Pages

Tuesday, April 26, 2011

Allah yustur

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ar - razzaq bagi seluruh makhluknya.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

pagi tadi,
jumpa dia,
sementara menunggu bridge dikilatkan,
bertanya khabar dan kondisinya..
keadaan diri,
Study,
dan DnT.

ku tahu semuanya baru bagi kamu,
membina thiqah dari mutarabbi bukan satu benda yang mudah,
kalau mutarabbi ada 3,
mungkin mudah sedikit,
kalau mutarabbi ada 10,
berganda - ganda DF yang perlu.

sabar sahaja ubatnya,
bukan sabar dengan diamkan diri,
tapi sabar untuk terus jelmakan diri di hati setiap
mutarabbi.

menteliti butiran - butiran mereka,
ku tahu,
ni kondisi baru yang mereka hadapi dalam fasa mereka,
belajar memerah otak bagi mengeluarkan pandangan yang terbaik,
itu bukan satu yang mudah,
tidak cukup dengan pandangan terbaik,
tapi perlu terus menerus dilaksanakan,
supaya muntij,
agar ia tidak terbazir hanya sekadar pandangan,
dan ku tahu,
itu bukan satu perkara yang mudah.

dan sekali lagi,
sabar sahaja ubatnya.
biar seberat mana pun kamu rasa ia menyesakkan dada-dada kamu,
doa pada Allah,
agar kita terus sabar.

ingat lagi tak surah al - ma3arij, ayat 5.
kita baca huraiannya sama - sama satu ketika dulu.


"kesabaran yang elok ialah kesabaran yang tenang tenteram, kesabaran yang tidak disertai perasaan - perasaan marah dan gelisah dan tidak pula disertai dengan rasa ragu - ragu terhadap kebenaran janji Allah. Kesabaran orang yang yakin terhadap akibat - akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat disebalik ujian Allah dan kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala disisiNya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya"

doakan kami supaya kami sabar untuk lalu bulan terakhir dalam semester ini.
semoga Allah terus kurniakan kesabaran buat kamu - kamu.

p/s: esok 6th year Medic start final exam. All the best buat kak S di bilik sebelah, kak A di 3adiyah dan kak D di sakan dalgamoni. All the best juga untuk semua final year medic.

Allah Yustur =)

salam.

Thursday, April 7, 2011

Hamzah

bismillah,
alhamdulillah, segala puji bag Allah, Ar - Rahman bagi seluruh makhluknya.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

hamzah,
adik kecil yang berumur 5 tahun.
comel dan malu - malu.
time mula - mula saya jumpa dia,
dia tak nak buka mulut untuk tunjukkan gigi yang dia rasa sakit.
terus saya hulurkan hadiah sticker,
serta - merta dia buka mulut. =)

2 minggu dari tarikh hari tu,
iaitu hari ni,
saya akan buat exam pulpotomy untuk dia.

macam mana agaknya nak biar dia buka mulut dengan tenang time exam nanti?
nak cari patient lain,
takut dah tak de patient yang ada pulpotomy.

semalam,
cari hadiah untuk hamzah,
sebagai ganjaran buat hamzah,
yang berani untuk buat rawatan dengan saya.

10.30pg,
dia sampai klinik,
masih malu nak buka mulut,
baru je duduk atas dental chair,
hamzah dah nangis.
agak lama nak pujuk hamzah untuk buka mulut,
assistant pun dah putus asa nak layan dia.
dan saya rasa macam nak lepaskan je hamzah

ni bukan hamzah ye..

alhamdulillah,
ayah hamzah datang,
banyak dia tolong,
tolong pegang kepala hamzah dan tutup mata hamzah time saya bagi anaesthesia.
sepanjang saya buat rawatan untuk hamzah,
sepanjang tulah dia menangis,
tapi,
hamzah tetap buka mulut.

masa arwa tolong saya amek ferric sulphate sebagai medication untuk pulpotomy,
ayah hamzah tolong pegangkan suction,
agaknya ayah hamzah termasukkan suction dalam mulut sampai anak tekak,
hamzah dah start gagging (nak muntah)
dan akhirnya,
terus muntah.
lepas tu,
baru letak IRM sebagai temporary restoration

kesian hamzah,
adik umur 5 tahun,
masih belum tahu untuk terangkan yang dia tak selesa,
yang dia tahu,
menangis sebagai cara untuk bagitau dia tak selesa atau sakit.

alhamdulilah,
selesai juga exam pulpotomy,
lepas ambil post-operative radiograph,
baru hamzah senyum balik,
masih terasa kebas - kebas di pipi hamzah,

lagi 2 minggu,
jumpa hamzah lagi.

salam.

Saturday, April 2, 2011

take a deep breath

bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, al - Malik bagi seluruh semesta.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ayat 175 - 177 dari surah al-a`raf dibaca,
maksud di hayati dan cuba difahami sebelum diterangkan dengan lebih terperinci.

ayat 175:
" Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita ayat - ayat yang telah Kami berikan ayat - ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat - ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat"

ayat 176:
"Dan sekiranya Kami mengkehendaki niscaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikian perumpaan orang - orang yang mendustakan ayat - ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah - kisah itu agar mereka berpikir."

ayat 177:
" Sangat buruk perumpamaan orang - orang yang mendustakan ayat - ayat kami, mereka menzalimi diri mereka sendiri"

Manusia,
kita tak tahu kesudahan hidup kita kan?
kita tak tahu ujian apa yang Allah akan bagi pada kita untuk menguji ke'siddiqan' iman kita dalam perjalanan menuju redhaNya.

apabila Allah telah menjauhkan hati manusia itu dari kefahaman2 Islam, dan manjauhkan jasadnya dari amal - amal Islami,
maka,
tiada siapa yang boleh membuka hatinya lagi untuk kembali,
datanglah seramai mana manusia untuk membawanya kembali kepada Allah,
andai Allah sudah tidak redha lagi padanya,
hatinya tetap tidak terbuka untuk kembali ke jalanNya.
kerana Allah lebih tahu bisikan setiap hati kecil manusia,

=_=

perjalanan masih panjang,
katanya,
ambil nafas dalam - dalam,
dan jangan mudah melatah.

berbeza saya lihat,
orang muda berbincang dan membuat keputusan,
dengan,
orang - orang yang lebih matang berbincang dan membuat keputusan dalam usaha untuk meneruskan perjalanan ini.

orang muda (sayalah tu),
hammasahnya tinggi,
tabiatnya mahu cepat dan segera,
sedang mereka yang matang,
berfikir - fikir sedalam - dalamnya,
berbincang dengan sebaik - baiknya,
sebelum membuat satu keputusan yang lebih baik.
maka,
wahai orang muda,
berbincanglah dengan orang lebih matang dari kamu,
bacalah buku2 tulisan orang2 yang lebih matang dalam menyusuri jalan ini.
kita tidak tahu penghujung kita,
tapi,
kita boleh ambil mutiara - mutiara berharga dari kata - kata dan tulisan - tulisan mereka.
sebagai panduan dan pedoman untuk teruskan perjalanan.
Insya-Allah.

p/s: jazakillah mun sebab hadiahkan saya lagu 'Jalan masih panjang" walaupun dia tahu lagu tu agak slow mlow bagi saya.. =)

salam.