Pages

Wednesday, January 28, 2009

stand together, sama2 menuju syurga..

Bismillah..



Masih ingatkah kalian,

Di saat kita setuju

Bahawa kita adalah LOGAM terpilih?

Di saat kita percaya

FAQUHU itu lebih utama berbanding FAQIHU?

Di saat kita mengerti

QALBU itu raja bagi jasad

Di saat kita sedar

Tujuan KITA diciptakan?

IBADAH51:56, KHALIFAH2:30

Masih segarkah lagi,

Graf lakaran seorang ukhti?

Di atas graf itu kita sama-sama berlari,

Dari bawah ke atas,

Dari naik ke jatuh

Bangun semula lalu jatuh..jatuh dan jatuh..

Rahsia semalam kita bongkar,

Perjuangan Rasulullah kita hayati,

Semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai,

Pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi,

Penerokaan ilmu berleluasa,

Dari ilmu kedoktoran sehinggalah ke ilmu muzik,

Semuanya milik umat Islam..

Tamadun ISLAM gah menguasai dunia

Seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai,

Itu kenyataan ya ukhti!

Kehilangan Hari ini kita cari,

Pedih hati masih berbekas,

Di saat Monggol memusnahkan segalanya,

Di saat tentera salib mewarisi segala apa yang kita ada.

Turki uthmaniyyah mencuba,

Namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi..

Umat ini kehilangan naungan khilafah

Sultan Abdul Hamid disingkirkan,

Mustafa Kamal At-Tartuk dalang segala-galanya!

Wahai adik, kakak dan sahabat kami,

Jatuh bangun umat ini berliku laluannya,

Lahir kita di era jatuhnya,

Siapa pembela-pembela agama Allah?

Siapa pewaris jiwa Salahuddin Al Ayubi?

Siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh?

Ya Ukhti,

Dirimu kini bernafas sebagai muslim

Atas darah dan perjuangan umat terdahulu

Lantas, adakah kau sanggup berpeluk tubuh

Bangga dengan Islam warisan

Tanpa memahaminya dengan hati

Ingatkah lagi,

Saat kita bersama-sama

Setuju untuk melakukannya,

Memartabat kembali agama ini,

Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam

Ayuh ukhtiku,

Kita genggam tangan semuanya,

Jangan biar ada sesiapa yang tercicir,

Bukankah kita mahu bersama-sama

Melangkah ke syurga sana??


-sense our soul -

salam..

Saturday, January 24, 2009

takut nak baca..

bismillah..

~ Afraid to Read ~

How many words she’s read before,
she’s consumed two thousand books or more.
Musty pulp and glue soundproof her tiny room.
She cannot understand why this book in her hand
fascinates her now so much that she’s almost shy to touch.
“Don’t think about the words it’s just a book
- paper and ink”
She reaffirms, remind herself,
“a book can’t dictate what to think.”

It invites, intrigues her more than others on her shelf
“Is it just another book?”
- she sits questioning herself.

Oh Allah, she’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in her mind
She’ll be obliged to admit,She’ll be obliged to submit
But will she be strong enough to live the truth she finds?
Oh Allah, she’s so afraid to read.

The hall light is always on every night that he is gone.
He hears his mother toss in bed when he slips in at dawn.
In the book case by the stair, he can see it sitting there
like a waiting watchful wise-man scolding him with care.
In the morning will they fight about him being out all night?
Will he resent their gift of love and not admit that they are right?
All he wants is to fit in some place, but must he compromise his faith?

He can’t look himself or his parents in the face.
He takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head
then counts the prayers he’s missed and lays so hopelessly in bed.
Oh Allah, he’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in his mind
He’ll be obliged to admit,
He’ll be obliged to submit
But will he be strong enough to live the truth he finds?
Oh Allah, he’s so afraid to read.

I sent an email to my loved one, just the other day
It’s sad communication has evolved this way.
We use so many words but have so little to relay
as angels scribble down every letter that we say.
All the viral attachments sent and passionate insults we vent
It’s easy to be arrogant behind user passwords we invent.
But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
when we read our accounts, I know, for one, I’ll be afraid.
That day I’ll be so afraid to read,

every harsh word that I’ve spoken - and every time I have lied.
I’ll be obliged to admit,
I’ll be obliged to submit
Will I have strength owning up to each deed I’ve tried to hide?
Oh Allah, I’m so afraid to read.


Masa mula - mula dengar nasyid ni, saya tak dapat tangkap apa maksud setiap ayat yang nak disampaikan, sebabnya masa tu tak de liri nasyid ni lagi.. terfikir2 kenapa budak perempuan dan budak laki dalam nasyid ni takut nak baca..

Ape yang diorang tengah baca??
Kenapa diorang takut nak baca??

satu hari, seorang sahabat saya bagi kat saya lirik nasyid ni..saya cuba teliti setiap ayat yang nak disampaikan.. akhirnya saya dapat!! mengenai satubuku yang selalu manusia lupa.. sedangkan buku tu sentiasa dengan kita kat mana2 je kita berada.. dalam bilik, kat jamiah, kat kedai makan.. pendek kata, buku umpama salah satu anggota badan kita yang kita tak nampak..

itulah buku SIJJIN dan `ILLIYYIN..

" .....! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar2 tersimpan dalam SIJJIN. Dan tahukah engkau apakah itu SIJJIN?. Iaitu kitab yang terisi catatan (amal)" Mutaffifin (7 -9)

".....Sesungguhnya catatan orang - orang yang berbakti benar - benar tersimpan dalam `ILLIYYIN. Dan tahukah engkau apakah `ILLIYYIN itu? (iaitu) kitab yang berisi catatan (amal)" Mutaffifin (18-20)


bayangkan kita sedang duduk sambil membaca buku amalan kita, buku rekod kita..mesti perasaan kita masa tu bercampur baur.. takut, cuak, nak nangis.. sumenye ada..sambil mengira berapa banyak amalan yang boleh kita bawa untuk melayakkan kita ke syurga Allah.. kalau lepas.. leganya sebab selamat dari azab dan siksaan Allah, kalau tak lepas..tak ke syurga, jawabnya ke nerakalah tempatnya..Nauzubillah, Ya Allah jauhkan kami dari tempat ini..

buku tulah yang mencatat semua amalan kita, dari kita baligh sampai masuk ke liang lahad..setiap kata2, perbuatan, ape2 yang kita lihat, yang kita dengar dan semua - semualah yang berkaitan dengan kita sepanjang kita hidup di bumi Allah ni, semua dicatatkan, direkod dan dirakam. tak de satu pun yang tertinggal..

saya ingat lagi masa perjumpaan dengan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaffar, beliau ada memberitahu, ada 10 pakar psychology yang memerhatikan segala gerak geri calon2 angkasawan selama 2 bulan!! semua perkara yang diorang buat, semua dicatatkan.. tapi itu baru 2 bulan.. sedangkan malaikat memerhati dan mencatat setiap tingkah laku kita selama kita hidup sampai ke liang lahad.. Masya-Allah!!

dan semua amalan2 yang tercatat dalam buku tu akan dibentangkan ketika hari kiamat di hadapan seluruh umat manusia sejak zaman Nabi Adam... Ya Allah, kalau kita banyak buat salah.. malunya!! malu dengan Allah, dengan malaikat yang berbaris dengan tegap, dengan manusia2 lain.. itu belum lagi time dibicarakan dan ditanya satu persatu amalan2 yang kita buat..

Ya Allah, kurniakanlah syafaat dan rahmat-Mu.. Hisablah kami dengan hisaban yang mudah..

thanx Ilmi (^_^)

Salam..

Monday, January 19, 2009

exam, imtihan, ujian

bismillah




All the best buat semua yang sedang menghadapi exam final untuk sem 1..
semoga Allah permudahkan kita semua

17/1 - research method
18/1 - pharmacology

19/1 - oral epi
demiology
21/1- prosthodontic
22/1 - oral pathology

24/1 - dental material 2

27/1 - conservative dentistry


" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." Al - Baqarah:286


buat sahabat2,
usaha yang terbaik kerana Allah tahu kita semua mampu untuk melakukannya, dan jangan lupa untuk sandarkan segala usaha kita pada Allah..
Insya-Allah..

"..sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal" ali-imran:159


Bittaufiq wan najah, insya-Allah khair..

salam..

Saturday, January 10, 2009

Fa aslihu baina akhawaikum..

Bismillah...akhlak mulia.. satu perkara yang sangat susah untuk dilahirkan melainkan dengan bg orang2 yang mempunyai hati yang benar2 bersih dan sihat..

berapa ramai dikalangan manusia yang apabila disakiti oleh saudaranya, dia berlapang dada untuk memaafkannya??

berapa ramai dikalangan manusia, apabila keaibannya dibuka, dia memaafkan dan menyembunyikan keaiban saudarannya?

berapa ramai dikalangan manusia yang memelihara kata- katanya supaya tidak mennyinggung perasaan saudaranya??

mungkin perkara2 ini dianggap kecil.. tetapi hakikatnya, perkara - perkara ini yang menjaga perpaduan manusia, mengangkat martabat manusia selaku makhluk terbaik ciptaan-Nya

1- NASIHAT - MENASIHATI

Kata - kat a Saidina Umar apabila beliau dinasihati

" semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan keaibanku"

2-BERLAPANG DADA

` serendah - rendah ukhuwah adalah berlapang dada,
dan setinggi - tinggi ukhuwah adalah ithar`

hebatkan kata- kata Rasulullah ucapkan.. serendah2 ukhuwah adalah berlapang dada.. tapi tengoklah kesannya apabila manusia berlapang dada dengan saudaranya.. sangat2 terasa nikmat berukhuwah dan bersaudara.. hanya Islam sahaja mengajarkan akhlak2 ini kepada manusia.. tapi, kadang2, masih ada dalam hati kita rasa kecik hati, tersinggung dan terasa hati.. hakikatnya benda ini mesti kena buang dari diri... (pesanan untuk saya)

kan lebih baik kalau
"tak pelah, benda kecik je"
"balashlah, tak de ape2 pun"
"kalau berlapang dada dapat pahala"
"buat pening kepala je, lupakan lagi baik"

berlapang dada -->
apabila dia melihat nikmat Allah pada makhluk lain, dia berasa redha dan merasakan anugerah itu adalah kurniaan Allah yang Allah berikan kepada hambanya
Apabila dia melihat kesusahan orang lain, dia berasa sedih dan berharap agar Allah menghilangkan kesusahannya

3- HUSNU DZON


kisah Kaab bin Malik
setelah sampai ke Tabuk, Rasulullah duduk di tengah-tengah kaum muslimin, kemudian beliau menanyakan pertanyaan

"Kaab bin Malik sedang buat apa?"

Lalu seorang lelaki dari Bani Salamah menjawab:

"Ya Rasulullah, dia tidak datang kerana sayangkan selimutnya.

Muaz bin Jabal berkata kpd lelaki dari Bani Salamah:

"kata-kata kamu sunggu jahat sekali, demi Allah ya Rasulullah, setahu kami Kaab adalah orang yang baik"

Betapa Husnu Dzonnya Muaz terhadap sahabatnya , walaupun sebenarnya Kaab tidak ke Tabuk untuk mengikuti peperangan bersama Rasulullah kerana bertangguh dan sayangkan kebunnya.
(Akhirnya taubat Kaab diterima Allah setelah dipulau selama 50 hari)

4- MENGHARAPKAN SUPAYA SAUDARA KITA BEROLEH KEBAIKAN

dari Anas bin Malik
- ketika itu para sahabat sedang berada di dalam majlis ilmu bersama - sama Rasulullah. kemudian Rasulullah menunjukkan kepada para sahabat yang baru selesai mengambil wuduk
Rasulullah bersabda " lelaki itu adalah ahli syurga"
para sahabat melihat lelaki tersebut.
keesokan harinya, Rasulullah mengulangi kata2 tersebut
sehinggalah pada hari ke -3, Rasulullah masih mengulangi kata - kata yang sama pada lelaki tersebut

Abdullah bin Umar berasa tercabar kerana Rasulullah telah mengiktiraf lelaki tersebur sebagai ahli syurga.. akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melihat sendiri rahsia lelaki tersebut sehingga menyebabkan lelaki itu disebut oleh Rasulullah sebagai salah seorang ahli syurga.
setelah 3 hari duduk bersama lelaki tersebut, akhirnya beliau bertanya kepadanya:

" wahai saudara ku, sesungguhnya aku telah diberitahu oleh Rasulullah bahawa engkau adalah syurga, tetapi sepanjang 3 hari aku duduk bersama engkau, aku tidak pernah melihat engkau beribadah sepanjang malam, apakah amalan engkau sehingga menyebabkan engkau dijamin oleh Rasulullah sebagai ahli syurga?"

jawab lelaki itu
"
" sebenarnya perkara yang menjadi amalanku adalah, apabila aku tersedar dari tidur, aku akan terus berzikir sehingga subuh, aku tidak pernah ada rasa dengki pada muslim lain dan aku tidak ada perasaan hasad dengan apa yang Allah berikan pada orang lain"

hebatkan lelaki ni, akhlak dia mulia menyebabkan dia dijamin oleh Rasulullah untuk ke syurga.

Kita??
dengan hati yang tidak bersih
kurang nilai2 Islan dalam diri
masih berkira2 untuk melakukan sesuatu ibadah

jom same2 kita mengislahkan diri supaya menjadi individu Muslim yang lebih baik.. insya-Allah

Ya Allah, bantulah kami mengamalkan perintah - perintahMu supaya kami tergolong dalam hamba2 Mu yang beroleh Syurga..

salam..

Wednesday, January 7, 2009

Kena Rendam.. tapi stage 1..

Bismillah..

Qunut Nazilah mengingatkan saya macam mana mula - mula saya hafal doa ini. Doa ni saya mula hafal masa saya tingkatan 3. Masa tu ada program syabab & fatayat untuk pelajar2 tingkatan 3 kat ulu yam.. bila dah kena pergi perkhemahan uji cekap form 3, dalam kepala dah terfikir2 mesti banyak denda2 yang akan dikenakan sepanjang perkhemahan ni dijalankan, dah naik form 3 lagi banyak denda2 yang best2 akan kita kena.

sampai je kat ulu yam, kakak fasi (terdiri dari wakil2 form 4 dan form 5) dah bagi taklifan.. taklifannya adalah:

1- hafal qunut nazilah
2-hafal al-mulk ( alhamdulillah, masa tu saya dah hafal)
3- kena jaga `kawan baru` (pasal kawan baru ni, saya akan cerita kat lain entry, insya-Allah)


kembali balik kepada taklifan pertama, seperti biasa, bila sampai masa untuk tasmik.. rupa2nya2 ramai lagi tak hafal.. maka dendaanya.. hafal qunut nazilah sambil kena rendam dalam sungai dalam keadaan hari tengah hujan, mengigil - gigil hafal qunut nazilah.. selagi tak hafal tak boleh naik.. best2 (^_^), seronoknye time ni..

alhamdulillah, qunut nazilah saya ingat sampai sekarang, terima kasih kat akak2 fasi, walaupun garang tapi sebenarnya untuk kebaikan kita juga..

kakak fasi yang masih dekat dengan saya, kak marwah saari (^_^)

amalkanlah qunut nazilah pada setiap solat fardhu, doakan sahabat2 kita(di GAZA, PALESTIN, IRAQ, KASHMIR, AFGHANISTAN dan lain2) yang sedang diuji oleh Allah dengan serangan- serangan pihak Kuffar.. Hancur2 Kuffar.. ALLAHU AKBAR!!!

salam..

Friday, January 2, 2009

Hati - Hati..

Bismillah...

Hujung bulan 12 ni, terlalu banyak cuti..

1- 9 hari cuti raya Haji
2- Cuti Krismas
3- Cuti awal Muharram
4- Cuti tahun Baru

Banyakkan..Bagi saya cuti satu ujian, ujian yang Allah berikan dalam bentuk kerehatan..
sebabnya, bila kita cuti, perjalanan hidup seharian kita kena rancang dari hari2 sebelum cuti, kalau tak , nanti rugi. tapi kadang2 perancangan yang dirancang tak menjadi.. susah untuk disiplinkan diri bila cuti. mungkin dah terset dalam kepala bila cuti nak rehat, tapi sebenarnya itu tak bermaksud kita berehat dari tidak melakukan ape2..

masa cuti nilah sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya.. masa2 itu hanya datang sekali dan tidak akan kembali..

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Al - asr :1-3)

Ape - ape pun, segala puji bagi Allah yang selalu membantu diri yang lemah ini, waktu cuti2 nilah, datang kerja- kerja yang perlu diselesaikan dan dilaksanakan.. walaupun kadang2 rasa penat, tapi sebenarnya diri ni rasa sangat2 puas hati bila masa kita terisi dengan kerja2 yang bermanfaat dan berfaedah.. bukan sahaja manfaat pada diri sendiri, tetapi untuk orang lain juga (^_^)

Mungkin dah terbiasa dari kecil, kalau hari cuti mesti kena buat kerja2 kat rumah. kalau zaman2 sekolah pula, hampir setiap minggu sekolah akan ada program, ada camping, tamrin, katibah, program syabab& fatayat.. so, bila time cuti.. rasa kosongnya time tu..

Formula Amru Khalid-- Pemuda + Masa Lapang= Maksiat

Alhamdulillah. rasa bersyukur sangat2 pada Allah Taala sebab membantu diri ini untuk sentiasa bergerak dan terus bekerja (^^,) thanx to Allah..

lastly -- BERHATI - HATI DENGAN MASA LAPANG--


"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmu tempat kamu berharap" (al- Insyirah 7 - 8)

SELAMAT BERUSAHA!!!!

Salam-