Pages

Sunday, January 31, 2010

nangis jela..

bismillah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

lama betul blog ni tak ter'update'..
nak bukak akaun blogger sangatla susah.. internet slow yang teramat..
alhamdulillah, dapat juga buka akaun hari ni..


mula2.. saya nak ucapkan tahniah buat 'anak - anak singa' yang dah habis exam..
sekarang ni sume dah 'tiada'..
nampaknya sampai je irbid tak dapat nak dakap 'anak - anak' terchenta..
tak pelah.. tunggulah jela sampai mereka2 ni habis 'tiada'..
hihi..

subhanallah, minggu lepas diizinkan untuk share 'curhat'..
masya Allah, ayat pertukaran kiblat dibacakan..
sebab nuzul ayat ini di'refresh' dengan cepat..
dan sirah kisah ini diingatkan..

"...Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu ( berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh ( pemindahan) kiblat itu sangat berat , kecuali bagi orang yang diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan mensia - siakan imanmu. Sunggu Allah Maha Pengasih , Maha Penyayang kepada manusia.
( Al - Baqarah:143)

p/s: boleh baca dari ayat 142 - 145 surah al - baqarah

mula2 bagi sampai 9.30mlm bagi sape2 yang mahu memberi ibrah dari ayat ini..
maka mulalah masing2 berfikir, apa ibrah yang boleh diberi..
makin lama..
ayat ini dihayati untuk dikaitkan dengan diri..
perasaan para sahabat Rasulullah cuba diselami..
air mata mula membasahi pipi..
akhirnya semua terkeluar dari hati..

kata dia,
'bila hati mahu menangis, nangis je, jangan ditahan sebab selalunya ego yang menahan diri dari menangis'


betul.
ego yang menghalang diri dari merendah diri sesama mukmin..
ego menghalang diri dari mengaku kesalahan..
ego manghalang diri dari melakukan perubahan..
dan ego yang menghalang manusia dari tunduk kepada Tuhan..

akhirnya hampir pukul 1 pg baru semua melelapkan mata..

alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk bertemu 'mereka'.
pertemuan yang melapangkan hati dari kekusutan jiwa..


salam.

6 comments:

[MH] said...

kak mai! nk tahu apa maksud di sebalik ayat tukar kiblat tuu! me tk paham ni. hehe

Anonymous said...

salam maesarah yang dirindui ;)

betul3,nangis itu kadang2 lebih membuatkan kita lega dari apa yang terbuku..cuma airmata itu moga2 untuk dan hanya kerna Dia & yang sepatutnya..insyaAllah

thanx mae..lama x contac.rindu kamu semua.kirim salam pd mereka ya!

mayo said...

salam.. fathiyah, maaf sebab akak lambat jawab..

peristiwa pertukaran kiblat sangat2 berat dihati para sahabat, sebab sebelum ni mereka solat ,menghadap kaabah yang sangat dicintai, tiba2 Allah perintahkan untuk mengadap al - aqsa.. dalam masa yang sama yahudi mengejek2 sahabat kerana terpaksa bersolat mengadap `tempat mereka`..

so, bayangkan fathy tgh syok dgn 'mak singa' fathy sekarang, tiba2 kena tukar dengan 'mak singa' yang baru.. amacam?? mesti masa tu fathy rasa berat kan??

setiap 'mak singa' ada kelebihan tersendiri untuk memperbaiki kelemahan 'anak singa' sehingga satu masa nanti dia akan jadi muslim yang sempurna..
(^_^)

to huda:
waalaikumussalam huda..
huda!!
jazakillah sebab ziarah blog ni..
haritu kak jui kata huda dalam ICU lagi.. doktor tak bagi orang luar masuk..
mae nak sangat tgk huda..
huda, jaga diri elok2..
really2 miss u my dear
(^_^)

'Ezzah Al-Islam said...

huhu.. dapat merasa perasaan rindu itu. menunggu kamu juga pulang sis~ byk nak crita ni^^,

nsmujahidahnmnor said...

wah..seriusly tersirat..rugi lak x bace ayat ni dulu sblm jumpe anak2 singe last hr tu..

nak wat entry kt blog lah..
bleh kan? bleh kan?

x copy paste..
tp amik ayat tuh.. :)

mayo said...

silalah amek wahai kak nik..

(^_^)