Pages

Monday, February 7, 2011

kasut

bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan Maha Besar,
Selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

on the way g amman.
duduk dalam teksi dengan adik U.
adik U,
jazakillah, thanx a lot,
sebab sudi teman saya. =)

sebelum bertolak,
saya dan adik U masing - masing bawa buku
untuk dibaca dalam teksi.
tujuan saya ke amman, untuk cari kasut..
kaki sudah sakit sebab pakai kasut boot,
main explore race pun guna boot,
memang la sakit kaki ni.
tambahan pula,
tapak kasut boot tu dah pecah kat bhgn tumit.
adik U pula nak cari sleeping bag,
senang nak di bawa kalau kena hantar atau kena tido kat mana2..hihi


dalam teksi,
baca fiqh seerah,
tajuk peperangan zat al - riqa`..
punca perang,
sebab qabilah - qabilah Najd khianat dan membunuh 70 daie yang dihantar oleh Rasulullah untuk sampaikan Islam.

Rasulullah pun keluar bersama - sama sahabat baginda,
untuk memerangi kabilah tersebut,
namun,
Allah telah mencampakkan perasaan gerun pada hati musuh,
maka,
peperangan tidak berlaku kerana mereka telah melarikan diri dan terpisah jauh dari orang Islam.

peristiwa perjalanan mereka sangat sedih...

Telah diriwayatkan di dalam buku kedua - dua kitab sahih( Bukhari dan Muslim), daripada Abi Musa al- Asy`ari R.A katanya:
" Kami telah keluar bersama - sama Rasulullah s.a.w di satu peperangan kami berenam bergilir - gilir menunggang seekor unta"

Tambahnya lagi:
"Kami berjalan hingga pecah tapak kaki kami. Tapakku sendiri pun pecah, kukuku luruh, kami membalut kaki kami dengan kain buruk. Oleh itu peperangan itu dinamakan Zat Al - riqa`
( peperangan yang tertampung), seperti juga kami menampung kaki kami dengan kain buruk."


Masya Allah!!!
terus ku lihat kasutku,
dah cukup lunyai ke kasut ni ku guna di jalan Allah??
=_= ( muhasabah dan rasa bersalah)

sepanjang operasi mencari kasut,
dalam kepala ku hanya teringat kisah tadi,
akhirnya,
satu kasut sudah ku angkat,
tapi tak guna lagi.
ada di dalam almari,
tunggu kasut yang masih ada lunyai dan tercabut tapak kasut atau dah boleh masuk air sampai stokin lencun,
baru boleh pakai kasut baru.
(^_^)Y
ya Allah,
jauhkan ku dari menjadi orang yang membazir..

salam.

0 comments: