bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat buat junjungan teragung. Muhammad s.a.w
nak sharing artikel dari dapur sambal terung.. =)
tajuk artikel ni sebenarnya 'Untuk kamu rijal ammah...'
Dalam kita meneruskan perjalanan hidup di bawah lembayung DnT ni, kita akan sentiasa berhubung dgn murabbi kita.. dan insyaAllah kita akan berpeluang untuk belajar dari ramai murabbi yg berbeza-beza asuhannya..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat buat junjungan teragung. Muhammad s.a.w
nak sharing artikel dari dapur sambal terung.. =)
tajuk artikel ni sebenarnya 'Untuk kamu rijal ammah...'
Dalam kita meneruskan perjalanan hidup di bawah lembayung DnT ni, kita akan sentiasa berhubung dgn murabbi kita.. dan insyaAllah kita akan berpeluang untuk belajar dari ramai murabbi yg berbeza-beza asuhannya..
Ada yang tegas dan akan tegur direct, ada yang lebih suka melatih mutarabbinya untuk menjadi independent, dan ada juga yang begitu lembut dan jarang meng'push' mutarabbinya.
Ya. Setiap asuhan yang berbeza akan menghasilkan produk daie yang berbeza. Mungkin murabbi yang tegas tu, akan banyak kehilangan mutarabbi. Tetapi yang tetap bersamanya itu, hasilnya bukan calang². Murabbi 'independent' pula, mungkin mutarabbinya akan menghasilkan kerja² yang banyak kekurangannya, tetapi, selepas muhasabah dilakukan, mutarabbinya akan dapat belajar banyak benda. (Tapi mmg KENE buat muhasabah la, klo tidak, kesilapan itu akan diulang selama²nya dan akan mencacatkan perjalanan dakwah di masa hadapan) dan untuk murabbi yang lembut itu pula, mungkin mutarabbinya ramai, tetapi manja dan susah untuk digerakkan..
Susah kan, nk jadi murabbi? mutarabbi yg diasuh juga pelbagai ragam. dan semestinya tidak boleh dihandle dgn cara yang sama. Since murabbi ini, masih manusia yang mempunyai sikap asalnya yang tersendiri, cara menghandle mutarabbinya still akan dipengaruhi sikap asalnya. Iaitu murabbi tegas, jika die berlembut, masih ada ketegasannya, dan begitu juga murabbi lembut, bila bertegas tu, masih tak hilang kelembutannya. dan kadang², ada je mutarabbi yg lari kerana sikap murabbinya..
Lari? atas alasan tidak diasuh dengan betul oleh sang murabbi.. huhu.. kelakar juga memikirkan kes² lari ni. Adakah mutarabbi ini tidak sedar yang diatas murabbinya, masih ada Murabbi Agung, yang sentiasa mentarbiyyah hamba²nya? Murabbi agung yang kepadaNya diletakkan matlamat utama. Murabbi agung yang mengasuh dengan manual lengkap berupa Al-Quran. Murabbi agung yang telah mentarbiyyah Murabbi Ikutan, iaitu Rasulullah saw. Lantas, atas alasan apa mutarabbi itu mahu lari, jika dia tahu yang dia confirm x boleh lari dari penciptanya?
Wahai rijal² ammah, sedarlah yang kerja kita masih banyak! ummat memerlukan kita yang diberi lebih kefahaman ini, utk memahamkan yang lain. Kefahaman ini akan dituntut haknya diakhirat nanti, samada kita telah menyebarkannya atau belum.. oleh kerana kerja kita masih banyak, kita tiada masa untuk bermain "lari²" ni. kita tiada masa untuk bermain "terasa²" ni..
Benar, kerja kita memang banyak tekanannya. memang banyak tuntutannya (duniawi juga harus diseimbangkan), lantas, setiap dari kita memang memerlukan tempat mengadu yang kepadanya di hamburkan segala masalah. dan jika teman seperjuangan dirasakan tidak lagi mampu meredakan tekanan dan menyelesaikan masalah, kita masih ada Dia yang berkuasa atas segala²nya. Pokoknya diri kita sendiri! samada kita masih tahu mencariNya atau kita mencari selainNya utk dilepaskan segala tekanan.
Sudah banyak yang ditulis, semoga yang menulis ini lebih² lagi diperingatkan. kepada teman² seperjuangan, didoakan agar antum terus tsabat, dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala mehnah. memang perit melalui masa² kritikal, tetapi kita sentiasa mengharapkan kita tsabat hingga kehembusan nafas terakhir, utk merasai manisnya syurga.. bukankah hidup ini hanya lebih kurang 60 tahun sahaja, dan akhirat itu selama-lamanya? adakah kita mahu 'bahagia' didunia yang sementara, dan menghadapi kehidupan akhirat yang "tidak sure"? (oh, sbg duat pon, kehidupan akhirat masih x sure, tapi at least kita berusaha menggapai syurga setelah diberi kefahaman² di jalanNya..)
wallahualam..
menulis dikala hatinya mendung
Yu_aY
p/s: saya rindu dia di Nancy.. bertahan seorang diri di bumi itu.. semoga Allah sentiasa memberi dia kekuatan untuk terus ber TZ..
salam.
p/s: saya rindu dia di Nancy.. bertahan seorang diri di bumi itu.. semoga Allah sentiasa memberi dia kekuatan untuk terus ber TZ..
salam.