Pages

Wednesday, September 9, 2009

--> on the way --> (part 2)

bismillah..

insya-Allah sambung part 2 pulak..

Persediaan batin dan Jiwa
ada 4 perkara yang dinyatakan oleh Imam Ghazali

1st
Bersihkan diri daripada
a-kebencian terhadap saudara seIslam
b- hindari bid`ah
c- kurangkan kebimbangan terhadap kehidupan dunia,
kerana kesannya akan menyebabkan hati terasa berat untuk bangun malam dan akan datang menganggu di waktu solat

2nd
Hiasi diri dengan sifat taqwa
kerana apabila hati hangat mengingati kedahsyatan hari kiamat, perasaan takut dan gerun dengan azab api neraka, dengan mudah ia akan terdorong untuk bangkit dari tidur dan bangun untuk mengerjakan qiamulail..

3rd
Mengetahui kelebihan2 dan keutamaan qiamulail serta ganjaran dan kedudukan di sisi Allah bagi orang yang melakukannya dan berazam untuk melakukannya

4th
Menghidupkan rasa cinta kepada Allah
Hati akan merindui qiamulail, merindui detik2 pertemuan denganNya.
sesungguhnya Allah lebih mengetahui penyakit2 hati dan keburukan hati.. maka pohonlah ampun daripada-Nya.


Ulama` Fudhail bin Iyadh berkata: "Apabila matahari telah terbenam, aku merasa sangat gembira kerana di dalam kegelapannya aku dapat bersama - sama Tuhanku, apabila matahari terbit semula, aku merasa sedih kerana manusia akan mencampuri urusanku pula"

Seorang ulama berkata: "kegembiraan yang dirasa oleh seorang `abid semasa munajatnya kepada Allah di malam hari boleh diibaratkan sepetri kegembiraan seorang hamba di syurga kelak"

Hassan al - basri pernah ditanya: "mengapa orang2 yang qiam, lebih berseri - seri dari yang tidak qiam?" jawabnya: "sebab mereka bangun malam dan bersama- sama dengan Allah dan menceduk Nur dari-Nya"

alhamdulillah, dah selesaikan part 2..
jom same2 kita amalkan..

semoga Allah pertemukan hamba2-Nya yang ikhlas dengan Lailatul qadr..

Jazakillah 'mak cik'

salam

1 comments:

nsmujahidahnmnor said...

suke quote2 tu..

thankss mae atas perkongsian .. :)