Pages

Friday, July 30, 2010

'Asim, Khubaib dan Zaid

bismillah

alhamdulillah, segala pujian buat al - Khaliq
selawat buat kecintaan, Muhammad s.a.w

semalam baca buku..
Tragedi Yaum Al - Raji' yang sangat sedih..
satu kumpulan 'core' yang diutus oleh Rasulullah,
dibunuh ketika perjalanan utk bertemu qabilah 'Adhal dan Al-Qarah..
perjalanan mereka semata - semata untuk menyampaikan risalah..

antara sahabat baginda join misi ini:
- 'Asim bin Thabit (ketua)
-Murthid bin Murthid
-Khalid bin Al - Bakir
-Khubaib bin 'Adi
-ZAid bin Adduthanah

sampai di kawasan Banu Lehyan..
group ini dah dikepung..
ada 100 pemanah2 handal dari Bani Leyhan yang mengepung mereka..
akhirnya,
'Asim dan 7 orang dibunuh oleh mereka.
tinggallah 3 orang yang terselamat
Khubaib bin 'Adi
Zaid bin Adduthanah
dan seorang lelaki...

mereka dibawa keMekah,
dengan keadaan mereka diikat dengan tali peluntar panah..
seorang lelaki itu diseret dan akhirnya mereka membunuhnya..
yang tinggal,
hanya Khubaib dan ZAid..

tiba di mekah, Bani Al - Harith telah membeli Khubaib dan Sufiyyan bin Umayyah membeli Zaid..
kenapa diorang beli Khubaib dan Zaid??
sebab nak Khubaib dah bunuh Al - Harith dalam perang Badar..
jadinya, nilah peluang Bani Al - Harith nak bunuh Khubaib balik..

Khubaib didalam tawanan Bani Al - Harith,
bersedia untuk dibunuh..
sebelum dibunuh,
Khubaib minta pisau cukur dari anak perempuan Al - Harith,
untuk berkemas2 diri sebelum dibunuh pada esok hari..
sambil pisau cukur di tangan, tiba-tiba cucu kecil Al - Harith datang ke Khubaib..
anak perempuan Al - Harith dah cuak,
takut2 Khubaib akan guna pisau cukur tadi untuk membunuh budak kecik tu, atau menangkap budak kecik tadi untuk dijadikan tebusan untuk membebaskan diri..

lalu Khubaib pun berkata pada anak perempuan Al - Harith;
"Kamu takut aku membunuhnya? Percayalah padaku, aku tidak akan berbuat demikian, Insya-Allah"

maka perempuan tadi pun berkata:
"Aku belum pernah melihat tawanan yang lebih baik dari Khubaib"

esoknya,
Bani AL - Harith bersiap sedia untuk membunuhnya..
Khubaib pun cakap:
"Izinkan aku untuk solat sunat 2 rakaat"
selepas solat sunat 2 rakaat, Khubaib kembali kepada mereka..
kemudian Khubaib berkata lagi:
"kalau kamu tidak menyangka aku ni takut dan gerun untuk mati, nescaya aku sembahyang lebih dari tu"

kata - kata Khubaib R.A sebelum dibunuh:
"Sekiranya Allah mengkehendaki berkat,
Pada anggotaku yang hancur lumat,
Persetan tubuhku dibunuh mati,
Untuk Allahlah kematianku pasti"

akhirnya,
Khubaib dibunuh..
Uqbah bin Al - Harith mengelar anggotanya satu persatu..

ya Allah,
aku teringat sabda nabiMu pada Khabab bin Arad..

Zaid pula dibeli oleh Suffiyan bin Umayyah..
ketika Zaid dibawa keluar untuk dibunuh, Suffiyan menyoalnya.
"Demi Allah, cuba kau sebut wahai Zaid, kamu nak atau tak nak Muhammad itu s.a.w itu menggantikan tempat kau dan kau selamat. Kami pancung lehernya dan kau balik dengan selamat menemui keluarga kau."
Jawab Zaid:
"Wallahi, demi Allah aku tidak rela Muhammad s.a.w itu sekarang berada ditempatnya ditikam sebilah duri pun yang boleh menyakitinya sedangkan aku ini duduk bersama - sama keluargaku"
Kata Suffiyan:
"Aku tidak melihat seorang pun dari manusia ramai mencintai seorang yang lain sebagaimana sahabat Muhammad mencintai Muhammad"

salam.

4 comments:

.n.a.k. said...

kak nebulae,
masyaAllah hebatnya mereka

susah nak jd kuat mcm mrk
tersentuh dgn persiapan khubaib sblm beliau dibunuh
tym kite sangka hari tu hari kiamat
terketar-ketar..
tak mcm khubaib yg tenang..

mereka betol2 hebat

.n.a.k. said...

kak mai baca buku tu arab ke melayu?? nak baca jugak...

mayo said...
This comment has been removed by the author.
mayo said...

buku yang arab ada, buku yang melayu pun ada..

buku arab boleh dapat kat maktabah nur islami..

rajen2 baca buku sementara umur masih muda macam kamu..

(^_^)