Bismillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w.
Seorang pemuda telah datang kesebuah kedai gunting rambut, lalu dia pun duduk diatas kerusi dan barber tu pun menggunting rambutnya. Barber tu sangat tertarik dengan ketrampilan pemuda itu.Dia pun memulakan dailog…..
Barber : Wahai anak muda,adakah kamu percaya Allah tu wujud? Adakah kamu percaya akan kasih sayang Allah?
Pemuda : Pastilah! dengan sepenuh hati saya.
Barber : Wahai anak muda, jika benarlah Allah tu wujud dan mengasihi hamba-hambanya, mengapa diluar sana masih ada mereka yang miskin dan tidak terurus, kusut masai, kotor? Mengapa ada manusia yang mati kebuluran? Mengapa masih wujud peperangan dan pembunuhan? Mengapa masih wujud bencana alam dan kerosakan? Jika Allah tu wujud, pasti dunia ini akan aman tanpa adanya semua itu…
Pemuda itu tidak berkata apa-apa. Dibiarkannya sahaja barber itu meneruskan soalannya yang bertubi-tubi.
Setelah selesai, pemuda itu pun turun dari kerusinya dan terus membayar upahannya.Ketika mengucap terima kasih pada barber itu, pemuda itu terlihat melalui pintu dan dinding kaca kedai itu, seorang remaja berambut panjang melepasi bahu, mengerbang, tidak terurus, diluar kedai barber itu.
Pemuda itu pun berkata pada barber itu..”Wahai tukang gunting, tahukah kamu bahwa tukang gunting itu tidak wujud?”
Barber itu berasa hairan dengan soalan pemuda itu lalu dia berkata…”Wahai anak muda, habis siapa yang berdiri dihadapan kamu ini?
Pemuda itu pun berkata “Wahai tukang gunting! Jika kamu benar-benar wujud, mengapa masih ada diluar sana mereka yang berambut panjang, tidak terurus seperti remaja itu?”
Barber itu pun menjawab “Wahai anak muda, hal itu adalah kerana mereka tidak datang kepadaku untuk meminta aku potong dan kemaskan rambut mereka.”
Pemuda itu pun berkata “Ha ! itulah jawapan kepada soalan kamu tadi, hai si Tukang Gunting ! Apa yang kamu tanyakan tadi, jawapannya adalah kerana manusia tidak menghadirkan diri mereka kepada Allah. Jika mereka tidak datang dan tunduk kepada Allah, masakan Allah mahu menjaga kehidupan mereka.”
salam =)