Bismillah..
saya merindui 'tinan' yang muda..
semasa 'tinan' mula2 tiba..
masing2 berusaha untuk mengubah jiwa..
bersedia untuk dibawa kepada-Nya..
gembira apabila seruan yang baik datang kepadanya..
saya merindui 'tinan' yang muda..
merindui kesungguhan 'tinan' untuk bersama - sama..
meraikan hari kebesaran setiap 'tinan' yang ada..
membantu apabila 'tinan' lain berduka..
kini..
'tinan' semakin dewasa..
'tinan' mengetahui apa yang disukainya..
sudah mengenal apa yang 'ada' padanya..
menggunakannya hanya untuknya..
kini..
meskipun, jasad - jasad 'tinan' ada di depan mata..
setiap hari berjumpa..
tapi, rohnya sudah berbeza..
kata-kata sudah tidak menggembirakan jiwa..
yang didengar hanya bahasa - bahasa yang tak mengenalnya..
bahasa - bahasa itu telah memutuskan ..
memutuskan ikatan2 yang ada..
sehingga kini tidak bersama..
dan itulah yang menggembiran 'mereka' di luar sana..
mungkin..
itu salah 'tinan' yang selalu mendiamkan mulutnya..
yang tidak melaksanakan hak2 yang sepatutnya..
memberhentikan langkahnya..
yang putus asa dengan usahanya..
merasakan apa yang dilakukan sia - sia belaka..
kerana 'tinan' lupa, Maha Melihat selalu memerhatikannya,
yang Maha Berkuasa bersedia untuk membantunya..
dan yang Maha Kaya sentiasa menghitungnya..
ALLAH ada..
"MERINDUI 'tinan' YANG MUDA" (=_=)
salam
0 comments:
Post a Comment