Pages

Saturday, July 3, 2010

gigit jari

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w..

"sesiapa yang tidak mnyertai mereka, pasti 'kecewa habis' sebagaimana Zuljausyhan al - Dhababi r.a.."
(langkah bermula )

kenal tak Zuljaushan al - Dhababi r.a??
beliau memeluk Islam selepas pembukaan Fathul Mekah..

Rasulullah pernah mengajaknya kepada Islam selepas peperangan Badar.
Baginda bersabda:
" Tidak mahukah kamu menjadi salah seorang pelopor dalam kerja itu? (kerja menaikkan Islam)"

Dia menjawab:
"Tidak mahu"

Baginda bersabda:
" Apakah yang manahan kamu?"

Dia menjawad:
"Aku telah melihat kaummu mendustakan, mengusir dan memerangi kamu. Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku akan berimanlah.. dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkanmu, aku tidak akan mengikutmu"

Setelah beliau Islam, dia sentiasa kecewa dan menyesal kerana tidak segera masuk Islam ketika diajak oleh Rasulullah s.a.w..

bila hidayah sudah datang, bersegeralah menerimanya..
supaya kita tak termasuk orang yang 'mengigit jari' di kemudian hari ketika ALLAH memberi kemenangan kepada Islam..

salam.

0 comments: