Pages

Tuesday, January 5, 2010

1=1000

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.. selawat buat manusia teragung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah, semester 1 dah tamat semalam.. kelegaan tergambar di wajah2 rakan2 sebatch walaupun hati tak tenang juga sebab markah oral radiology tak keluar terus.. tak pelah.. yang penting "hasbuna Allah wa ni3mal wakil" ..

semester ni agak penat la juga.. tapi sangat2 seronok.. langkah pertama bermula di sini sebelum bermulanya realiti yang sebenar di hari muka.. Moga Allah mudahkan urusan kalian2 dan saya..

kenal Amru al-ash??
Pembuka Ard-Kinanah @ Mesir @ Egypt

amru memulakannya langkahnya di bumi ini

teruja mendengar ke'syatir'an Amu al -3ash..
semasa proses pembukaan tanah syams, dia mem'volunteer' diri kepada Umar Al- Khattab..

Amru:
"saya mahu membuka Mesir" ( dengan semangatnya dia menyampaikan hajatnya kepada umar)

Umar:
"nanti saya akan hantar perutusan semasa kamu di dalam perjalanan, untuk memberi tahu kamu samada Mesir perlu dibuka atau tidak.."

time ni mesti Umar memikirkan juga bilangan tentera yang perlu dihantar kalau Amru mahu membuka Mesir sebab hampir semua tenteranya telah dihantar ke Damascus dan tempat2 yang lain untuk berhadapan dengan tentera Caesar ( Rom)..

julius caesar Vs Khalifah Umar

on the way amru membawa tenteranya.. datanglah seorang utusan Umar membawa surat dari Umar..

Utusan:" Amru, saya ada surat dari khalifah untuk engkau"
Amru: Nanti dulu, bagi saya surat ini kemudian.
Utusan: Tapi ni surat dari Umar..
Amru: Biarkan dahulu surat itu, nanti saya baca..

selepas Amru melepasi sempadan Mesir barulah Amru mengambil dan membaca surat tersebut..

"jika kamu sudah melepasi sempadan Mesir, maka bukalah Mesir, jika kamu tidak melaluinya, tak perlulah kamu membukanya"

Bijaknya Amru.. dia masuk mesir dulu, baru dia baca surat ni..dan Amru memang terkenal dengan kepintarannya di kalangan para sahabat..

setibanya di Mesir (time ni tentera Amru nak buka Alexendria)..
p/s - Alex adalah salah satu pusat terbesar kerajaan Rom

Amru: kita kekurangan tentera.. nak berhadapan dengan tentera Caesar yang selalunya beratus2 kali ganda.. jumlah 4000 tentera tidak mencukupi.. saya akan mengutus surat kepada
khalifah untuk menambah bilangan tentera..

Umar pun membalas surat Amru
" Aku telah menghantar 8000 tentera untuk membantu kamu membuka Mesir"

setibanya tentera di bumi Alex, Amru pun mengira bilangan tentera yang baru tiba.
Amru:" Kenapa ada 4000 orang, khalifah kata dia hantar 8000 orang, mana lagi 4000 orang??

Surat pun dihantar ke Umar untuk memberi tahu bilangan tentera yang tidak mencukupi dari bilangan yang dijanjikan..

umar membalas:
"Dalam setiap 1000 orang tentera, ada 1 orang yang kekuatannya menyamai 1000 orang, mereka ialah
1- Muhammad Ibnu Maslamah

2- Zubair Al - awwam
3-Ubaid ibnu Somit

4-Miqdad ibnu Aswad


p/s: kalau ada nama2 yang saya tersalah eja, bagitau ye.. sebab dengar cerita ni dalam mp3

1 x 1000 =1000
1000 x 4org = 4000
4000 + 4000=8000

Subhanallah..
kekuatan 1 orang bersamaan 1000 orang..

macam mana pula kita ye?? macam mana iman kita??

Muhasabah Time

teruskan usaha semoga kita boleh bertemu mereka di syurga..

Takbir!!!
Allahu Alkbar!!

salam

9 comments:

FabulouswithAs said...

salam mae,
1x1000=4000??

camne kirenye..huhu...

kagum kagum dgn sahabat..T_T

ayyash said...

salam k.mae..

huhu..nk jadik mcm 1 yg sama dgn 1000 tu..

to yellowrose..
akk, kn ade 4 org yg setiap org sama dgn 1000..
4*1000=4000
hehe..

mayo said...

salam..

kak asma`, mae salah taip..
dah betulkan dah,,
hihi

to ayyash..
kalau mahu yang 1=1000, usaha kena beribu2 kali ganda.
semoga Allah terus membantu hamba2Nya untuk menujuNya..'
Jom teruskan usaha!!

'Ezzah Al-Islam said...

kak mae.. tau dah.. dgr dr tareq swaidan nya ISK kan? haha..

nak join ayyash
be the sulbah
insyaAllah

btw, slamat kembali berjuang di malaysia.. will miss you dear~

mayo said...

tepat sekali iz.. best dengar dia bagi kat orang2 Ozi..

i will miss u my dear and i will miss all my 'kodomo lion'..(^_^)

cuti ni guna elok2..
yellowrose dan ayyash pun sama ye.

FabulouswithAs said...

mae...[gonna miss you]still rase sebak dan patah hilang kekuatan dgn kepulangan korg..[sbnanye tanak zahirkan kesedihan nih..nk korg gembira jek blk msia..balik tenang2 ye mae..]Ya Allah berilah kekuatan pada kami yg tinggal nih..

Aleen adik K.Mae said...

Asssalamualaikum..

K.Mae..!! Aleen datang 1st time bagi komen sbb dah RINDUUUUUU sangaaaaat..!! =)

Bestnye post yg ni.. Nak jadi jugaaaakkk..!! hehe..

K.Mae, doakan kteorang sume.
Xsabar nak jumpe akak semula.

p.s : lagu akak ni, lagu feveret saya jugak tau..!! berapa kali ulang dalam sehari.. hehe.

mayo said...

waalaikumussalam aleen..

sob..sob..
tgh merindui antunna semua..

jawab exam elok2 ye aleen.

nanti time cuti, kumpul dan kaut balik semangat2 baru dari 'batu - bata' yang lain..

Allah yu3inik
(^_^)

Ain Mardhiah said...

salam kak mae~

waaa, hebatnyer orang zaman tu.. Terasa macam jauh sangat untuk capai kekuatan macam tu. Kat sini pun dah rasa inferior, apatah lagi dengan mereka dulu-dulu.. T_T