Pages

Sunday, February 21, 2010

tunaikan janji..

bismillah..

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w...

emmm..

ingat tak ayat2 ni??

Orang yang Ikhlas tapi Tak Faham, maka dia akan menyebabkan Diri dia dan Orang Lain Rugi
(dahlah dia salah, pastu dia pun menyebabkan orang lain salah, dua2 pihak rugi)

TAPI

Orang yang Faham tapi tak Ikhlas, maka Dia Sahaje yang Rugi..
(Orang lain dapat manfaat dari dia, tapi dia sorang je yang rugi sebab dapat penat dan tak dapat ape2 dari Allah)


dah lama saya dah janji pada dia.
tapi tak tulis2 kat blog ni..

dia cadangan saya untuk terangkan kenapa faham lebih penting dari ikhlas..

saya sharekan contoh yang saya bagi pada n.a.k


contoh org ikhlas tapi tak paham

dialog org RED dan GREEN

RED: Tolong ajarkan biology, saya tak faham ni.., esok dah nak exam

GREEN:Owh, meh sini saya ajarkan

maka dengan hati yang Ikhlas kerana Allah dan niatnya yang tulus untuk membantu RED, GREEN pun mengajar RED, padahal GREEN pun Tak Faham sangat pun biology tu ape..

menjelang hari exam, RED pun menjawab soklan2 exam dengan yakinya mengikut kefahaman yang telah dia faham dari GREEN

butang proceed ditekan..
markah pun keluar : 1/40

RED :Aik, kenapa jadi cam ni??

RED pun gi jumpa GREEN

RED: kenapa semua soalan yang dijawab salah??

GREEN: owh, sebenarnya saya tak faham pun biology tu ape, tapi sebab semalam awak nampak macam depress sangat, saya pun tolong.. saya ikhlas ni..

Maka RED pun rasa sangat2 rugi kerana bertanya pada GREEN yang tak faham..

(^_^)

memang betul IKHLAS tu penting..

tapi.. nak Ikhlas pun kena Faham dulu kan Ikhlas tu ape..
betul tak??

Salam..

2 comments:

Siti Umairah said...

salam kak mae..saya nak baca..tp x sempat..nk kena klua umah skrg..so,letak comment je dulu..haha
salam lawatan =]

mayo said...

salam um..

ok, nanti dah balik bacala ye.. (^_^)
hati2 bila berjalan kat luar..

jap gi akak g melawat blog um pulak..

=)