Pages

Friday, December 25, 2009

takkan kalah??

bismillah..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Rabb sekalian alam.. selawat dan salam buat kecintaan kita, Muhammad s.a.w..

12,000 orang bukanlah bilangan yang sedikit.. malah ia bilangan tentera Islam yang terbanyak dan berlaku selepas Fathul Mekkah..

On the way perjalanan ke Hunain, Baginda terdengar suara - suara kecil dikalangan tenteranya:

"Di Hari ini, kita takkan kalah"

Rasulullah mula bimbang dengan adanya kata - kata seperti itu, kerana kebongkakan dan ke`ujuban yang masih wujud di hati2 tenteranya .. akan menjadi hijab yang menghalang pertolonganNya..

Pada malamnya, dengan izin Ilahi, ujian tiba menguji hati2 mereka.
serangan hendap berlaku, tentera kucar - kacir akibat serangan bertubi - tubi.. panah2 menghujani mereka seperti lebatnya hujan membasahi bumi..

hati mula berbelah bahagi.. niat untuk meninggalkan medan sudah tersemat di hati..

licik juga taktik malik bin Auf.. ( ketua musyrikin)

inilah proses tapisan untuk menguji hamba - hambanya yang jujur..

orang yang kuat imannya akan kekal berama - sama baginda, dan yang lemah imannya , terus lintang pukang melarikan diri..
dengan serangan hendap ini, nabi diperlihatkan orang - orang yang masih setia membantunya

terus Baginda melaungkan..

"Wahai kalian, ayuh ke sini, aku adalah Rasulullah, aku Muhammad bin Abdullah!!"

ketika ini, hanya sebahagian kaum muhajirin dan keluarga baginda yang masih setia..

Al - Abbas melaungkan kepada semua sahabat:

" Mana dia sahabat yang setia??"

mendengar laungan tersebut, mereka menyahut:

Ya Rasulullah, Ya Rasulullah..

Mereka bersegera ke sana memenuhi laungan pak cik baginda.. Akibat suasana yang terlalu sesak, ada diantara mereka yang meninggalkan tunggangan masing - masing, dan terus meluru ke suara tersebut..

maka terkumpullah 100 orang yang masih setia..


100 orang sulbah melepasi tapisan ini dari 12 000 orang -- Subhanallah--

Dari bilangan ini, mereka berseteru dan bertembung dengan pihak jahiliyah yang jumlanya berkali - kali ganda..

Laungan kedua bergema ke langit, kali ini khas ditujukan buat golongan ansar..

saringan kedua berlaku.. untukAllah menapis siapakah dikalangan ansar pula yang jujur dengan risalah ini..

sulbah Muhajirin + sulbah Ansar = kemenangan di Hunain

dan ingatlah peperangan Hunain iaitu ketika kamu menjadi bongkak kerana banyakknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu berlari ke belakang dengan bercerai - berai Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang - orang beriman dan Alah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang - orang kafir dan demikian pembalasan kepada orang - orang kafir.
( At - Taubah : 25 - 26)

Ok, dah habis cerita.. lepas tu??

Jom ambil pengajaran yang boleh diamal (^_^)

1- Hati - hati dengn penyakit hati.. kadang2 kita tak perasan bila perasaan mazmumah sudah menyelubungi hati, kadang2 bersangka buruk dengan orang, membenci orang, ujub, riak, bongkak, takabbur, dan sebagainya.. kerana hati yang tidak sejahtera menghalang pertolongan dan keberkatan dari-Nya

teringat kata - kata seseorang:
'kalau kita marah ke, tgh mengumpat orang ke, orang boleh nampak, masih ada peluang untuk orang tegur.. tapi kalau penyakit hati, tgh kat dalam sleeping bag pun boleh benci dan bersangka buruk pada orang, dah dapat dosa"

2-buat pembawa agama ( cam ayat ayyash pula)..hari2 yang kita jalani sebagai proses saringan dari Allah kepada hambaNya..
p/s : sila ingat balik cerita khabab yang disalai, cerita ghulam dakwah..(^_^)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah Beriman," dan mereka tidak diuji?? dan sungguh, Kami telah menguji orang - orang sebelum mereka, maka Allah Pasti Mengetahui orang - orang yang benar dan mengetahui orang - orang yang berdusta.
(al - ankabut:2-3)

banyak2 kan berdoa.. kerana semua hati - hati ditanganNya..

p/s: buat Ezzah Al - Islam, insya-Allah, akan akak cuba penuhi permintaan dari commentmu kat entry lepas..

salam..

Thursday, December 17, 2009

HaDiah

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan seklaian alam, selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad s.a.w,..

Selama Datang ke Tahun 1431H,
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur mengizinkan kita untuk bertemu dengan tahun 1431H, masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan2 yang lalu sebelum dipanggil mengadapNya..

entry kali ni nak share satu ayat (Hadiah yang saya dapat di tahun baru.. (^_^)y)

Orang yang Ikhlas tapi Tak Faham, maka dia akan menyebabkan Diri Dia dan Orang Lain Rugi
(sebab dia dah menyebabkan orang lain tersalah)

TAPI


Orang yang Faham tapi tak Ikhlas, maka Dia Sahaje yang Rugi..
(Orang lain dapat manfaat dari dia, tapi dia sorang je yang rugi sebab dapat penat dan tak dapat ape2 dari Allah)


"Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan lain), Dan kepada Tuhanmu tempat engkau berharap"

(Al- Insyirah- 7 - 8)
salam..
\

Wednesday, December 2, 2009

al- ahzab : 23

bismillah..

alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam..

bestnye cuti raya kali ni.. dapat jumpa ramai orang, dapat kenal orang2 baru..
semoga dapat bertembung lagi dengan mereka2 dan mengukuhkan ikatan yang telah terbina atau ikatan yang baru dibina.. (^_^)

dalam bulan november, saya selalu bertembung dengan satu ayat qur`an ni, saya bertembung dgn ayat ni di..

-jumpa kat dalam gonggok (lepas exam ortho)
-baca buku tajuk jujur, jumpa ayat ni
-bukak blog orang
-kat maqam muaz bin jabal
-kat penanda buku
-kawan pesan- " mae, sila hafal ayat ni"
-email dari kawan

"di antara orang-orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka pula ada yang menunggu - nunggu, dan mereka sedikitpun tidak mengubah(janjinya)"
al - ahzab:23

ayat ni mengingatkan saya terhadap para sahabat Rasulullah yang telah menunaikan janjinya kepada Allah.. mereka telah gugur syahid dalam menyampaikan risalah Lailahaillah kepada seluruh ummat manusia.. dan semestinya mereka golongan yang dah confirm masuk syurga..

semoga kita termasuk dalam golongan yang 'menunggu - nunggu' dan berdoa supaya Allah thabatkan hati2 ini dan seterusnya 'gugur' seperti mereka..

sape2 yang ada kelapangan masa, alang2 dah duduk kat tanah syam ni, rajin2lah mengorek seerah Rasulullah dan para sahabat yang pernah berlaku di tanah yang diberkati ni..

antaranya peristiwa ta`3un 3amwas yang menyebabkan 20,000 para sahabat yang syahid..

peristiwa ni berlaku pada zaman khalifah Umar, ketika Islam dalam proses untuk disebarkan ke tanah syam (tanah syam = palestine, jordan, lubnan, syria) ..

sepanjang menyusuri Jordan Valley (kat area2 utara Jordan), banyak dhorih2 (dhorih=maqam yang ada jasad) para sahabat yang telah syahid akibat ta3un 3amwas dan peperangan Yarmouk..
'kerja - kerja pembinaan ummah still under construction'

antara dhorih2 sahabat Rasulullah yang terdapat disepanjang Jordan Valley (kat bhgn irbid)..

1- Muaz bin Jabal
2- Amir bin Abi Waqqas ( ni adik Saad bin Abi Waqqas), dhorih beliau kat kampung waqqas
3- Syurhabil bin Hasanah (nama beliau ber 'bin' kan nama ibu)
4- Dhiror al Azwar (ni pula abang Khaulah al - Azwar)
5- Abu Ubaidah Al - Jarrah

ok, selamat mengambil iktibar dari seerah Rasulullah dan sahabat.. dan semoga menjadi bekalan hidup..
jumpa tak kampung Waqqas??

salam..