Pages

Thursday, January 20, 2011

milh

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

(dari buku: al - 3awaa ieq - bab 19)

ini perumpamaan bagi da'ie
ibarat garam.
garam menyekat bakteria dan kuman - kuman dari berkembang biak, yang menyebabkan rosaknya makanan.
kalau kita luka pun, bersihkan dengan air garam kan?supaya luka tak makin teruk..
(sakitnye!!)
kalau lepas cabut gigi pun,keesokkan paginya, doktor suruh kumur dengan air garam kan?? supaya tak berlaku infection..
lagi masin garam tu, lagi susah bakteria nak membiak kan?

macam tu juga dai'e,
dia menyekat dari kefasadan dan kerosakan berkembang dan melata,
lagi pekat iman dai'e,
lagi kuat kerja dai'e,
lagi rajin dai'e beramal dengan amal - amal islami,
maka,
lagi susah si thoghut mahu mengangkat kepala,
dan melakukan kefasadan di dunia..

tapi,
kalau garam tak masin, atau tak berapa masin??


(muhasabah dan 'kena tembak' mode)

=_=

salam

Tuesday, January 18, 2011

adik Fateh & kawan2nya

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Maha Pengampun hamba - hambaNya yang berdosa. Selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

setiap kali saya jumpa dengan adik2,
suka tengok kesucian dan kemulusan muka - muka mereka.
suka tengok adik2,
semangat nak berubah diri untuk jadi muslim yang lebih baik,
dan nak jadi rijal2 untuk bangunkan ummah.


satu hari tu,
hujan tak berhenti - henti..
adik2 rumah saya rajin panggil kawan - kawan tido di Fateh,
petang tu,
adik S dah sampai.
lepas tu, adik F dan adik N datang.
tunggu adik L yang belum sampai.
walaupun lewat malam,
hari sejuk,
dan baru pulang dari jalan yang jauh,
adik L tetap datang untuk tido di Fateh.
keesokan paginya,
kami solat subuh sama-sama,
baca mathurat,
dan baca hadis dari riadus solihin,
adik L yang baca.
lepas baca hadis,
adik -adik ni dengan muka yang mulus sambil tersenyum2 comel, berkata kepada saya:
"akak, ceritalah pasal hadis ni"

saya hanya senyum,
dan ceritakan pada mereka apa yang saya tahu..
teringat muka2 comel dan ikhlas tu.

ni pasal adik lain pula..
pasal adik F,
adik I tanya:
"apa azam awak untuk besday awak kali ni?"
dengan semangat dia menjawab:
"saya tak mo tengok movie korea lagi, banyak sangat masa saya yang terbuang dan saya tak mo rugi, sekarang baru saya sedar, saya hanya ditaraf hamba pada Allah, banyak lagi yang saya kena berubah"
mahu nangis saya dengar kata - kata adik F.
setiap kali saya jumpa dia, selalu lupa nak bawa hadiah besday untuk dia,
adik F, saya jumpa awak lepas awak balik dari jalan - jalan ye.. =)

adik H pula,
lepas subuh buat tadabbur surah al - qosos,
dia duduk depan saya,
selepas masing2 bangun untuk berkemas,
dia tanya dengan muka yang suci lagi mulus,
"akak, kaum nabi soleh kena balasan apa?"
"Allah musnahkan kaum dengan suara yang nyaring dan kuat" jawab saya.
"sebab apa?" tanya dia lagi.
"sebab bunuh unta Nabi Soleh dan tipu dalam timbangan" jawab saya sekadarnya.
"lagi kak, pasal nabi lain??" tanya dia lagi
saya pun cerita dan cerita dan cerita.. =)

p/s: semoga 'anak - anak singa' berjalan-jalan dengan hati yang beriman.
p/s: adik Fateh tinggal sorang je. hari ni adik A balik, adik N balik lambat lagi..

salam

Monday, January 17, 2011

2nd muka

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb seluruh manusia.
Selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w.

seperti biasa,
call rumah 1 kali seminggu,
update berita.

kat rumah,
ada 3 muka 'boys' yang berbeza.

1st muka = selalu senyum manis - manis, dengan budak kecik pun, mahu ajak main.
2nd muka = ni muka garang, senyum bila dia dapat benda yang dia nak atau dengan org terdekat.
3rd muka = blurr, tak de perasaan, kalau bom meletup kat sebelah pun, tak de reaksi ape -ape
(jgn marah ye bro)

2nd muka,
kadang-kadang aisyah si kecil pun cuak juga bila tgk muka dia.
tapi kalau dengan saya, baik je,
boleh gelak2 kalau cakap dalam tepon.

satu hari,
pergi kedai, 2nd muka mahu tukar tali jam.

"Tunggu sekejap ye dik, saya mahu cari tali jam adik, dulu saya ada simpan jenis tali macam ni, sekejap ye" kata isteri pemilik kedai dengan sopan.

"tak pe - tak pe" balas dia tenang.

"ha! sudah mahu jumpa" kata isteri toke dengan penuh semangat.

2nd muka SENYUM bila tali jam sudah siap diganti.

" Adik, kamu punya senyum manis ma, hati saya senang bila tengok kamu senyum lepas saya susah - susah cari kamu punya tali jam. Berbaloi " kata isteri toke.

saya,
hanya senyum disini,
membayangkan 2nd muka tersenyum manis.

p/s : 2nd muka,try habiskan baca 2 buku yang saya bagi pada kamu. Semoga Allah mudahkan 'kerja' kamu bila sudah habis baca buku2 tu.

salam

Friday, January 14, 2011

masih kosong?

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al - Razzaq bagi seluruh makhluknya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

sharing 2 hadith, dari Riadus solihin Jilid 2, m/s 344 dan 345 (buku lama)

Dari Jabir R.A berkata:
sabda Nabi s.a.w :
siapa yang membaca Subhanallahi Wabihamdi maka akan di tanamkan untuknya sepohon kurma di syurga
(riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas'ud R.A berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda:
Saya bertemu dengan Ibrahim a.s ketika malam isra, maka is berkata kepada ku:
Ya Muhammad! sampaikanlah salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka bahawa syurga ini tanahnya subur, airnya segar dan masih kosong tanamannya : Subhanallah wa alhamdulillah wa la ilahailallah wallahu Akbar
(riwayat Tirmizi)

rajinkan diri tanam pokok di syurga =)
mesti kita nak duduk dalam taman syurga yang banyak pokok kan??

adik2 ni tgh tanam pokok di dunia pun dapat pahala (^_^)

salam.

Friday, January 7, 2011

gloomy sky

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah bagi orang-orang yang beriman.
selawat dan salam buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

bila membaca surah "Kerajaan"@ Al - Mulk,
diri terasa amat kecil dan kerdil,
kesemua benda yang ada pada kita,
adalah milikNya.
cakaplah apa sahaja yang wujud pada diri kita,
atau benda-benda yang kita isytiharkan sebagai 'ini barang kita',
semuanya dari Allah.
sehingga sekecil satu sel darah merah dalam badan kita,
milik Allah kerana kita tak akan mampu untuk menciptanya sendiri.

jika kita mentadabbur semua yang ada di sekeliling,
kita akan sangat 100x malu dengan Allah.
Allah bagi rezeki sudah banyak,
tapi buat kerja sebagai Hamba Allah dan Khalifah masih tidak.

bila lihat awan mendung,
selalunya manusia akan kegirangan
akan tanda turunya hujan,
dan,
selalu teringat sabda baginda pada saidatina aisyah,
apabila baginda melihat awan mendung di langit.


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w ketawa sepenuh hati hingga aku nampak anak tengkuknya, tetapi beliau hanya tersenyum sahaja.
Ujar Aisyah:
'Biasanya apabila Rasulullah nampak awan mendung atau angin dapatlah dikenalkan pada air mukanya tanda - tanda beliau tidak senang.
Lalu Aisyah berkata:
'Wahai Rasulullah! Bagi orang ramai, apabila melihat awan mendung,mereka terus bergembira kerana mengharapkan ia akan membawa hujan, tapi hamba tengok anda apabila nampak awan mendung hamba dapat mengecam pada air muka anda tanda tidak senang. (Mengapa begitu?)
Jawab Rasulullah:
"Wahai Aisyah!,Apakah yang boleh mententeramkan hatiku dari merasa bimbang bahawa awan mendung itu akan membawa azab? Kerana ada kaum yang telah diazabkan Allah dengan angin ribut. Dan ada pula kaum yang melihat azab angin ribut tetapi mereka berkata: Inilah awan - awan yang akan menurunkan hujan kepada kita"
(Dari Bukhari dan Muslim)

tadabbur al - qur`an akan kisah -kisah kaum yang kena balasan Allah kerana mendustakan para Rasul membuat kita gementar, bila2 sahaja Allah boleh turunkan azabNya. Manusia sudah banyak melakukan kerosakan dibumi dan melampau batas.

pesan dia,
alam bergegar,
tanda peringatan,
bukan pada yang bersalah sahaja,
malah,
pada yang mereka sedang bekerja mengejutkan orang yang sedang leka.
supaya tidak berlengah mengejutkan manusia,
untuk kembali kepada Rabb dan berserah diri hanya kepadaNya.

salam.


Sunday, January 2, 2011

binaan

bismillah

alhamdulillah, segala pujian buat Al - Malik, Pemilik kerajaan langit dan bumi.
selawat dan salam buat junjungan yang dirindui, Muhammad s.a.w

hari ni sejuk.. gerrrrr..
lagi sejuk dari peti ais..hee..
sambil berjalan pulang dari 'Adiyat.
ada 2 buku ditangan.
targetku,
buku yang dari Jakarta harus ku habiskan,
(^_^)

Visi Tarbiyah yang digambarkan dalam buku ini,
jauh lebih luas dan global.

'Penggambaran 5 orang pekerja bangunan yang tengah bekerja membuat masjid"

Ketika ditanya tentang,
'apa yang Anda kerjakan disini?'

Orang 1 menjawab:
" seperti yang anda lihat, saya mencampur berbagai bahan bangunan"

Orang ke-2 menjawab:
"saya bekerja untuk mencari wang di sini"

Orang ke-3 menjawab:
" saya menyusun batu - bata agar menjadi dinding"

Orang ke-4 menjawab:
"saya bekerja membuat sebuah masjid"

sedangkan, orang ke-5 menjawab:
"Saya tengah membangun peradaban"

Jawaban orang pertama hingga keempat tersebut tidak ada yang salah, kerana itulah yang memang mereka kerjakan. Akan, tetapi, jawapan orang ke-5 menandakan sebuah cita rasa ideal yang membuatnya bersemangat melakukan kerja. Tatkala ia memupuk batu bata hingga menjadi masjid, yang terbayang adalah sebuah masyarakat pemakmur masjid yang diliputi oleh keimanan, mereka mengatur kehidupan dengan semangat masjid, akhirnya terbentuklah peradaban baru yang Islami bermula dari masjid.

by:
Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila

kami adalah generasi yang akan membangunkan Ummah!!

p/s: Terus bekerja menuju Ustaziatul Alam.. =)

salam