Pages

Saturday, April 21, 2012

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al-Khaliq bagi seluruh makhlukNya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

2 hari lepas,
hati 'tertembak'
kerana persoalan mengenai cara untuk melalui rintangan dalam DnT di masa2 akan datang, terjawab juga..

jawapan yang di beri,
short dan sweet..

bagaimana nak istiqamah??

" jangan ada pada niat kita untuk STOP SEBENTAR dalam DnT, kerana risiko untuk anda tidak berpatah balik semula ke jalan DnT sangat tinggi.."

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..
'
"gua tak percaya antum semua akan thabat dan istiqamah dalam DnT, selepas antum lalu semua 4 fasa hidup ni..

fasa 1st:
Bila kita BACK FOR GOOD (bagi yang belajar di luar negara) / selepas tamat belajar..
masa ni, sape yang nak 'main kejar - kejar' dengan DnT, siap sedia la.. DnT akan pergi pada insan-insan yang bersungguh untuk mencari dan mengejar DnT, bukan DnT yang kejar kita seperti mana kakak2 kita dulu yang sentiasa 'mengejar kita.. realiti Malaysia tidak seperti idealnya luar negara..

fasa 2nd:
Bila kita BEKERJA..

fasa 3rd:
Bila kita BERUMAH TANGGA..

fasa 4th:
Bila kita BERANAK -PINAK..

"kalau kesemua fasa2 ni, kita masih thabat dengan DnT.. baru boleh kata kita tetap dengan DnT."

tambahan saya,
fasa 5th:
Bila kita KEMBALI KEPADA ALLAH

Wah!!
hidup masih jauh,
baru lepas 2 fasa.. itupun fasa yang ke-2, ujian2nya baru bermula.

kena perbaharui niat selalu, supaya Allah terus membantu.
kena doa selalu, supaya kaki ini istiqomah atas jalan yang lurus..

salam

Friday, April 6, 2012

Tetap

bismillah,
segala puji bagi Allah, Raja seluruh makhluk,
selawat dan salam,buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
masuk bulan ke 5 saya kerja..
siapa sangka,
percaturan Allah menetapkan saya dibumi ini,
membantu saya mengenal serba sedikit realiti malaysia,
yang banyak memakukan,
kaki - kaki daie muda,
yang dahulunya sangat bersemangat waja,
kini,
hammasah - hammasah itu di sedut oleh masalah2 realiti,
yang wujud di bumi sendiri.

Doa saya pada Allah,
sebelum saya dipost kemana-mana,
supaya tempatkan saya dimana sahaja yang Allah tahu ia terbaik untuk dakwah dan tarbiyah..
dan Allah menghantar ke sini,
bumi yang tak pernah ku sangka akan ku jejaki lagi.
kali terakhir saya bertandang ke bumi ini ketika saya di sekolah rendah..
lama tak?? =)

sepanjang di sini,
aku memerhati,
mereka amat jujur dengan janji - janji mereka pada Allah.
Janji mereka untuk melaksanakan amanah sebagai seorang hamba Allah dan khalifah dimuka bumi..

akhawat2 di sini sangat cekal, kuat, tabah dan sabar..
ingat lagi time mukhayyam,
salah seorang dari groupmate saya yang mengandung,
anak 3 orang,
semua dia bawa ke mukhayyam,
dan dia tidak menggunakan alasan mengandung dan anak ramai dan masih kecik - kecik tu dia tidak hadir ke mukhayyam..
Allah.. Hanya Allah sahaja Pemberi kekuatan pada manusia.

sorang lagi akhawat,
sewaktu explore race berlangsung time mukhayyam,
anak kecil sentiasa dikendong,
sampai je di check point,
akhawat ni mentasmik hafalan al-qur`an yang wajib dihafal sebelum datang ke mukhayyam,
dalam masa yang sama, dia menyusukan anaknya yang masih bayi..
Allah.. Dia sahaja sebaik - baik tempat bergantung.

dan,
sorang lagi akhawat,
masa tu time katibah (qiammulail);
anak 10 tahun dan anak jiran dibawa bersama..
tepat jam 5 pagi,
ketika para ibu2 sedang khusyuk bertawajjuh pada Allah,
dia menghampiri anak kecilnya,
dikejut dan diberi kata - kata semangat kepada anak kecil,
untuk bangun berqiammulail dengan akhawat2 yang lain,
yang jauh lebih tua dari anak kecil ini..
Allah..
benarlah,
tangan ibu yang menghayun buaian,
dia yang akan menghasilkan rijal yang mengegar dunia.

Ya Allah,
mampukah aku menjadi seperti mereka??
Yang sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya sebagai matlamat utama dalam hidup.
yang akan melalui ujian - ujian dengan tenang dan bersemangat untuk mencapai redho Allah..
yang mendidik generasi akan datang untuk menyambung rantai - rantai perjuangan para rasul dan sahabat..
yang memimpin generasi kini, membawa menghadap Allah dalam keadaan yang sejahtera..

Allahu Rabbuna..

'Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu, ketaatan kepadaMu, dan jihad di jalanMu'

salam.