Pages

Friday, July 30, 2010

'Asim, Khubaib dan Zaid

bismillah

alhamdulillah, segala pujian buat al - Khaliq
selawat buat kecintaan, Muhammad s.a.w

semalam baca buku..
Tragedi Yaum Al - Raji' yang sangat sedih..
satu kumpulan 'core' yang diutus oleh Rasulullah,
dibunuh ketika perjalanan utk bertemu qabilah 'Adhal dan Al-Qarah..
perjalanan mereka semata - semata untuk menyampaikan risalah..

antara sahabat baginda join misi ini:
- 'Asim bin Thabit (ketua)
-Murthid bin Murthid
-Khalid bin Al - Bakir
-Khubaib bin 'Adi
-ZAid bin Adduthanah

sampai di kawasan Banu Lehyan..
group ini dah dikepung..
ada 100 pemanah2 handal dari Bani Leyhan yang mengepung mereka..
akhirnya,
'Asim dan 7 orang dibunuh oleh mereka.
tinggallah 3 orang yang terselamat
Khubaib bin 'Adi
Zaid bin Adduthanah
dan seorang lelaki...

mereka dibawa keMekah,
dengan keadaan mereka diikat dengan tali peluntar panah..
seorang lelaki itu diseret dan akhirnya mereka membunuhnya..
yang tinggal,
hanya Khubaib dan ZAid..

tiba di mekah, Bani Al - Harith telah membeli Khubaib dan Sufiyyan bin Umayyah membeli Zaid..
kenapa diorang beli Khubaib dan Zaid??
sebab nak Khubaib dah bunuh Al - Harith dalam perang Badar..
jadinya, nilah peluang Bani Al - Harith nak bunuh Khubaib balik..

Khubaib didalam tawanan Bani Al - Harith,
bersedia untuk dibunuh..
sebelum dibunuh,
Khubaib minta pisau cukur dari anak perempuan Al - Harith,
untuk berkemas2 diri sebelum dibunuh pada esok hari..
sambil pisau cukur di tangan, tiba-tiba cucu kecil Al - Harith datang ke Khubaib..
anak perempuan Al - Harith dah cuak,
takut2 Khubaib akan guna pisau cukur tadi untuk membunuh budak kecik tu, atau menangkap budak kecik tadi untuk dijadikan tebusan untuk membebaskan diri..

lalu Khubaib pun berkata pada anak perempuan Al - Harith;
"Kamu takut aku membunuhnya? Percayalah padaku, aku tidak akan berbuat demikian, Insya-Allah"

maka perempuan tadi pun berkata:
"Aku belum pernah melihat tawanan yang lebih baik dari Khubaib"

esoknya,
Bani AL - Harith bersiap sedia untuk membunuhnya..
Khubaib pun cakap:
"Izinkan aku untuk solat sunat 2 rakaat"
selepas solat sunat 2 rakaat, Khubaib kembali kepada mereka..
kemudian Khubaib berkata lagi:
"kalau kamu tidak menyangka aku ni takut dan gerun untuk mati, nescaya aku sembahyang lebih dari tu"

kata - kata Khubaib R.A sebelum dibunuh:
"Sekiranya Allah mengkehendaki berkat,
Pada anggotaku yang hancur lumat,
Persetan tubuhku dibunuh mati,
Untuk Allahlah kematianku pasti"

akhirnya,
Khubaib dibunuh..
Uqbah bin Al - Harith mengelar anggotanya satu persatu..

ya Allah,
aku teringat sabda nabiMu pada Khabab bin Arad..

Zaid pula dibeli oleh Suffiyan bin Umayyah..
ketika Zaid dibawa keluar untuk dibunuh, Suffiyan menyoalnya.
"Demi Allah, cuba kau sebut wahai Zaid, kamu nak atau tak nak Muhammad itu s.a.w itu menggantikan tempat kau dan kau selamat. Kami pancung lehernya dan kau balik dengan selamat menemui keluarga kau."
Jawab Zaid:
"Wallahi, demi Allah aku tidak rela Muhammad s.a.w itu sekarang berada ditempatnya ditikam sebilah duri pun yang boleh menyakitinya sedangkan aku ini duduk bersama - sama keluargaku"
Kata Suffiyan:
"Aku tidak melihat seorang pun dari manusia ramai mencintai seorang yang lain sebagaimana sahabat Muhammad mencintai Muhammad"

salam.

Saturday, July 24, 2010

sekarang di tengah2 perjalanan

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

sekarang hidup saya di pertengahan..
akan memasuki pintu hidup pengakhiran..
bila??
tak tahu lagi..
kena selalu get ready..

Ya Ghaffar, ampuni dosa saya..
bukakan lebih banyak pintu2 kebaikan..

salam

Wednesday, July 21, 2010

bila benda tu datang..

bismillah..

alhamdulillah, syukur dan pujian kepada Rabb sekalian makhluk, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

alhamdulillah..
hari2 Allah bagi asbab untuk saya belajar sabar..
supaya dengan asbab-asbab yang ada boleh membantu untuk saya beramal dengan nasihat tentang sabar yang selalu saya berikan pada orang..
asbab2 tu datang.. yang penting, tinggal diri kita je nak ambil asbab2 tu dari sudut positive atau negatif..

kalau di saat kita tengah tenang, mudah untuk sampaikan peringatan tentang sabar pada orang lain..
mudah untuk kita ceritakan tentang kesabaran dan kehebatan para Rasul dan para sahabat ketika mereka berhadapan dengan taghut dalam perjalanan menyampaikan risalah..
mudah untuk kita katakan balasan bagi orang2 yang sabar dan menahan marahnya..

tapi,
bila saat itu datang..
saat yang kita perlu sabar dan menahan marah..
disitu, pertimbangan dari aqidah yang sejahtera dan akal yang waras amat2 perlu..
pesan Rasul kita,
bila marah, sila sabar dan diam..
bila marah, perlu ambil posisi yang menenangkan diri..
bila marah, perlu pergi ke toilet atau sinki untuk mengambil wuduk..
bila marah, diam amat perlu dan berhusnu dzon
bila marah, perlu beristighfar banyak kali dan membaca doa pelindungan diri supaya terus tidak diprovoke oleh syaitan dan nafsu yang menjadi batu api..

dan..
benda2 ni sangat2 susah..
dan sangat susah.
saya doa pada Allah sebab saya nak jadi orang yang sabar..
tapi,
bukan semudah itu Allah mahu bagi saya sifat sabar..
Allah mesti bagi test untuk tahu saya betul2 nak belajar jadi sabar atau tak.
maka, hari2 Dia jadikan asbab2 untuk saya sabar..
saya kena sabar,
kena sabar macam nabi sulaiman ketika dikurniakan kekuasaan.
kena sabar dengan canteek macam nabi yusuf, ketika ujian bertubi2 datang padanya..
kena sabar macam nabi Nuh, ketika dia berusaha menyampai risalahnya selama 950 tahun,
kena sabar macam burung yang menunggu matahari ketika berlaku gerhana..


hati ini lebih mudah nak berbolak balik seperti air yang mengelegak.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan dapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang - orang yang bertaqwa,

(iaitu) bagi orang yang berinfaq,baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang - orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang - orang yang berbuat kebaikan,

dan juga orang - orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (bersegera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa - dosanya, dan siapa lagi dapat mengampunkan dosa - dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.

(ali - `imran : 133 - 135)

salam.

Thursday, July 15, 2010

gi bank

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Al - Malik seluruh alam..
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

hari ni balik dari clinic,
terasa seperti tidak tahu ape2 untuk surgery..
dah tak ingat ape yang belajar.. padahal baru 1 bulan tinggalkan sem lepas..

teringat kata - kata my murabbi
"kalau betul kita faham sesuatu benda, kita boleh ceritakan dan sampaikan pada orang lain tanpa perlu melihat buku, sebab ilmu tu dah ada di hati dan pernah dipraktikkan"

Dr.Mansur 'menembak' semua yang ada dalam clinic surgey hari ni..
tapi saya rasa best..
walaupun tak dapat nak jawab, tapi doktor dah tunjukkan cara dan bagi tips dan nasihat untuk study..
terima kasih Dr.Mansur (^_^)

nak balik dari klinik, arwa ajak saya teman dia g bank..
sambil2 jalan,
kami berbual..

tiba - tiba arwa tanya..

arwa: maesarah, awak tgk world cup?
saya : saya tgk gol je.. rumah tak de TV, lagi jimat masa.. awak sokong negara mana?
arwa: 1st sekali, saya sokong negara dari negara2 arab, mestilah saya sokong algeria..
tapi algeria kalah..
pastu saya sokong france, sebab france banyak muslim..
france kalah juga, saya sokong ghana sebab ghana ada muslim..
saya sokong jepun dan korea..
saya: Final awak sokong mana?
arwa: saya sokong Holland sebab player Holland ada yang muslim
saya : macam awak tahu ada player muslim dalam team Holland??
arwa: owh, saya buka wikipedia.. yang penting saya sokong orang Muslim.. tak tahulah
kenapa ramai Muslim sokong Spain, padahal diorang tak Muslim..

kami berjalan2 dan terus berjalan sampaila mujamma` sheikh khalil dan membeli barang kat pasar sama2..

p/s: akhirnya kak jui sudah menamatkan jalan2nya dan menetap di sini dengan baik..

salam.

Saturday, July 3, 2010

gigit jari

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam..
selawat buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w..

"sesiapa yang tidak mnyertai mereka, pasti 'kecewa habis' sebagaimana Zuljausyhan al - Dhababi r.a.."
(langkah bermula )

kenal tak Zuljaushan al - Dhababi r.a??
beliau memeluk Islam selepas pembukaan Fathul Mekah..

Rasulullah pernah mengajaknya kepada Islam selepas peperangan Badar.
Baginda bersabda:
" Tidak mahukah kamu menjadi salah seorang pelopor dalam kerja itu? (kerja menaikkan Islam)"

Dia menjawab:
"Tidak mahu"

Baginda bersabda:
" Apakah yang manahan kamu?"

Dia menjawad:
"Aku telah melihat kaummu mendustakan, mengusir dan memerangi kamu. Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku akan berimanlah.. dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkanmu, aku tidak akan mengikutmu"

Setelah beliau Islam, dia sentiasa kecewa dan menyesal kerana tidak segera masuk Islam ketika diajak oleh Rasulullah s.a.w..

bila hidayah sudah datang, bersegeralah menerimanya..
supaya kita tak termasuk orang yang 'mengigit jari' di kemudian hari ketika ALLAH memberi kemenangan kepada Islam..

salam.