Pages

Tuesday, March 16, 2010

tak jadi baca prostho..

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemilik segala kasih sayang, junjungan buat kecintaan, Muhammad s.a.w

hari ni..saya tgk kucing kat tepi jalan pun, saya terharu..
kasihnya Allah pada kucing ni.. memberinya kehidupan dan rezeki yang cukup untuknya..
bila melihat manusia..lagilah saya terharu..
banyaknya Allah bagi pada kita..
Dia pelihara diri kita sejak kita dalam kandungan ibu hinggalah ke hari ini..
tapi, bila manusia sentiasa rasa dia selamat, dah selamat membesar,dia lupa akan kuasa yang sentiasa memberikannya keselamatan..
patutlah malaikat pelik ketika Allah melantik manusia menjadi khalifah..
tapi, Allah lebih mengetahui segalanya2..Allah lebih tahu sape yang lebih menghargai dan mensyukuri nikmatnya..


esok klinik prostho,
teringat pula pertemuan saya dengan seseorang sebelum start klinik prostho 3 minggu yang lepas..
masa tu niat di hati mahu baca buku prostho, dapat satu bab pun jadilah..
akhirnya saya disapa..

dia : assalamualaikum, klinik perio buka pukul berapa?
saya : waalaikumussalam. bukak pukul 1.30ptg.. silalah duduk sini
( bersebelahan ngan saya)

saya : awak nak buat apa kat klinik perio?
dia : saya nak jumpa Dr.Dhafi dan nak bagi research yang saya buat ni kat dia.


p/s: maksud perkataan
prostho : gigi palsu
perio : selalunya klinik perio kena scaling gigi orang

dia pun membuka begnya.. ambil makanan untuk menjadi alas perut di waktu tengahari.. satu untuk dia, satu untuk saya.. hee.. rezeki jangan ditolak..

habis makan, dia berkenalan ngan saya.
amani namanya..
entah macam mana tah, termasuk pula topik keadaan umat Islam ni.. dia menyampaikan kesedihan melihat umat Islam masa kini.. terutamanya bangsa Arab.. kesedihannya ketika jatuhnya Khilafah.. kurangnya bangsa arab memahami Al - Qur`an.. lagi sedih.. kurang bangsa Arab yang mahir bahasa arab fushah..
punca ketidak fahaman bahasa Arab fushah membuatkan bangsa arab tidak memahami al - Qur`an.. jauhnya manusia dari Al -Qur`an membuatkan manusia jauh dari Islam..
dan inilah konspirasi yang dicipta oleh musyrikin untuk menanamkan ketaksuban terhadap bahasa arab ammiyah..

muslim yang tidak memahami Al - Qur`an ibarat orang buta yang sentiasa
tersungkur sedangkan lampu suluh digenggamannya

jam dah pukul 1.15 ptg.. lagi 15 minit klinik prostho nak start..
hati terdetik untuk bertanya.. akhirnya persoalan dikepala saya disampaikan padanya..

saya : macam mana awak boleh pilih untuk pakai niqab??
amani pun citer sejarah dia pakai niqab..dia mula pakai tudung lepas amek taujihin(spm budak arab).. umur dia time tu 18 tahun..

saya: kenapa sebelum tu awak tak pakai hijab??

amani citer, dulu dia faham hijab hanya untuk orang2 yang dah ada anak dan mak cik2 yang sudah tua.. dia cakap teruknya fahaman dia dulu terhadap kewajipan hijab.
tapi, satu hari tu, masa tu time dia balik dari sekolah.. entah macam mana ntah, ada kawan laki dia kata pakai tudung tu sunnat (lebih kurang cam tula matannye)..
hati dia terdetik.. "betul ke pakai tudung tu sunnat?"

sejak dari tu, dia mula mencari pasal hijab..
bila dia tahu je Allah menfardhukan hijab.. terus dia pakai hijab
dan dari kajian mengenai hijab, dia terus mengkaji apa itu Islam..
sebelum ini, dia tidak memahami Islam secara syumulnya..sedangkan dia duduk dalam family Islam, masyarakat yang majoritinya Islam dan bahasa yang dituturkan sehari - harian adalah bahasa arab..
lepas 2 tahun dia kerja kat markas sihhi, dia pun start pakai niqab..
adakah hati ini telah memahami Al - Qur`an dengan sebenar2nye ??

dalam hati saya :
subhanallah, hebatnya hidayah Allah, boleh tukar manusia 180 darjah.. kalau kita nak.. campur ngan usaha, mesti Allah sapa kita (^__^)
dia lakukan sesuatu setelah dia faham.. faham dengan hati..
dan satu lagi.. ini.kesan kejatuhan khilafah
sampai ke akar umbi musyrikin cuba mencabut Islam dari hati2 manusia..

jam dah 1.30ptg..
dia : maaflah sebab saya awak tak dapat baca buku prostho..
saya : tak pe.. saya dapat jumpa awak.. terima kasih atas segalanya


salam..

0 comments: