alhamdulillah, puji dan syukur pada Allah tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
saya belajar dan kini saya tahu nilainya..
keadaannya sudah terlalu nazak..
hanya menunggu masa untuk 'meletup'..
kerana sudah tak tahan menanggung beban yang terlalu lama..
tetapi
yang manusia didalamnya,
terlupa umur dunya sudah terlalu tua, nilainya semakin merosot..
mereka yang didalamnya masih mengejar..
dan terus mengejar segala isi kandungannya..
sehingga lupa dia hanyalah seorang hamba..
yang akan kembali dengan tiada apa - apa..
melainkan bekalan yang sudah dikumpul olehnya.
Junjungan kita Rasulullah telah memberitahu nilainnya..
Nak tahu nilainya??..
1) SEBELAH SAYAP NYAMUK
2. BANGKAI SEEKOR ANAK KAMBING YANG KECIL TELINGANYA
Daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi s.a.w melalui sebuah pasar bersama - sama orang ramai. Di perjalanannya, baginda terjumpa dengan BANGKAI SEEKOR ANAK KAMBING YANG KECIL TELINGANYA. Lalu diambil dan dipegang telinganya.
Baginda s.a.w pun bersabda:
"Siapakah di kalangan kamu yang ingin membelinya dengan harga satu dirham?"
"Siapakah di kalangan kamu yang ingin membelinya dengan harga satu dirham?"
Mereka segera menjawab :
" kami tidak mahu ia menjadi milik kami walaupun dengan harga yang murah. Apa yang kami boleh buat dengannya?"
" kami tidak mahu ia menjadi milik kami walaupun dengan harga yang murah. Apa yang kami boleh buat dengannya?"
Baginda s.a.w bertanya:
"Adakah kamu suka sekiranya ia menjadi milik kamu secara percuma?"
"Adakah kamu suka sekiranya ia menjadi milik kamu secara percuma?"
Mereka menjawab:
" Demi Allah, kalau sekiranya ia hidup, kami tidak mahu kerana telingannya kecil (mempunyai aib), apatah lagi ketika ia mati."
Lalu Baginda s.a.w menjawab:
" Demi Allah, dunia ini lebih hina disis Allah daripadanya hinanya bangkai ini kepada kamu"
Riwayat Muslim
3) SETITIK AIR
"Tidaklah dunia ini dibandingkan dengan akhirat kecuali seperti salah seorang dikalangan kamu memasukkan jarinya ke dalam laut, maka lihatlah apa yang dikeluarkannya??"
Riwayat Muslim
adik bertanya:
" kalau dunia ni hina, kenapa Allah jadikan dunia dan lahirkan kita ke dunia??"
kakak menjawab:
"sebab Allah nak bagi kita SYURGA" (^________^)
salam..
" kalau dunia ni hina, kenapa Allah jadikan dunia dan lahirkan kita ke dunia??"
kakak menjawab:
"sebab Allah nak bagi kita SYURGA" (^________^)
salam..