Pages

Friday, January 7, 2011

gloomy sky

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah bagi orang-orang yang beriman.
selawat dan salam buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

bila membaca surah "Kerajaan"@ Al - Mulk,
diri terasa amat kecil dan kerdil,
kesemua benda yang ada pada kita,
adalah milikNya.
cakaplah apa sahaja yang wujud pada diri kita,
atau benda-benda yang kita isytiharkan sebagai 'ini barang kita',
semuanya dari Allah.
sehingga sekecil satu sel darah merah dalam badan kita,
milik Allah kerana kita tak akan mampu untuk menciptanya sendiri.

jika kita mentadabbur semua yang ada di sekeliling,
kita akan sangat 100x malu dengan Allah.
Allah bagi rezeki sudah banyak,
tapi buat kerja sebagai Hamba Allah dan Khalifah masih tidak.

bila lihat awan mendung,
selalunya manusia akan kegirangan
akan tanda turunya hujan,
dan,
selalu teringat sabda baginda pada saidatina aisyah,
apabila baginda melihat awan mendung di langit.


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w ketawa sepenuh hati hingga aku nampak anak tengkuknya, tetapi beliau hanya tersenyum sahaja.
Ujar Aisyah:
'Biasanya apabila Rasulullah nampak awan mendung atau angin dapatlah dikenalkan pada air mukanya tanda - tanda beliau tidak senang.
Lalu Aisyah berkata:
'Wahai Rasulullah! Bagi orang ramai, apabila melihat awan mendung,mereka terus bergembira kerana mengharapkan ia akan membawa hujan, tapi hamba tengok anda apabila nampak awan mendung hamba dapat mengecam pada air muka anda tanda tidak senang. (Mengapa begitu?)
Jawab Rasulullah:
"Wahai Aisyah!,Apakah yang boleh mententeramkan hatiku dari merasa bimbang bahawa awan mendung itu akan membawa azab? Kerana ada kaum yang telah diazabkan Allah dengan angin ribut. Dan ada pula kaum yang melihat azab angin ribut tetapi mereka berkata: Inilah awan - awan yang akan menurunkan hujan kepada kita"
(Dari Bukhari dan Muslim)

tadabbur al - qur`an akan kisah -kisah kaum yang kena balasan Allah kerana mendustakan para Rasul membuat kita gementar, bila2 sahaja Allah boleh turunkan azabNya. Manusia sudah banyak melakukan kerosakan dibumi dan melampau batas.

pesan dia,
alam bergegar,
tanda peringatan,
bukan pada yang bersalah sahaja,
malah,
pada yang mereka sedang bekerja mengejutkan orang yang sedang leka.
supaya tidak berlengah mengejutkan manusia,
untuk kembali kepada Rabb dan berserah diri hanya kepadaNya.

salam.


1 comments:

nida said...

moga setiap isi blog mae menjadi amalan baik yang 'mengejutkan' orang yang sedang leka...insya Allah