bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.w.t
hari ni,
masuk 3 bulan diri ini kat Malaysia..
adakah saya bosan??
alhamdulillah saya tak bosan..
kalau ada kerja yang nak dibuat,, tentunya tak bosan.. kan??
time ni lah nak berkenalan dengan ramai orang..
belajar melihat bumi malaysia yang hidup (walaupun tak sehidup jakarta)
dan melihat gelagat manusia di dalamnya.
manusia,
bila diberitakan tujuan hidup mereka ke bumi ini..
ada yang tahu, tapi tak faham..
ada yang tahu, tapi tak nak buat..
ada yang cuba untuk memahaminya, lantas berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik..
ada yang sudah memahaminya, tapi masih susah untuk berubah menjadi yang lebih baik kerana suasana yang kurang membantu..
ada yang tak boleh terima.. betul ke ini tujuan aku lahir ke dunia??
tapi aku yakin, dia masih berusaha untuk menjelaskan persoaalan2 yang baru tiba di kotak fikirannya.
lagi ramai kita berjumpa manusia,
insya-Allah lagi banyak kita belajar untuk berlapang dada dengan manusia lain.
salam.