Pages

Friday, September 25, 2009

1 - 1= 0

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..
dan alhamdulillah.. dah selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yang lain di bulan Ramadhan dan meraikan Syawal di bumi Irbid (^____^)..

hari ke-2 syawal baru dapat call malaysia untuk bercakap dengan keluarga..
2 berita gembira yg saya terima..

first= Alhamdulillah mak cik saya selamat melahirkan anak perempuan..

second= hampir 3 bulan pak ngah saya berada di hospital PPUM, dan masa saya call umi, umi kata pak ngah makin sihat dan kata doktor minggu depan akan dibenarkan pulang untuk di jaga di rumah.. alhamdulillah

cerita pasal baby pak cik ubai + mak cik..


-- sebelum ni, pak cik ubai ada 3 cahaya mata.. setelah di'scan' baby yang ke-4.. doktor mengesahkan baby girl.. nama anak 2 pak cik yang dah sedia wujud:
1st-Rafiqah (darjah 2)
2nd-Harith Al - Hasibi (lebih kurang 5 tahun)
3rd-Taqiyuddin As - Subki (lebih kurang 3 tahun)
p/s: pak cik.. mae tak ingat sangat umur anak2 pak cik secara tepatnya.. ni anggaran mae berdasarkan saiz badan anak pak cik.. yang penting lagi 2 orang tu belum sekolah.. heee

so, pak cik pun tanyalah anak2 dia
pak cik: nak bagi nama ape kat adik??
taqi : SARAH
pak cik: tak nak lah, kita bagi nama lain (saje je nak usik taqi)
taqi: tak nak.. nak SARAH juga!!!

maka.. sape2 yang sebut selain nama SARAH di hadapan taqi.. mesti dia akan mengamuk sebab tak suka nama selain SARAH.. (adeh, budak2 pun dah tahu nama ape yang dia suka)

selepas baby selamat dilahirkan..agak lama juga pak cik tak daftarkan nama kat balai polis..
setelah difikir2 nama yang sesuai dan memikirkan keadaan taqi yang akan mengamuk kalau nama adik dia bukan SARAH.. maka pak cik pun tuliskan atas surat beranak nama adik taqi
MAISARAH BINTI UBAIDILLAH..

umi: sape nama baby??
pak cik: maisarah
umi: laaaa.. dah tak de nama lain ke??
pak cik: kalau tak de nama SARAH, nanti taqi mengamuk..
umi: oklah tu yang penting ada bunyi SARAH..

comellah taqi ni.. berjaya menguasai ayahnye... (^_____________^)--good boy--

masa raya ke -3, tengah best2 raya kat umah kak nik.. dapat message dari umi:
salam, umi nak bagitau pak ngah dah meninggal dunia. Doakan semoga rohnya di rahmati Allah dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

semalam sempat ym dengan adik(amin).. katanya, dia, abah dan pak cik bantu untuk menguruskan jenazah pak ngah.. alhamdulillah.. proses nak keluarkan jenazah dari hospital berjalan lancar..
dan amin kata abah paling terharu ketika memandikan jenazah pak ngah.. abah kata.. sebelum2 ni banyak juga jenazah yang pernah abah mandikan, tapi belum ada jenazah yang jasadnya lembut selembut jasad pak ngah.. mudah untuk diuruskan.. dan banyak juga urusan2 jenazah pak ngah yang lain dapat diselesaikan dengan mudah..

daripada Sahl bin sa`ad, daripada Rasulullah s.a.w:
'sesungguhnya semua amalan itu dengan penutupnya'
(riwayat bukhari)

semoga Allah tempatkan pak ngah di kalangan para solihin dan terus memberi ketabahan dan kesabaran pada mak ngah..
semoga segala pengorbanan mak ngah diganjari oleh Allah dan menjadi isteri solehah buat pak ngah..

al-fatihah..

salam..

Friday, September 11, 2009

??? awak suke ape???

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah,yang masih memberi pada hamba2nya rezeki dan nikmat, sekalipun hamba2Nya selalu melupakanNya..

selalu tak tanya hobi orang lain??
selalunya diorang cakap apa?

jawapan yang selalu saya terima dari orang2 melayu..
"saya suka surf internet"
"saya suka tido..zzzzzzzz"
"saya suka main"
"saya suka chating"
"saya suka tgk TV"

dan selalunya akan diakhiri
"tapi saya TAK SUKA BACA sangat.. kalau baca pun saya suka baca novel dan yang seangkatan dengannya"

ergggh..terasa seperti lemah semangat bila mendengar hobi2 ni..

pernah satu hari saya bertaaruf dengan seorang junior..

saya: hobi awak ape??
dia : saya suka baca buku.. sangat suka baca buku.. bagilah buku ape pun, saya akan baca..
(dengan semangatnya dia menjawab)

pastu dia cerita pada saya..

dia: saya ingat lagi masa saya sekolah dulu.. ada cikgu india ni ajar saya, pastu dia cakap pada saya..
cikgu: awak tahu, ada satu perkara yang saya setuju dengan agama awak.
dia : apa dia cikgu??
cikgu : agama awak suruh penganutnya MEMBACA!!subhanallah.. org india pun menghargai suruhan Allah kepada orang Islam.. tapi orang Islam sekarang tidak terasa dengan pukulan ayat2 Allah yang ditujukan kepadanya..

carilah mana2 bangsa2 yang berjaya.. (JAPAN, USA, ISRAEL, EUROPE)
rakyat tidak akan menbuang masa dengan perkara yang sia-sia..
mereka akan terus membaca dan membaca...

kita selalu berbangga dengan kejayaan bangsa lain.. tanpa cuba untuk diserapkan nilai2 dan pengajaran disebalik kejayaan sesuatu bangsa..

ingat peristiwa ini:
(ini secara matannya, tapi tak lah sebijik2 same cam dalam buku tu)

apabila Israel hendak mem'publish'kan rancangan jahatnya kepada negara2 arab dan palestin di dalam surat khabar..

org A : kenapa perlu kita bagitau rancangan kita di dalam surat khabar, kerana rancangan ini
akan diketahui oleh orang2 arab(Orang Islam)..

Moshe dayan:(dengan bangganya dia menjawab)
tenanglah.. sesungguhnya orang2 arab(ORANG ISLAM) tidak akan membaca' rancangan ini, kerana mereka TIDAK SUKA dan MALAS MEMBACA

Moshe Dayan
pernah menjadi Menteri Luar Israel dan Menteri Pertahanan Israel

salam.

Wednesday, September 9, 2009

--> on the way --> (part 2)

bismillah..

insya-Allah sambung part 2 pulak..

Persediaan batin dan Jiwa
ada 4 perkara yang dinyatakan oleh Imam Ghazali

1st
Bersihkan diri daripada
a-kebencian terhadap saudara seIslam
b- hindari bid`ah
c- kurangkan kebimbangan terhadap kehidupan dunia,
kerana kesannya akan menyebabkan hati terasa berat untuk bangun malam dan akan datang menganggu di waktu solat

2nd
Hiasi diri dengan sifat taqwa
kerana apabila hati hangat mengingati kedahsyatan hari kiamat, perasaan takut dan gerun dengan azab api neraka, dengan mudah ia akan terdorong untuk bangkit dari tidur dan bangun untuk mengerjakan qiamulail..

3rd
Mengetahui kelebihan2 dan keutamaan qiamulail serta ganjaran dan kedudukan di sisi Allah bagi orang yang melakukannya dan berazam untuk melakukannya

4th
Menghidupkan rasa cinta kepada Allah
Hati akan merindui qiamulail, merindui detik2 pertemuan denganNya.
sesungguhnya Allah lebih mengetahui penyakit2 hati dan keburukan hati.. maka pohonlah ampun daripada-Nya.


Ulama` Fudhail bin Iyadh berkata: "Apabila matahari telah terbenam, aku merasa sangat gembira kerana di dalam kegelapannya aku dapat bersama - sama Tuhanku, apabila matahari terbit semula, aku merasa sedih kerana manusia akan mencampuri urusanku pula"

Seorang ulama berkata: "kegembiraan yang dirasa oleh seorang `abid semasa munajatnya kepada Allah di malam hari boleh diibaratkan sepetri kegembiraan seorang hamba di syurga kelak"

Hassan al - basri pernah ditanya: "mengapa orang2 yang qiam, lebih berseri - seri dari yang tidak qiam?" jawabnya: "sebab mereka bangun malam dan bersama- sama dengan Allah dan menceduk Nur dari-Nya"

alhamdulillah, dah selesaikan part 2..
jom same2 kita amalkan..

semoga Allah pertemukan hamba2-Nya yang ikhlas dengan Lailatul qadr..

Jazakillah 'mak cik'

salam

Tuesday, September 8, 2009

--> on the way --> (part 1)

bismillah..

alhamdulillah.. segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam..
semalam saya menbaca bahan yang menarik..
mengenai persiapan untuk mencari lailatul qadr..
kerana teruja dengan pen'detail'an dan ayat2 yang disampaikan.. makanya, saya nak berkongsi dengan org2 yang membaca.. semoga bermanfaat (^_^)

perjalanan manusia di bulan Ramadhan hampir tiba ke garisan 10 malam terakhir.. maka, proses pencarian Lailatul Qadr semakin giat dijalankan..


part 1 : persedian zahiriah
( ada 4 perkara)

dalam Ihya-Ulumuddin

1st
kurangkan makan dan minum
(kerana ia akan menyebabkan mengantuk dan banyak tido..zzzzzzzzzzzzzzz)
seorang ahli sufi menasihati muridnya:
"Wahai muridku, janganlah kamu makan berlebihan, jika kamu berbuat begitu, ia akan menambah tidurmu dan kamu akan menyesali ketika maut tiba..


2nd
tidak melakukan kerja2 yang terlalu berat
( bukan bermaksud tidak berkeje keras)
tapi.. sekarang ni sume tgh cuti (except 6th year), maka faham2 jelah tahap kepenatan anda macam mane..
tak bermaksud kena me"rehat"kan diri sepanjang hari...


3rd
melakukan QAILULLAH
(tidur kejap di waktu siang)
-terutamanya sebelum zohor..
Qailullah sebagai amal sunnah untuk melakukan qiam di waktu malam

4th
tidak melakukan dosa disiang hari kerana dosa dapat mengeraskan hati dan menyekat rahmat Allah
Sufyan At - Thauri berkata:
"Oleh kerana satu dosa sahaja, aku telah tertahan daripada mengerjakan sembahyang selama 5 bulan"
beliau ditanya:
"dosa apakah itu??"
Jawabnya:
"Aku berburuk sangka apabila melihat seorang menangis sambil berkata": "beliau melakukan ini kerana menunjuk - nunjuk"


kalau bersangka buruk sudah dapat menahan seseorang dari mendapat rahmat Allah, apatah lagi dosa yang lebih besar dari ini.. Nauzubillah..

Syeikh Abdul Hamid Al - Kesyk dalam bukunya 'Warathatul Firdaus' menyarankan supaya tidur dalam keadaan bersuci (thaharah) agar tidur itu diberkati Allah, maka dengan mudah kita akan terjaga dari tidur untuk mengerjakan ibadah kepadaNya..

semoga Allah ketemukan hamba2-Nya yang Ikhlas dengan Lailatul Qadr..

jazakillah 'mak cik' (^_________^)

salam...