bismillah
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb seluruh manusia.
Selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w.
seperti biasa,
call rumah 1 kali seminggu,
update berita.
kat rumah,
ada 3 muka 'boys' yang berbeza.
1st muka = selalu senyum manis - manis, dengan budak kecik pun, mahu ajak main.
2nd muka = ni muka garang, senyum bila dia dapat benda yang dia nak atau dengan org terdekat.
3rd muka = blurr, tak de perasaan, kalau bom meletup kat sebelah pun, tak de reaksi ape -ape
(jgn marah ye bro)
2nd muka,
kadang-kadang aisyah si kecil pun cuak juga bila tgk muka dia.
tapi kalau dengan saya, baik je,
boleh gelak2 kalau cakap dalam tepon.
satu hari,
pergi kedai, 2nd muka mahu tukar tali jam.
"Tunggu sekejap ye dik, saya mahu cari tali jam adik, dulu saya ada simpan jenis tali macam ni, sekejap ye" kata isteri pemilik kedai dengan sopan.
"tak pe - tak pe" balas dia tenang.
"ha! sudah mahu jumpa" kata isteri toke dengan penuh semangat.
2nd muka SENYUM bila tali jam sudah siap diganti.
" Adik, kamu punya senyum manis ma, hati saya senang bila tengok kamu senyum lepas saya susah - susah cari kamu punya tali jam. Berbaloi " kata isteri toke.
saya,
hanya senyum disini,
membayangkan 2nd muka tersenyum manis.
p/s : 2nd muka,try habiskan baca 2 buku yang saya bagi pada kamu. Semoga Allah mudahkan 'kerja' kamu bila sudah habis baca buku2 tu.
salam
1 comments:
salam'alaik buat kakak manis..:).
saya nampak kakak ini sudah makin laju update blog. Alhamdulillah.
saya nampak kakak ini sudah makin ceria dari hari ke hari. Alhamdulillah
saya nampak kakak ini sudah rindu pada orang yang bernama 'Aisyah'. Ehem~..ye, aisyah adiknya lah. :)
bagus2, mahu tunggu 'nebula' seterusnya pula terbit di dada langit.
wassalam
Post a Comment