Pages

Friday, April 30, 2010

Mr. Ayam yg dirindui (^_^)Y

bismillah
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ar-Razaq kepada seluruh makhluk.selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

di satu petang jumaat,
tahun 2003,
angkatan g-xone bergerak ke hutan,
untuk diuji tahap kecekapan dan ketahanan minda, fizikal dan hati..

kalau camping time form 1 dulu, bawak baju macam nak balik kampung, padahal 3 hari je pun.. dendaan masih di tahap minimum..hihi

naik form 2, kena panjat gunung,
tahun 2002 kena panjat Gunung Dato`, Negeri Sembilan... walaupun tak setinggi dan semasyhur Gunung Ledang atau Gunung Kinabalu.. training sebelum naik gunung dah memaksa segala upaya yang ada untuk dikeluarkan..
kena train naik bangunan sekolah 4 tingkat (bilangan pusingan yang banyak).. naik tangga belah kanan..pastu lari.. dan turun tangga belah kiri.. ada masa pula tu.. kalau masa tak lepas, jawabnya tak lepasla nak naik gunung..
ditambah pula dengan dendaan2 yang sangaaaaaaaat 'best' masa time panjat gunung..
saya sangat suka..

gambar hiasan

tapi cerita saya dengan Mr.Ayam lagi best..
sebelum bertolak ke program Uji Cekap Form 3, barang2 yang melebihi had kena dikeluarkan, hanya 1 beg sebesar beg sekolah je boleh dibawa..
baju dalam simpanan cuma 1 pasang + baju yang tgh dipakai = 2 pasang
kenapa kena bawa baju 1 pasang je??sebab hari2 kena rendam dalam sungai yang berdekatan (sape suruh nakal sangat).. comformla baju tu bersih..lagi best masa time kena rendam b4 subuh, keluar je sungai terus solat subuh sambil baju tgh lencun2..(^_^)

sampai je hutan,khemah dipasang..
satu kumpulan 9 orang, sumbat dalam 1 khemah (time ni, tahap sabar dan ithar diuji)..
tiba - tiba fasilitator panggil..
diumumkan ketibaan ahli baru setiap kumpulan..
namanya Mr.Ayam..
kitorang dapat barang amanah yang perlu dijaga sepanjang Uji Cekap..
selaluu orang bagi telur ayam untuk jaga, kali ni dapat AYAM HIDUP!!!

Mr.Ayam yang dirindui
fasi cakap;
"ok, ayam ni dah jadi salah ahli kumpulan korang sume, dia perlu makan,dan perlu tempat perlindungan yang selesa"
dalam hati saya:
Alhamdulillah dapat ayam bandar, taklah selincah ayam kampung, tapi ayam ni cerewet sikit bab2 makan, nak makan nasi yang kitorang makan.. bagi jelah, dia kan ahli kumpulan saya..

petang selepas solat asar, setiap kumpulan men'design' dan membina tempat tinggal ahli baru masing2 @ reban ayam..
disebabkan terdapat kesalahan mengagak saiz 'Mr.Ayam' kumpulan sendiri, Mr.Ayam tak selesa dgn reban baru, sebab tak cukup space nak bergerak dengan riangnya..
tapi, kitorang biar je..
esok pagi lepas bangun qiam dan solat subuh, reban dah pecah sebab Mr.Ayam nak kebebasan..
Alhamdulillah, dia tak lari gi mana2 sebab pagi tu sejuk.. kalau tak, kena denda yang best punye.

esoknya..
jungle tracking + latihan Uji Cekap dimulakan..
sebelum bertolak reban ayam dikukuhkan, dah kunci siap2 reban tu supaya Mr. Ayam tak terbebas dengan mudah..
dengan yakin, kami bertolak pagi tu..
sepanjang perjalanan dan latihan, hujan pun turun,
dalam masa yang sama, Qunut Nazilah perlu dihafal, sebab bila habis program, fasi dan cikgu nak tasmi' bacaan..

alhamdulillah, petang tu sume dah selamat sampai ke tapak perkhemahan..
fasi keluarkan arahan:
sape yang ada ahli kumpulan dia yang tak habis lagi menghafal al - mulk, satu kumpulan kena masuk sungai, tolong kawan2 tu hafal dan tasmi' bacaan kawan masing2..
dah kena masuk sungai lagi..
alhamdulillah, bila semua dah selamat menghafal, dapat keluar dari kesejukan sungai dengan leganya..

tiba2, satu masalah lagi datang..
sampai je khemah,
Mr.Ayam TAK DE!!
mana la pula ayam ni pegi.. hati dah cuak, dendaan2 fasi sedang menunggu..
fasi : Tahu tak apa kesalahan korang??
kami : Tahu (dengan nada yang sayu), kitorang dah hilangkan ayam.
fasi : korang bukan hilangkan ayam je, tapi dah seksa ayam tu

dalam hati tertanya - tanya, ape yang kami2 ni buat sampai Mr.Ayam terseksa??
fasi pun bagitau kesalahan2 kami yang sampai menyebabkan ayam tu terseksa
1- kaki ayam tu kena ikat
2- siang tadi hujan, bila kaki ayam kena ikat, dia tak dapat lari utk cari perlindungan, maka
Mr.Ayam kena duduk je sambil kesejukan kena hujan..
(hati tengah geram, sapela yang g ikat kaki ayam sebelum bertolak time pagi tadi, memanglah tak nak bagi ayam terlepas, tapi jangan sampai ikat kaki,ingatkan ayam tu dah duduk sopan2 sebab dah selesa dengan mengukuhan reban tu)
p/s: ni lah gaya budak bandar jaga ayam.. tau makan ayam je.. ^_^

dendaan yang kitorang kena sama dengan apa yang dah kena pada Mr.Ayam..
1-kaki semua kena ikat
2-kena simbah dengan air sungai sampai lencun..
sangat2 best denda ni, kitorang jadi makin rapat sesama ahli kumpulan dan makin alert dgn
Mr. Ayam ^_^

malam tu,
satu lagi benda terjadi..
akibat kalah main perang2 ngan fasi, kena rendam dalam sungai lagi sekali..
masuk sungai malam2, sangat sejuk..
time ni pun sangat best..

dan yang paling best,
esok pagi semua Mr. Ayam dari setiap kumpulan kena sembelih sebab nak buat BBQ..
saat yang paling gembira time Uji Cekap tu.
tak yah jaga dah Mr.Ayam ni..

alhamdulillah..
saya belajar banyak benda dari camping ni
1-belajar hidup susah, jangan asyik mengeluh, kena selalu ingat ada orang lagi susah dari kita
2-sabar dengan masalah
3-dendaan ajar diri untuk berdisiplin dan bertanggungjawab
4-Muslim kena sihat Hati, Akal, dan Jasmani.. kalau jasmani tak jaga, macam mana nak buat
kerja..
5- Jangan jadi orang manja.. kerja kita menuntut pengorbanan dari kita..

salam.

Thursday, April 15, 2010

sila sabar dengan cantik..

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, al-Malik seluruh alam..
selawat buat tercinta, Muhammad s.a.w..

tadi,kita baca ayat Tuhan yang memujuk kekasihNya..
ayat yang memujuk orang2 yang setia dengan kekasihNya..
kataNya,
supaya bersabar dengan kesabaran yang baik..
jangan jadi seperti orang yang ditelan Nun, ketika ia berdoa semasa berada di dalam kesusahan..

kisah ini diceritakan..
supaya pengalaman Yunus menjadi bekalan.

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
AL-ANBIYA`(21):87


mahu ku kongsikan ini buat kamu..
yang sudah mula merasai bahang kesusahan dan keberatannya..

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


p/s: ini yang full punye, silalah baca

maka, silalah sabar dengan kesabaran yang cantik..
rajin2 men'topup' TZ a.k.a minyak kereta..

salam.

Saturday, April 3, 2010

tap.. ia melantun

bismillah..

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
selawat dan salam buat junjungan besar, Muhammad s.a.w

sirah mengajar..hati perlu dibukakan seluas2nya..
kerana kerja kita berhadapan dengan perbagai manusia dan pelbagai ragam..
hati kita perlu jadi macam air yang jernih,
dipermukaannya ada lapisan membran yang menutupinya..
air kalau tak de penutup..semua kotoran akan masuk..dari sekecil2 debu.. hingga bangkai gajah yang besar boleh masuk dan mengotori air yang jernih..

tapi..
kalau mahu bekas air itu selamat dari dimasuki kotoran..tutuplah dengan lapisan yang boleh melantunkan segala kotoran..
supaya air dibawahnya sentiasa bersih

macam tu juga hati kita..
sediakan membran untuk menyelaputi hati kita..
kalau ada perkara2 buruk yang datang menyakitkan hati kita..
lantunkan semula perkara2 tu supaya tidak tembus ke dalam hati..

tipulah kalau kita kata hati kita tak terasa kalau ada perkara yang melukakan hati..
tapi bagaimana kita bijak mengontrol emosi..
cukuplah sekadar benda buruk tu singgah sebentar di hati..
dan lantunkan semula benda buruk tu..
supaya tak terus terperap dan akhirnya mengeruhkan hati..

sila lantunkan cepat2 benda yang terasa di hati..
(^__________^)

to my umi.. dan murabbiyah yang sangat besar hatinya,,

thanks to kak hikari..gambar2 akak memang best..

salam..