Pages

Thursday, December 17, 2009

HaDiah

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan seklaian alam, selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad s.a.w,..

Selama Datang ke Tahun 1431H,
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur mengizinkan kita untuk bertemu dengan tahun 1431H, masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan2 yang lalu sebelum dipanggil mengadapNya..

entry kali ni nak share satu ayat (Hadiah yang saya dapat di tahun baru.. (^_^)y)

Orang yang Ikhlas tapi Tak Faham, maka dia akan menyebabkan Diri Dia dan Orang Lain Rugi
(sebab dia dah menyebabkan orang lain tersalah)

TAPI


Orang yang Faham tapi tak Ikhlas, maka Dia Sahaje yang Rugi..
(Orang lain dapat manfaat dari dia, tapi dia sorang je yang rugi sebab dapat penat dan tak dapat ape2 dari Allah)


"Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan lain), Dan kepada Tuhanmu tempat engkau berharap"

(Al- Insyirah- 7 - 8)
salam..
\

5 comments:

syued said...

salam tahun baru hijriah MAE!!!

semoga impian menjadi kenyataan hehe...

suka dgr asmau husna yg kat blog MAE ni..
menarik!... sp penyanyi dia?
jaga diri mae..
tlg doakan syued ...final sm start from 20hb ni.

.n.a.k. said...

Salam..kak mai..
bg contoh situasi utk Org yg ikhlas tp x faham..

hehe
Salam maal hijrah

mayo said...

to syued: Allah yubarik fik my dear syued..

Allah yu3in (Semoga Allah membantu syued)
(^_^)

to n.a.k:
contoh org ikhlas tapi tak paham

dialog org A dan B

A: Tolong ajarkan biology, saya tak faham, esok dah nak exam

B:Owh, meh sini saya ajarkan

maka dengan hati yang Ikhlas kerana Allah dan niatnya yang tulus untuk bantu A, dia mengajar A, padahal B pun Tak Faham sangat pun biology tu ape..

menjelang hari exam, A pun menjawab soklan2 exam dengan yakinya mengikut kefahaman yang telah dia faham dari B

butang proceed ditekan..
markah pun keluar : 1/40

A :Aik, kenapa jadi cam ni??

A pun gi jumpa B

A: kenapa semua soalan yang dijawab salah??

B:owh, sebenarnya saya tak faham pun bio tu ape, tapi sebab awak nampak macam depress sangat, saya pun tolong.. saya ikhlas ni..

Maka A pun rasa sangat2 rugi kerana bertanya pada B yang tak faham..

ok ke contoh ni n.a.k??
(^_^)

mayo said...
This comment has been removed by the author.
'Ezzah Al-Islam said...

Hoho.. faham2..
menarik2..

kak mae, sy cdgkan akak tmbh contoh kat atas ni kat entri supaya org ble baca.. baru zouk lagi..

nak hadiah camni gak..

buat sesapa yg bagi kak mae hadiah ni, iz nak gak hadiah camni.. hihi..bg eh..hihi