Pages

Thursday, October 3, 2013

kamu memotong leher temanmu??

bismillah..
segala puji bagi Allah, Pencipta sekalian makhluk,
sewalat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

bulan puasa..
sambil berbulatan gembira..
membaca satu tulisan dari orang lama..
berkenaan dengan hati manusia.. =)

kadang2,
kita senang memuji manusia tanpa memikirkan..
"berpadakah aku memuji dia??"

selalu aku membaca post2 yg berbunyi..

" ya sheikhah kabeer... keif haluki??"
"dialah murabbiah agung ana.."
"kenape ada selalu mendengar nama anti disebut sebut.. betapa banyakknya jasa yang anti tinggalkan di medan ini.."
dll..

owh men.. come on..
memuji itu boleh..
tapi biarlah berpada dan setimpal..
kerana lebihan pujian.. kamu menghakis amalan sahabat kamu..

Umar r.a berkata:
"Memuji adalah menyembelih" 

kerana orang yang disembelih adalah orang yang berhenti dari  amal dan pujian menyebabkan  rasa malas atau pujian akan menimbulkan sifat ujub dan takbur, kedua - duanya sama merosakkan seperti penyembelihan.

Orang yang dipuji, dirugikan oleh pujiannya.. dari dua hal..
1st: Pujian itu menimbulkan takbur dan ujub
2nd:  kalau dia dipuji dengan kebaikan maka dia merasa bangga, malas kemudian merasa rela dengan dirinya sendiri.

Barangsiapa yang merasa kagum dengan dirinya sendiri, maka berkurang kecepatannya. Sebab seseorang yang cepat dalam melakukan perbuatan kalau dia berasa dirinya kurang, apabila puji - pujian itu telah keluar dari mulut banyak orang, maka dia telah mengira bahawa dirinya telah mencapainya, oleh kerana itu

 Rasulullah s.a.w bersabda:

"Engkau telah memotong leher temanmu
, kalau dia mendengarkannya maka dia menjadi tidak beruntung"

Ali r.a berkata ketika dipuji:
"Wahai Tuhanku, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak mengetahui.. janganlah Engkau mengambilku terhadap ape yang mereka katakan dan jadikanlah diriku lebih baik daripada apa yang mereka sangka"

Muthrif berkata:
" Aku tidak pernah mendengar pujian dan sanjungan kecuali aku merasa hina terhadap jiwaku"

salam.