Pages

Saturday, October 23, 2010

Al - Barra`

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

kali ke-2 saya mendengarnya,
sangat2 mengagumi sahabat ini..
dia ni saudara kandung Anas bin Malik.. =)
beliau sangat 10x berani..

peta minda tajaan Batu - Bata dari Tanah Lain, nanti Lion King pun boleh buat juga ye..=)

Masa mula dengar kisah Baraa`, saya mahu nangis..
dia sangat cintakan Allah, Rasul dan Syuga..
setiap kali dalam peperangan, dia akan mencari2 peluang untuk mati syahid kerana rindunya Al-BArra` untuk bertemu Rasulullah..

moto Al - Barra` dalam hidupnya:
ALLAH dan SYURGA

cerita 1st:
time ni masa zaman Abu Bakar..
peperangan Yamamah berlaku ketika Abu BAkar hendak memerangi golongan Musailamah Al-Kazzab..(beribu - ribu tentera Musailamah)
Katibah Islam yang 1st yang dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal telah tewas dan Ikrimah telah syahid.
2nd katibah dipimpin oleh Khalid Al - Walid..
kerana perasan gentar sudah menyelubungi hati pengikut2 Musailamah Al - Khazzab, akhirnya mereka menyembunyikan diri di "KEBUN MAUT" dan mengunci rapat - rapat pintu utama kebun tersebut supaya tentera Islam tak dapat masuk ke kebun tersebut.. dalam masa yang sama, tentera Musailamah menghujani tentera Islam dengan panah2 dari tembok yang tinggi..

Kata Al-Barra’,
“Angkat saya dengan gala ini dan lindungi saya dengan perisai dari panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dalam kebun di dekat pintu. Biarlah saya syahid untuk membukakan pintu bagi kalian.”

Al-Barra yang berbadan kecil dan kurus memudahkan sahabat2 yang lain untuk melontarnya ke dalam 'kebun maut'..
akhirnya, 10 pemanah Muslim melontarkan Al - Barra` ke dalam 'kebun maut'.. tentera Musailamah terkejut dan ketakutan dengan kehadiran Al - Barra`.. dengan penuh semangat, Al - Barra` meluru untuk membuka pintu 'kebun maut' dan dalam masa yang sama dia berjaya membunuh 10 orang tentera Musailamah.. =)

dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan ni kerana berjaya memasuki 'Kubu Maut'

cerita 2nd:
sebabkan Al- Barra` tak puas hati dia tak dapat mati syahid dalam peperangan Yamamah, maka, ia mengikut peperangan berlawan dengar Parsi..

Ciri - ciri Kubu pertahanan tentera Parsi:
-Tinggi, besar, kukuh
-banyak menara2 yang tinggi untuk meninjau pihak lawan

disebabkan tentera Islam terlalu lama mengepung kubu Parsi.. akhirnya tentera Parsi mengeluarkan rantai2 besi yang panas membara untuk menjerat orang2 Islam..

akhirnya, saudara Al - Barra` bin Malik iaitu Anas bin Malik terkena jeratan tersebut..
tanpa menghiraukan kepanasan besi yang menjerat Anas, Al - Barra` membuka jeratan dengan kedua tangannya sehingga Anas terselamat..
Tapak tangan Al - BArra` terbakar sehingga nampak tulang - tulang tangannya..

adik - beradik yang sama2 mencari redha Allah..(^_^)

habis dah cerita mengenai Al - Barra` bin Malik..

lepas tu, cik L pun tanya:
sape nak pengajaran dari kisah sahabat ni..

jawab adik W:
Allah dan Syurga

jawab adik A (walaupun mata tak terbuka ketika mendengar kisah Al - Barra`):
Muslim mencintai Mati sepertimana Kafir mencintai kehidupan..

p/s: boleh rujuk-Suwarun min Hayaatis Shahabat (boleh didapati di Maktabah Nur Islami)

salam..








Friday, October 8, 2010

hati logam

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam..
selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad s.a.w

hari mahu share pasal 'hati logam'
bukan 'hati batu'
'hati batu' susah nak dibentuk,
once 'hati batu' kena ketuk..
dua posibility yang boleh berlaku,
samada
1st- hancur berderai
atau
2nd - tak boleh ketuk langsung sebab keras sangat..

nauzubillah, jauhkan dari hati ini menjadi keras..

tapi
'hati logam'
perlu dicairkan dengan pemanas yang lebih tinggi dari takat leburnya..
tapi ada 2 cara
1st- panaskan pelan2 hingga lebih dari takat lebur dan dibentuk dengan perlahan2
atau
2nd - cairkan sehingga cair lalu dibentuk dengan acuan segera
mana lagi cun?
=)

hakikatnya,
untuk mencari 'hati logam' memang susah, Allah sahaja yang boleh bantu dengan bantuan alat sensory yang Allah bagi, iaitu 'hati logam' kamu yang sudah dibentuk dengan baik dan cun dan cantik..

nak membentuk 'hati logam' pun, perlu bantuan dan petunjuk dari Allah supaya tak mudah putus asa dan sabar..

untuk dapat 'hati logam' yang baik,
masa kamu mesti kena potong,
duit kamu mesti kena potong,
perasaan kamu mesti kena potong (maksudnya, jangan layan hati kamu yang suka merajuk),

baru boleh bentuk 'hati logam' dengan baik.. Biiznillah..

buat 'hati logam'
kamu memang mahal,
kualiti 'hati logam' kamu,
taqwa 'hati logam' kamu,
iman 'hati logam' kamu,
yang akan naikkan martabat kamu..
disisi Rabbul Jalil..

p/s: buat adik2 Fateh, kena habiskan aiskrim kita kat peti ais.. winter dah sampai..
p/ss: saya kena tepon mu'in di rumah... adik ni bakal habis PMR.. saya doakan mu'in jawab PMR dengan ikhlas, hanya untuk Dia..

salam

Friday, October 1, 2010

bila takut..

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah bagi orang2 yang beriman..
selawat buat kecintaan, Muhammad s.a.w..

pernah tak rasa takut??
mestilahla pernahkan... =)
sebab takut tu perasaan semulajadi manusia..
manusia yang ada hati dan perasaan..

Nabi Musa pun ada perasaan takut bila bertarung dengan tukang sihir fir'aun..
tapi Allah pujuk perasaan takut Nabi Musa dengan memberitahu Allah ada dengan Nabi Musa..

65. "Mereka (tukang-tukang sihir) berkata:
'Wahai Musa pilihlah sama ada engkau yang melemparkan dulu atau kami orang-orang yang mula-mula melemparkannya."

66. “Jawab Musa:
'Silalah kamu melemparkan dulu,' tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka dengan pengaruh sihir mereka terperasan kepada Musa seolah-olah berjalan. “

67. “Lalu Musa merasa takut dalam hatinya.”

68. “Kami berfirman kepadanya:
Janganlah engkau takut kerana sesungguhnya engkaulah yang paling tinggi (menang).”

69. “Dan lemparkanlah tongkat yang ada di tangan kananmu nescaya ia akan menelan apa yang dibuat mereka. Sesungguhnya apa yang dibuat mereka hanya tipu daya tukang sihir sahaja dan tukang sihir itu tidak akan menang walau dari mana sahaja ia datang."

(Ta Ha : 65 - 69)

manusia selalu takut dengan ape?
takut dengan kegelapan malam..
takut kalau ada orang lain buat jahat dengan kita..
takut dengan kejahatan makhluk2 disekeliling kita..
cuak..
gerun..
dan lain2 la perasaan yang tak menyenangkan hati..

tapi,
Allah ajar untuk cari Dia bila kita rasa takut.
hafal tak surah al - falak??

( ُقول أعُوُذ بِرَبِّ الَْفَلقِ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan seluruh makhluk.

( مِن شَرِّ مَا خََلقَ ( 2
2. Dari kejahatan sebarang makhluk yang telah diciptakan-Nya.

( وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إَِذا وََقبَ ( 3
3. Dan dari kejahatan malam apabila (gelap-gelitanya) meresap.

( وَمِن شَرِّ النَّفَّاَثاتِ فِي الْعَُقدِ ( 4
4. Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada tali-tali yang disimpul.

( وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إَِذا حَسَدَ ( 5
5. Dan dari kejahatan pendengki apabila ia berdengki.

maka,
bila rasa takut,
baca al - falak..
Allah kata, pada Dialah tempat pergantungan (Allahussomad)..
sebab Dia sahaja yang boleh control segala pergerakan manusia..
Dia sahaja yang tahu segala lintasan di hati setiap manusia..
Dia sahaja pelindung bagi seluruh makhluk dan seluruh manusia..

dengan syarat..
Kita kena menyakini Allah Maha Pelindung..

" Aku seperti mana yang hambaKu sangkakan" - Hadis Kudsi..

(^___^)

salam