bismillah..
alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah s.w.t... yang memberi nikmat syukur buat hamba2 yang mahu bersyukur..
bersyukurlah kepada Allah kerana diberi nikmat syukur..dengan nikmat ini, saya belajar mengenal pencipta saya dan alam ni.. dan seterusnya mendorong untuk taat kepada-Nya..
Maka dia(Sulaiman) tersenyum lalu ketawa kerana terdengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba2-Mu yang soleh.
An - Naml:19
semoga Allah mengekalkan nikmat ini..
alhamdulillah, 13 julai 2009.. antara detik yang paling manis..
sebabnya.. kepulangan Dr. Fadhilah ke bumi malaysia..
kenapa ni detik paling manis??
selalunya kalau orang tinggalkan kita.. itulah saat paling sedih..
syukur pada Allah, kak fadhilah balik dengan membawa
2 title DOKTOR1st :Daieah Rabbani (DR)
2nd : as a Medical Doctor
semoga Allah terus membantu kak fadhilah dan kakak2 yang lain (^_^)
sebenarnya entry kali ni nak kongsi mengenai perjalanan ketika menghantar kak fadhilah ke airport..
lebih kurang jam 3 petang, masing2 telah ke bab ra`isi jamiah untuk tunggu coster yang akan ke airport.. masa tu ada dalam 11 org yang duduk bawah pokok kat depan bab ra`isi..

daripada buang masa tunggu coster kat bawah pokok, baik dengar tazkirah dari sahabat2.. dapat tambah bekal..(^^,)
tazkirah first--
1 ayat dari surah al - qiyamah
Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri (al - qiyamah:14)
saya takut apabila membaca ayat ini.. di hari akhirat, kita sendiri yang akan bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan .. samada amalan itu baik atau buruk, semua itu akan dipersoalkan.. dah tak de chance dah nak tuding2 kesalahan kita disebabkan orang lain dan, masa tu mulut kena tutup. anggota lain yang akan berkata2 sebagai saksi terhadap segala perilaku kita..
subhanallah..
dalam ketakutan manusia untuk dihisab, dengan keadaan matahari sejengkal di atas kepala.. tiapa siapa yang dapat memberi syafaat melainkan Allah s.w.t..
antara golongan yang Allah akan beri perlindungan di hari akhirat:
--> manusia yang berkasih2 sayang kerana Allah..
semoga Allah mengekalkan ukhuwah ini dan berterusan hingga ke syurga..
tazkirah 2nd: sikap proaktif para sahabat dalam membantu menyebarkan Islam..
sahabat 1st -- Salman Al - Farisikisah salman al- farisi yang paling famous sekali masa ketika peristiwa perang khandak/ahzab..
ketika Rasulullah dan para sahabat membincangkan strategi untuk pertahanan kota Madinah, akhirnya mereka bersepakat untuk menerima cadangan yang dikemukan oleh Salman Al - Farisi
Kata beliau:"Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami"Maka Rasulullah segera menerima cadangan tersebut.sahabat 2nd -- al -Habbab bin Al - Munzirkisah beliau semasa peperangan Badar
Dimasa perang badar, Habbab selaku pakar ketenteraan bertanya kepada Rasululah :"Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah tidak boleh kita maju atau kebelakang selangkah pun?? Atau adakah ianya sebagai taktik dan pemilihan strategi?Jawab Rasulullah :Ianya strategi dan taktik semata - matakata Habbab :Kalau demikian ya Rasulullah, ianya buka tempat yang sesuai, tuan boleh berpindah bersama tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan kolah ditepiannya dan kita pula bina takungan, kemudian kita penuhkan dengan air hingga dengan itu semasa peperangan nanti kita akan dapat minum tetapi kaum musyrikin kekeringan dan kehausan..jawab Rasulullah:Kau telah memberi pendapat yang baik.habis je tazkirah, coster sampai dan kami teruskan perjalanan ke airport..
rasa macam g picnic.. siap bawa bekal..
tapi, ada 1 masalah.. enjin coster cepat panas..maka, terpaksalah coster berhenti agak lama kat tepi jalan untuk tunggu enjin sejuk..
walaupun ni memang masalah, tapi alhamdulillah.. dengan masalah ini.. mengajar saya erti bersyukur dan malam tu , dapat tgk bintang2 dan merapatkan ukhuwah antara kami..
semoga Allah menilai semua ini sebagai hasanat..
salam..