Pages

Monday, May 4, 2009

--angin--(@_@)

Bismillah..

Alhamdulillah.. segala puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam..
hari ni Allah masih izinkan saya untuk hidup..



semalam,
Angin sangat kuat..bukan angin kosong je.. tapi bersama butiran2 pasir halus.. rasa macam ribut pasir..
saya mengambil keputusan untuk turun di mustasyfa, sebab lagi dekat dengan middle hall..
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan saya merentasi jambatan menuju ke mustasyfa..saya masih boleh bertahan untuk berjalan, cuma kadang2 terasa sesak nafas sikit sebab tengah jalan laju sambil tu nak bernafas dengan keadaan yang sangat kuat..

alhamdulillah, jambatan dah selamat direntasi, mujur Allah tak menghantarkan angin yang kuat yang boleh menolak saya jatuh ke bawah.. nauzubillah..



sampai di mustasyfa, saya melalui jalan belakang untuk ke bangunan M, kat situ angin sangat2 kuat, saya cuba untuk lalu.. tapi cubaan saya gagal, dan banyak kali saya ditolak balik oleh angin..

terus saya teringat keadaan kaum Ad yang dimusnahkan dengan tiupan angin yang sangat kuat selama 8 hari, 7 malam..

kerana apa mereka dimusnahkan??

1-Hari Kiamat

2-Apakah Hari kiamat itu?


3-Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

4-Kaum Thamud dan Ad telah mendustakan hari Kiamat.

5-Maka adapun kaum Thamud telah dibinasakan dengan suara yang sangat keras,


6-sedang kaum Ad, mereka telah dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin

7-Allah telah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam 8 hari terus menerus,
maka kamu melihat kaum Ad pada waktu itu mati bergelimpamgan seperti batang - batang pohon kurma yang telah kosong ( lapuk)

8-maka adakah kamu melihat seorang pun yang masih tersisa di antara mereka??

Al - Haqqah : 1 -8

subhanallah..

tak dapat dibayangkan macam mana kuatnya angin yang Allah hantar untuk memusnahkan kaum2 yang mendustakan Allah..

bagi orang2 yang beriman, seharusnya setiap hari yang kita lalui, kaitanlah semuanya dengan Allah.. dari situ kita dapat menjadi diri kita hamba yang lebih bersyukur dan taat kepada-Nya..

salam..

Friday, May 1, 2009

mu`tah

Bismillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. itulah perkataan yang saya dapat ucapkan sebagai tanda kesyukuran..
disamping itu.. berusaha membuktikan kesyukuran dalam amalan kita sehingga berjaya mencapai tahap kesempurnaan dalam ibadah yang dilaksanakan..
semoga Allah membantu .. (^^,)

tapak peperangan mu`tah dari jauh

Mu`tah..
sejak 2 tahun lepas.. saya kurang menghargai khazanah2 bumi anbiya` ini.. dah pergi dah masa jelajah jordan masa 1st year.. saya sudah tiba di tempat syahidnya Zaid bin Haritah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.. dan juga tempat panglima yang hebat memimpin pasukannya, Khalid Al - Walid..

Batu yang mencatatkan peristiwa perang mu`tah

tergamam tak , tak percaya dan berkobar- kobar untuk 'bekerja' supaya saya dapat bertemu mereka di syurga (malu sebab kerja sangat sikit, tapi kena yakin untuk masuk syurga supaya Allah tolong kita untuk berusaha kearahnya).. masa tu juga saya cukup gembira ketika nama saya disebutkan oleh ustaz Hazimin.. sebab masa tu dia bagi menceritakan sejarah perang mu`tah dan salah satu batolion yang dibawah pimpinan Khalid Al - Walid adalah tentera sayap `maisarah'..
( sebenarnya ni nama sayap kiri.. dari perkataan yasar). perasan sorang2 (^_^).. tapi perasaan kagum dan tak percaya makin hari makin pudar.. dan sudah lupa semangat para syuhada yang berusaha menegakkan kalimah-Nya..

Perang Mu'tah
Sebahagian dari Peperangan Islam-Rom Byzantine
Tarikh 629M
Tempat Karak, Jordan
Hasil Kemenangan tentera Rom Byzantine
Perubahan
wilayah
Wilayah Karak berjaya dipertahankan tentera Rom Byzantine
Pihak bersengketa
Empayar Rom Byzantine Kerajaan Islam Madinah
Komander
Theodurus, Syurahbil ibn Amru Zaid ibn Harithah, Ja'afar ibn Abi Thalib, Abdullah ibn Rawahah,Khalid Al-Walid
Kekuatan
Sekitar 200,000 Sekitar 3,000
Korban dan kehilangan
Sekitar 20,000 Sekitar 1,000+

Alhamdulillah.. kali ni Allah mengizinkan untuk saya menjejakkan kaki di bumi mu`tah kembali.. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..
Kali ini bukan untuk g jalan2.. tapi untuk mentautkan ukhuwah dan melaksanakan tuntutan jasmani..

antara 10 muwasafat tarbiyah --JASMANI YANG SIHAT--

Semoga Allah membantu saya men'yebatikan semangat para syuhada` ini dalam jiwa dan jasad saya dan bertambah semangat untuk 'bekerja'..

p/s.. mata tinggal 2.. lagi 2 belum jumpa.. insya-Allah, adalah tu kat mana2 (O-O).. alhamdulillah masih boleh main..

nailofar, mu`tah
salam

Friday, April 24, 2009

dunya

bismillah..

alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

saya belajar dan kini saya tahu nilainya..
keadaannya sudah terlalu nazak..
hanya menunggu masa untuk 'meletup'..
kerana sudah tak tahan menanggung beban yang terlalu lama..


tetapi
yang manusia didalamnya,
terlupa umur dunya sudah terlalu tua, nilainya semakin merosot..
mereka yang didalamnya masih mengejar..
dan terus mengejar segala isi kandungannya..
sehingga lupa dia hanyalah seorang hamba..
yang akan kembali dengan tiada apa - apa..
melainkan bekalan yang sudah dikumpul olehnya.



Junjungan kita Rasulullah telah memberitahu nilainnya..

Nak tahu nilainya??..

1) SEBELAH SAYAP NYAMUK

"Kalau sekiranya dunia ini sama nilainya disisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air"
riwayat tirmizi

2. BANGKAI SEEKOR ANAK KAMBING YANG KECIL TELINGANYA

Daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi s.a.w melalui sebuah pasar bersama - sama orang ramai. Di perjalanannya, baginda terjumpa dengan BANGKAI SEEKOR ANAK KAMBING YANG KECIL TELINGANYA. Lalu diambil dan dipegang telinganya.

Baginda s.a.w pun bersabda:
"Siapakah di kalangan kamu yang ingin membelinya dengan harga satu dirham?"

Mereka segera menjawab :
" kami tidak mahu ia menjadi milik kami walaupun dengan harga yang murah. Apa yang kami boleh buat dengannya?"

Baginda s.a.w bertanya:
"Adakah kamu suka sekiranya ia menjadi milik kamu secara percuma?"

Mereka menjawab:
" Demi Allah, kalau sekiranya ia hidup, kami tidak mahu kerana telingannya kecil (mempunyai aib), apatah lagi ketika ia mati."

Lalu Baginda s.a.w menjawab:
" Demi Allah, dunia ini lebih hina disis Allah daripadanya hinanya bangkai ini kepada kamu"

Riwayat Muslim

3) SETITIK AIR

"Tidaklah dunia ini dibandingkan dengan akhirat kecuali seperti salah seorang dikalangan kamu memasukkan jarinya ke dalam laut, maka lihatlah apa yang dikeluarkannya??"

Riwayat Muslim

adik bertanya:
" kalau dunia ni hina, kenapa Allah jadikan dunia dan lahirkan kita ke dunia??"

kakak menjawab:
"sebab Allah nak bagi kita SYURGA" (^________^)

salam..

Monday, April 6, 2009

-- TiNan-

Bismillah..

saya merindui 'tinan' yang muda..
semasa 'tinan' mula2 tiba..
masing2 berusaha untuk mengubah jiwa..
bersedia untuk dibawa kepada-Nya..
gembira apabila seruan yang baik datang kepadanya..


saya merindui 'tinan' yang muda..
merindui kesungguhan 'tinan' untuk bersama - sama..
meraikan hari kebesaran setiap 'tinan' yang ada..
membantu apabila 'tinan' lain berduka..


kini..
'tinan' semakin dewasa..
'tinan' mengetahui apa yang disukainya..
sudah mengenal apa yang 'ada' padanya..
menggunakannya hanya untuknya..


kini..
meskipun, jasad - jasad 'tinan' ada di depan mata..
setiap hari berjumpa..
tapi, rohnya sudah berbeza..
kata-kata sudah tidak menggembirakan jiwa..
yang didengar hanya bahasa - bahasa yang tak mengenalnya..
bahasa - bahasa itu telah memutuskan ..
memutuskan ikatan2 yang ada..
sehingga kini tidak bersama..
dan itulah yang menggembiran 'mereka' di luar sana..


mungkin..
itu salah 'tinan' yang selalu mendiamkan mulutnya..
yang tidak melaksanakan hak2 yang sepatutnya..
memberhentikan langkahnya..
yang putus asa dengan usahanya..
merasakan apa yang dilakukan sia - sia belaka..
kerana 'tinan' lupa, Maha Melihat selalu memerhatikannya,
yang Maha Berkuasa bersedia untuk membantunya..
dan yang Maha Kaya sentiasa menghitungnya..
ALLAH ada..


"MERINDUI 'tinan' YANG MUDA" (=_=)

salam

Friday, April 3, 2009

@>-- JIWA ===

bismillah..

Alhamdulillah, kita aturkan puji dan syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah yang dirindui beserta keluarga dan sahabat baginda..

dalam hati, saya tengah membenci sesuatu, sesuatu yang meresahkan saya, setiap hari akan berlaku pertembungan antara yang saya nak dan "dia" nak. Dan untuk mempertahankan matlamat hidup saya, saya kena 'bertarung' dengannya.. kalau saya kalah.. habislah,
sebab saya nak bahagia di dunia dan akhirat, dan saya kena menang supaya saya dapat bergerak dengan lebih thabat untuk mencapai matlamat hidup kita sebagai manusia..

ringkasnya, saya kena berusaha me'ngontrol jiwa' saya.. kontrol dan didik jiwa saya supaya selari dengan matlamat hidup saya, supaya tak lari dari landasan yang sepatutnya.. memang sangat2 layak untuk Allah memberi ganjaran syurga bagi sesiapa yang berjaya mengontrol dan mendidiknya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah..

Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaanNya, maka Allah telah mengilhamkan jiwa itu (jalan) kafasikan dan ketaqwaan
as - syams 7 - 8

itulah ketetapan Allah, ciptaaan yang Maha Bijaksana telah memberi ilham kepada manusia mengenai jiwa ini.. dan memberi kemampuan kepada manusia untuk berfikir dengan adanya kurniaan aqal dan memilihnya jalan yang sepatutnya..

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan merugilah bagi orang yang mengotorinya
asy - syams 9 - 10

Jalan yang mana??

Allah sudah memberi jaminan keuntungan bagi orang2 yang mensucikan diri dan jaminan kerugian yang memilih kefasikan..

semoga Allah menjauhkan saya dan sahabat2 yang lain daripada "terjebak" dalam golongan ke 2, kerana tanpa perlindungan dari Allah, tiada siapa yang dapat memberi syafaat di akhirat kelak..


"dan Allah membiarkan nya sesat berdasarkan ilmunya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan diatas penglihatannya"

al- jatsiyah : 23

.. sesungguhnya, di dalam diri (manusia) itu ada segumpal darah,apabila ia baik, baiklah (tindakan - tindakan yang dibuat oleh) jasad itu semuanya,dan apabila ia rosak ( jahat) rosaklah jasad itu semuanya...dan itulah HATI

riwayat bukhori dan muslim

" Berusaha untuk kemenangan yang kecil supaya datangnya kemenangan yang besar"

salam

Tuesday, March 24, 2009

++Nikmat++

Bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasulullah yang dirindui, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda..

pagi ni bangun dari tidur, saya masih diizinkan untuk hidup.. masih diberi rezeki UDARA untuk saya hidup, saya ingat lagi kata2 ustazah, kalaulah Allah meminta kita untuk membayar setiap udara yang kita sedut, alamatnya kita pun tak nak hidup, bayangkan kalau satu sedutan 1 qirsh (nilai yang paling rendah kat Jordan), kalau setahun??

sehari sedut = 25,920 kali oksigen,
sebulan = 777, 600 kali,
setahun = 9,331,200 kali..

total bil oksigen untuk setahun ( dalam Jordan Dinar) = kena bayar 93,312jd..

Ya Allah, banyak ye...ni baru setahun..
saya ni yang dah hidup lebih dari 20 tahun.. terlalu banyak nikmat udara yang Allah bagi..

belum masuk nikmat AIR..


"Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepada ku jika sumber air kamu kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"
(Al - Mulk:30)

nikmat MATAHARI..

tak de matahari, maka tak delah tumbuhan,
tak de tumbuhan, tak delah haiwan, dan tak delah sumber makanan untuk manusia..
tak de matahari, takdelah haba dan api untuk kegunaan manusia..

BANYAKKAN ALLAH BAGI..

tapi kita selalu lupa Allah, selalu langgar perintah Allah, selalu buat apa yang Allah larang..
tapi sebab Allah Maha penyayang.. Allah masih bagi lagi nikmat kat kita.. tak de satu pun yang Dia minta bayaran..

bayangkan kalau setiap kali kita buat salah.. Allah bagi denda, tak boleh bernafas untuk 30 saat (+_+)..

tak ke kita terfikir betapa Allah sangat sayang pada kita.. apa yang Allah nak dari kita hanya menyerahkan segala ubudiyah kita kepada Allah dan melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah..

mungkin ada dikalangan kita merasa benda2 ni basic.. semua orang boleh fikirkannya, tapi.. berapa kali dalam sehari kita menyedarinya dan bersyukur atas nikmatNya??.. adakah kita buktikan kesyukuran kita dengan ubudiyah sepenuhNya pada Allah??

Katanlah, " Dialah yag menciptakan kamu, dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu.(Tetapi), sedikit sekali kamu bersyukur"
(Al - Mulk : 23)

semoga Allah mengampukan segala dosa2 kita, membantu kita meningkat iman kepada-Nya, dan menolong kita melaksakan tanggungkawab kepada-Nya ..

salam..

Friday, March 13, 2009

bukan untuk si manja….

Bismillah..

Kepada sesiapa yang pernah membaca dan mendengarnya, anggaplah ia sebagai tazkirah dan ambillah pengajaran darinya untuk terus 'bekerja'.. saja dicopy dan dipaste sebagai peringatan buat diri sendiri dan sahabat2 yang lain..

semoga kita terus thabat dan teruskan bekerja..
kepada sahabat2, andai nampak atau ternampak saya bermanja2 dalam 'kerja' ini, tegurlah saya kerana saya takut saya yang melambatkannya..

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-dari blog = MUNTALAQ

salam...