jauh,
adik L tetap datang untuk tido di Fateh.
keesokan paginya,
kami solat subuh sama-sama,
baca mathurat,
dan baca hadis dari riadus solihin,
adik L yang baca.
lepas baca hadis,
adik -adik ni dengan muka yang mulus sambil tersenyum2 comel, berkata kepada saya:
"akak, ceritalah pasal hadis ni"
saya hanya senyum,
dan ceritakan pada mereka apa yang saya tahu..
teringat muka2 comel dan ikhlas tu.
ni pasal adik lain pula..
pasal adik F,
adik I tanya:
"apa azam awak untuk besday awak kali ni?"
dengan semangat dia menjawab:
"saya tak mo tengok movie korea lagi, banyak sangat masa saya yang terbuang dan saya tak mo rugi, sekarang baru saya sedar, saya hanya ditaraf hamba pada Allah, banyak lagi yang saya kena berubah"
mahu nangis saya dengar kata - kata adik F.
setiap kali saya jumpa dia, selalu lupa nak bawa hadiah besday untuk dia,
adik F, saya jumpa awak lepas awak balik dari jalan - jalan ye.. =)
adik H pula,
lepas subuh buat tadabbur surah al - qosos,
dia duduk depan saya,
selepas masing2 bangun untuk berkemas,
dia tanya dengan muka yang suci lagi mulus,
"akak, kaum nabi soleh kena balasan apa?"
"Allah musnahkan kaum dengan suara yang nyaring dan kuat" jawab saya.
"sebab apa?" tanya dia lagi.
"sebab bunuh unta Nabi Soleh dan tipu dalam timbangan" jawab saya sekadarnya.
"lagi kak, pasal nabi lain??" tanya dia lagi
saya pun cerita dan cerita dan cerita.. =)
p/s: semoga 'anak - anak singa' berjalan-jalan dengan hati yang beriman.
p/s: adik Fateh tinggal sorang je. hari ni adik A balik, adik N balik lambat lagi..
salam
1 comments:
salam..
ooo..akak,saya adik S yek? :D.
Post a Comment