bismillah
alhamdulillah, segala puji bagi Allahm Tuhan sekalian alam
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w
alhamdulillah,
dah masuk hari ke -3 hujan di bumi irbid,
gembiralah manusia - manusia di bumi irbid,
setelah sekian lama hujan tidak turun,
hampir - hampir diri ini merasakan,
tahun ni tak de musim sejuk.
hari pertama hujan,
ku bertemu mereka,
lama jugakla tak jumpa,
kerana ada amal soleh yang lebih aula perlu didahulukan.
malam tu,
kami sambung tadabbur surah yasin,
ayat 48 - 73,
sedang masing -masing kongsikan ayat yang disukai,
sampaila turn dia untuk berkongsi,
terus dia menceritakan mimpinya mengenai kematian,
sambil dikaitkan dengan ayat qur`an yang berkaitan,
katanya,
seperti tiada amal soleh yang dibawa ketika dia mengadap Tuhan,
yang ada dalam hatinya ketika itu,
hanya berharap rahmat Allah yang boleh menjauhkannya dari azab,
KEMATIAN,
kematian yang memutuskan manusia dari alam dunia kepada alam akhirat,
tiada jalan patah balik untuk kembali ke dunia dan mengutip amal - amal kebaikan di dunia,
time tu,
teringat ayat terakhir dalam surah an - naba,
penyesalan si kafir yang tidak membawa amal ketika dunia,
mengharapkan untuk kembali menjadi tanah.
ketika keadaan sayu sambil teringat MATI,
adik itu menyapa,
ayat 65 menjadi pilihan,
"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan"
(yasin:65)
sambil menangis,
dia menzahirkan perasaanya akan ketakutan yang amat pada seksa api neraka,
katanya,
ketika waktu itu,
mulut sudah dikunci,
tak boleh untuk meminta pertolongan melainkan hati yang boleh menjerit tanpa ada siapa yang kedengaran,
bagi diri yang bersalah,
diri yang kerdil diheret oleh malaikat dengan tali - tali besi yang melilit.
sebelum pulang,
sambil berjalan di dalam hujan,
dia berbisik kepada ku,
sambil mulut berasap - asap,
" mae, dalam qur`an ada bagitau pasal orang kafir yang mengharapkan supaya tiada hari penghisaban dan kematian kan?? kita tak nak jadi macam tu, kita sangat takut, takut nanti bila mati, tak bawa apa - apa amal "
dalam hati kecilku,
aku mengucapkan jazakillah kepadanya,
walaupun dalam kesejukan yang amat,
ku tetap diingatkan tentang kematian olehnya,
semoga Allah terus membimbingnya,
dan membuka jalan seluas - luasnya untuk dia menuju Allah.
p/s: jazakillah juga buat cik mun dan kak nik sebab sudi teman saya. =)
salam