Pages

Friday, December 25, 2009

takkan kalah??

bismillah..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Rabb sekalian alam.. selawat dan salam buat kecintaan kita, Muhammad s.a.w..

12,000 orang bukanlah bilangan yang sedikit.. malah ia bilangan tentera Islam yang terbanyak dan berlaku selepas Fathul Mekkah..

On the way perjalanan ke Hunain, Baginda terdengar suara - suara kecil dikalangan tenteranya:

"Di Hari ini, kita takkan kalah"

Rasulullah mula bimbang dengan adanya kata - kata seperti itu, kerana kebongkakan dan ke`ujuban yang masih wujud di hati2 tenteranya .. akan menjadi hijab yang menghalang pertolonganNya..

Pada malamnya, dengan izin Ilahi, ujian tiba menguji hati2 mereka.
serangan hendap berlaku, tentera kucar - kacir akibat serangan bertubi - tubi.. panah2 menghujani mereka seperti lebatnya hujan membasahi bumi..

hati mula berbelah bahagi.. niat untuk meninggalkan medan sudah tersemat di hati..

licik juga taktik malik bin Auf.. ( ketua musyrikin)

inilah proses tapisan untuk menguji hamba - hambanya yang jujur..

orang yang kuat imannya akan kekal berama - sama baginda, dan yang lemah imannya , terus lintang pukang melarikan diri..
dengan serangan hendap ini, nabi diperlihatkan orang - orang yang masih setia membantunya

terus Baginda melaungkan..

"Wahai kalian, ayuh ke sini, aku adalah Rasulullah, aku Muhammad bin Abdullah!!"

ketika ini, hanya sebahagian kaum muhajirin dan keluarga baginda yang masih setia..

Al - Abbas melaungkan kepada semua sahabat:

" Mana dia sahabat yang setia??"

mendengar laungan tersebut, mereka menyahut:

Ya Rasulullah, Ya Rasulullah..

Mereka bersegera ke sana memenuhi laungan pak cik baginda.. Akibat suasana yang terlalu sesak, ada diantara mereka yang meninggalkan tunggangan masing - masing, dan terus meluru ke suara tersebut..

maka terkumpullah 100 orang yang masih setia..


100 orang sulbah melepasi tapisan ini dari 12 000 orang -- Subhanallah--

Dari bilangan ini, mereka berseteru dan bertembung dengan pihak jahiliyah yang jumlanya berkali - kali ganda..

Laungan kedua bergema ke langit, kali ini khas ditujukan buat golongan ansar..

saringan kedua berlaku.. untukAllah menapis siapakah dikalangan ansar pula yang jujur dengan risalah ini..

sulbah Muhajirin + sulbah Ansar = kemenangan di Hunain

dan ingatlah peperangan Hunain iaitu ketika kamu menjadi bongkak kerana banyakknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu berlari ke belakang dengan bercerai - berai Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang - orang beriman dan Alah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang - orang kafir dan demikian pembalasan kepada orang - orang kafir.
( At - Taubah : 25 - 26)

Ok, dah habis cerita.. lepas tu??

Jom ambil pengajaran yang boleh diamal (^_^)

1- Hati - hati dengn penyakit hati.. kadang2 kita tak perasan bila perasaan mazmumah sudah menyelubungi hati, kadang2 bersangka buruk dengan orang, membenci orang, ujub, riak, bongkak, takabbur, dan sebagainya.. kerana hati yang tidak sejahtera menghalang pertolongan dan keberkatan dari-Nya

teringat kata - kata seseorang:
'kalau kita marah ke, tgh mengumpat orang ke, orang boleh nampak, masih ada peluang untuk orang tegur.. tapi kalau penyakit hati, tgh kat dalam sleeping bag pun boleh benci dan bersangka buruk pada orang, dah dapat dosa"

2-buat pembawa agama ( cam ayat ayyash pula)..hari2 yang kita jalani sebagai proses saringan dari Allah kepada hambaNya..
p/s : sila ingat balik cerita khabab yang disalai, cerita ghulam dakwah..(^_^)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah Beriman," dan mereka tidak diuji?? dan sungguh, Kami telah menguji orang - orang sebelum mereka, maka Allah Pasti Mengetahui orang - orang yang benar dan mengetahui orang - orang yang berdusta.
(al - ankabut:2-3)

banyak2 kan berdoa.. kerana semua hati - hati ditanganNya..

p/s: buat Ezzah Al - Islam, insya-Allah, akan akak cuba penuhi permintaan dari commentmu kat entry lepas..

salam..

4 comments:

atiqahmki said...

salam kak mae!
sukenye entry niiii. barakallahufeek.

mayo said...

jazakillah atiqah.. anti kat toronto kan?? gi tak FIS??

ayyash said...

salam alaik k.mae..

jazakillah atas sgla tnjk ajar smpi saat nih..fuhh, mesti penat akk!!
takut pn ada nk menghadapi proses2 filtration Allah ke atas hamba2Nya, mne yg dirasakan layak utk tros bersusah2 dlm kafilah dagang ni, Dia sahaja yg Maha Tahu disebalik segala usaha dan kerje keras hamba2Nya nih..


barakallahulaki..

'Ezzah Al-Islam said...

huhu.. baru bc entri ni..
errmm.. ayyash dapat nama pejuang agama. [jealous] haha..[saja mengada]

best2, nak kena wat entri sirah cam kak mae gak la.. bersemgt sket.. baru tak lupa fiqh seerah baca berjam2 tu.. hihi..